KM Sarawak Menipu Lagi.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud membidas seorang anggota pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana menyediakan angka yang tidak munasabah mengenai pekerja Iban berhijrah ke Semenanjung dan menuduh kerajaan mengimport pekerja asing dengan gaji yang rendah.

Beliau bekata Wong Ho Leng (DAP-Bukit Assek) perlu membuktikan pada sidang DUN akan datang mengenai dakwaan bahawa terdapat kira-kira 100,000 orang Iban atau satu pertujuh daripada jumlah 700,000 penduduk di negeri ini bekerja di tempat lain kerana ini satu penghijrahan bekalan buruh.

Kata Mr J : Salute dengan Mr W.H.Leng atas keberanian beliau bersuara dan tak seperti wakil rakyat pro bn/pbb yang lain dan kebanyakkan lebih banyak berdiam diri .

"Kira-kira 100,000 pekerja, setiap sebuah keluarga dengan lima orang, akan terlibat dengan penghijrahan 250,000 dan itu sangat serius dan tidak disedari (oleh kerajaan)," kata Taib, yang juga Menteri Kewangan ketika menggulung ucapan Rang Undang-undang Perbekalan bacaan kedua (2012), 2011 semalam.

Beliau berkata itu sebenarnya hanyalah igauan Wong membuat kenyataan melampau setelah beliau meminta penjelasan sama ada sebarang strategi dilaksanakan kerajaan bagi menarik orang Dayak dengan jumlah ramai yang mempunyai kemahiran sederhana bekerja di Johor dan Lembah Klang, kembali bekerja di Sarawak.


Mr J : Lagi Igauan ngeri sekiranya rakyat Sarawak kembali ke tanahair dengan digajikan harian sebanyak Rm12-Rm18 sehari? . Bila minta Rm30-40 Sehari majikan kilang akan menjawap " u kerja di Sarawak tidak sama itu KL ma." . so, fikirkanlah, Mr J yakin banyak yang menyokong jawapan Mr J ini.

Sarawak telah mewujudkan banyak pekerjaan, khasnya untuk memenuhi keperluan perindustrian di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) daripada mengeksport bakat tempatan keluar, kata Taib, pergerakan penduduk Sarawak di seluruh dunia menunjukkan mereka mampu menyesuaikan diri dengan segera dalam dunia moden.

Mr J : Mewujudkan banyak Sektor pekerjaan? . RM12-18 Sehari? KTS Holding? Sub-Groups? pergi sahaja ke mana-mana kilang under KTS Kroni dan soallah pekerja-pekerja kilang di situ dan jangan terkejut dengan angka gaji yang bakal dijawap oleh pekerja situ.
Mr J : KM Sarawak menipu lagi. "Mengeksport Bakat Tempatan ke Luar Negara? ah, penipuan yang tak boleh dipakai lagi . Anak Muda Sarawak "terpaksa" dengar baik - baik "terpaksa" keluar daripada Sarawak untuk mencari perkerjaan atas desakan hidup yang teruk di Sarawak . Faham.


"Hasrat kita ialah untuk mewujudkan sebanyak mungkin pekerjaan yang baik untuk rakyat kita agar penduduk Sarawak tidak payah meninggalkan negeri ini hanya untuk mencari sara hidup, jika mereka tidak mahu," katanya sambil menambah fenomena ini adalah keistimewaan biasa dalam ekonomi terbuka.

Mr J : Keistimewaan Biasa? nyanyuk.

Ramai penduduk Sarawak dilatih di luar negara, yang juga dilihat sebagai satu cara mereka mencari nafkah pada mulanya dan ingin pulang tetapi memberi tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan kewangannya dahulu, kata beliau.

Mr J : Dilatih atau terpaksa pergi merantau macam Mr J ? kalau dilatih adake peruntukan daripada kerajaan Negeri Sarawak? Ingin pulang? Sarawakian bekerja di US etc dengan gaji 30Dolar -50 Dolar sehari dan lepas tu balik bekerja di Sarawak dengan Gaji Below Rm30 Sehari. Tak mungkin. Kita tengok komen rakyat Sarawak yang bekerja di Luar Negara.

Taib berkata kajian tenaga kerja yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) baru-baru ini menunjukkan 58,200 pekerjaan baru akan diwujudkan oleh inisiatif Score menjelang 2015 atau 11,600 pekerjaan baru setiap tahun, termasuk 620 pada peringkat profesional, 1,700 (semi-profesional), 700 (kumpulan sokongan) dan 8,600 (peekrja am).

Mr J : Menjelang 2015? kenapa Menjelang? Maksudnya Rakyat kena tunggu lagi?30 lebih tahun sudah. Rakyat Sarawak semakin benci dengan Nama Taib.
Mengenai perspektif ekonomi Sarawak, beliau berkata objektif utama negeri ialah untuk memastikan ekonominya terus tumbuh untuk menjana peluang perniagaan dan awam mencukupi.

Beliau berkata pertumbuhan mantap akan akhirnya datang daripada perbelanjaan kerajaan dan projek yang kukuh sebelum kerajaan boleh bergantung pada pelaburan swasta dari luar dan dalam negara.

Taib Mahmud The Most Corrupted Minister .

Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Link Adv RM5 Monthly :Berani Tengok-Ejen Prepaid
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?
Download Mp3 atau Toturial Menarik[#Blog Trick & Tips]

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

I hate Taib!@(&*(*&()

Gua berkata...

gua sokong lu beb...gua salah satu sarawakian merantau..Gaji 12 hinggit satu ,mna ckup ,nak lunch blum tentu lepas...sbb tu merantau dri swak gi johor pastu sampai saudi..sapa tak nak keja kt neger sendirikan..tapi gaji ciput x mkn leee

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©