Apa yang Generasi muda Sabah & Sarawak inginkan pada Pilihanraya kali ini. Daftar Petition SSKM .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Malaysia bakal membuat pilihan sekali lagi dalam masa terdekat ini dan sudah pastinya rakyat bijak memilih siapakah bakal pemerintah kawasan mahupun negara kali ini. Dan di sini Mr J ingin membicara sedikit mengenai suara - suara anak muda Rakyat Sarawak yang sekarang dibawah tampuk kepimpinan Taib Mahmud.

Mr J telah pun menjalankan kajian dengan melihat beberapa pendapat - pendapat daripada rakyat Sarawak di beberapa buah
laman Sosial. Pendapat mereka tidaklah mengejutkan Mr J tetapi mungkin menge

jutkan beberapa individu penting dalam arena politik Sarawak.
Kalau dahulu suara - suara generasi lepas banyak diabaikan tetapi kini pengolakkan di Sarawak semakin mendapat perhatian daripada NGO luar negara seperti Bruno Manser yang boleh dilayari di www.bmf.ch/en .

“We would like our forest to remain intact. Only then can we go hunting. If we have no clean water, we cannot process the pith of the sago palm and then we have nothing to eat.”bmf

Kenapa wujudnya Radio Free Sarawak & juga tabloid online seperti Sarawak Report? . Baiklah sebelum Mr J meneruskan lebih lanjut lebih baik kita mengenali siapa disebalik warta Sarawak Report dan juga Radio Free Sarawak.

“The Shin Yang timber company is destroying our forest. Since there are not very many of us, it is difficult to defend ourselves." Mapping the Penan Rainforests on Borneo

Radio Free Sarawak radio stesen ditubuhkan oleh aktivis sosial dan wartawan, Clare Rewcastle Brown dan diterajui oleh aktivis sosial Sarawak, Peter John Jaban lebih dikenali dengan nama samaran iaitu Papa Orang Utan, dan Michael Ngau. Penyiaran pertama pada November 16, 2010, stesen itu boleh diterima oleh Dees pada 17.560 kHz, dan juga podcasted di seluruh dunia setiap hari di 10,00-12,00 UTC.

Clare Rewcastle Brown

Warga Bristish dilahirkan di Sarawak, Brown adalah yang terbaik dikenali sebagai wartawan alam sekitar yang memulakan kerjayanya dengan BBC pada tahun 1983. Pada tahun 2008, beliau pulang ke Sarawak untuk melaporkan pada pilihan raya kecil dan rahsia difilemkan syarikat penjelasan hutan hujan untuk ladang kelapa sawit.Secara kebetulan, Brown kakak dalam undang-undang bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown.

Peter John Jaban atau Papa Orang Utan

Lebih dikenali dengan nama samaran ke udara, Papa Orang Utan, Jaban Iban dari Sarawak dan bekas kakitangan awam dengan Pejabat Tanah dan Ukur Kuching. Beliau juga bekas DJ milik negara stesen radio Cats FM. Jaban telah dipecat dari stesen untuk membenarkan pemanggil untuk mengkritik Taib dalam program. Jaban juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Persatuan Dayak Iban Sarawak dan aktif sebagai seorang aktivis hak asasi manusia di Sarawak. Beliau kini terlibat secara aktif dengan Pergerakan Kebebasan Malaysia Awam, sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang berpangkalan di London, United Kingdom.

Sekiranya tidak ada kesalahan dan salah guna kuasa oleh kerajaan Sarawak tidak mungkin stesen ini tidak akan diwujudkan dan tidak mungkin kita akan mengenali Radio Free Sarawak dan juga Sarawak Report . " Taib Mahmud" begitu dibencii oleh generasi baru anak Sarawak ? . Itu adalah persoalan yang agak peribadi dan setiap individu mempunyai jawapan yang tersendiri dan biarlah mereka sendiri meluahkan ketidakpuashati mereka di ruangan komen dibawah.

Laman sosial seperti Facebook juga dijadikan Medium untuk Rakyat Sarawak & Sabah bergabung untuk menentang kepimpinan zalim dan juga skandal rasuah tersendiri . Di situ Mr J dapat berinteraksi dengan mereka dan mendapatkan sedikit sebanyak pendapat serta komen mereka dan apa yang mereka inginkan daripada kepimpinan Sarawak & Sabah pada masa akan datang .

Di bawah ini adalah sebahagian pendapat daripada Doris Jones yang menwakili generasi muda sabah & Sarawak :


Kepimpinan yang unggul diperlukan oleh warga muda Sabah & Sarawak adalah

1.Pentadbiran yang saksama dan adil tidak mengira bangsa/ethnik dan agama.
2.Peluang biasiswa untuk murid-murid yang perlu untuk meneruskan pelajaran ke menara gading.
3.Perutukan sekolah rendah & menegah yang cukup untuk semua daerah terpencil.
4.Keperluan rumah sakit dan pekerja perubatan yang cukup samada di bandar atau luar bandar.
5.Kemajuan Infrastraktur yang seimbang.
6.Peluang pekerjaan di berikan keutamaan kepada anak jati tempatan.
7.Gaji adalah tertakluk kepada tarif yang setimpal.
8.Tanah Natives di pelihara.
9.Peluang perniagaan diutamakan kepada anak jati tempatan.
10.Bantuan kepada orang - orang yang kurang upaya dan kaum ibu tunggal.
11.Ekonomi negara perlu distabilkan untuk kepentingan semua.

Sebilangan ketidakpuashati mengenai mengenai perbezaan gaji , peluang pekerjaan yang ketara berlaku.

Petition untuk Hak - Hak Sabah & Sarawak yang selama ini diabaikan sejak bersama Tanah Melayu untuk membentuk Kerajaan Malaysia juga diwujudkan atas kesedaran rakyat Pribumi Sabah & Sarawak yang ditindas.

Biarpun tidak mendapat perhatian daripada media - media di Malaysia namun kumpulan dan perjuangan mereka telah sampai ke luar negara dan tidak mustahil seluruh dunia kerana dalam kemajuan masakini telah membuat dan memberikan banyak kesedaran khususnya pengundi baru yang kebanyakkan adalah generasi baru yang lebih banyak mendapat sumber - sumber yang boleh dipercayai serta tidak terikat dengan satu akhbar tempatan sahaja.


Muatturun Temubual Mr J bersama Radio Free Sarawak:
1: Temubual Pertama : Download - 4.1 MB
2: Temubual Kedua : Download - 6.0 MB


Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
PengeRindu Network : Gallery & Koleksi Mtv Lirik Lagu
Bookmark and Share Jom! Tonton Tv Online: [Tv1] [Tv2] [Tv3] @ Belajar Bahasa Iban?

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Proub to be Borneo. but. the bad thing perkara 18/20 diabaikan.

Mandak & Sumandak berkata...

i like this artikel , boleh i copy pendapat Ms Doris Jones untuk sebaran di pejabat?

Buntak Dayung berkata...

Pemimpin Malaysia berdiam diri selama ini kerana rakyat sarawak, sabah bersabar . Sekarang Rakyat Sabah Sarawak menuntut apa yang telah dijanjikan suatu ketika dahulu.Good Job Mr J!

Tanpa Nama berkata...

PM should read this!. give back our right! 18/20

Mr.J berkata...

@Buntak Dayung.
Thank for the support!! lets we unite for our right!

Mr.J berkata...

@Anonymous.

take a time

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©