Kisah Mr J Tahun 2011

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tahun 2011 semakin meniti ke saat - saat terakhir dan hanya tinggal beberapa hari lagi untuk melabuhkan tirai . Terlalu banyak kenangan yang berlaku mahupun yang gembira dan sedih .

Seperti mana tahun - tahun yang lepas dan setiap kali berakhirnya tahun ada sahaja Kronologi yang Mr J siarkan tetapi tidak kali ini , kali ini Mr J akan menyiarkan kisah hidup Mr J bermula daripada Januari 2011 sehingga sekarang iaitu December 2011.

Mr J mengambil keputusan untuk menyiarkan secara awam kepada pembaca setia pengeRindu.com setelah berfikir berkali - kali.

Tahun 2011 bukanlah tahun yang bermakna dan "berjaya" bagi Mr J kerana tahun 2011 bermula daripada awal sehinggalah penghujung bulan September tahun tersebut bolehlah dikatakan mempunyai "bala" bagi Mr J bak kata orang tua Mr J perlulah "Mandi Bunga" .

Penghujung Tahun 2010 dimana Mr J mengambil keputusan untuk balik ke Sarawak dan terus menetap di Kampung halaman sediri dan mencuba nasib reseki di tempat sendiri tetapi malangnya itu hanyalah sebuah khayalan "kejayaan" yang tak pasti .

Semua penduduk dan juga generasi baru Sarawak telah mengetahui dimana "ketidak percayaan" terhadap Pemimpin Sarawak iaitu "Taib Mahmood" telah menperlihatkan ribuan "lonjakan" anak muda graduan terpaksa berhirjah kembali ke tempat lain selain Sarawak bergitu juga dengan Mr J kerana kesusahan para graduan mencari pekerjaan ditempat sendiri . Sekiranya adapun anda tentu tidak dapat menerima "kelas gaji" yang mungkin nampak agak "berat sebelah".

Itulah yang berlaku kepada Mr J di Sarawak dengan berbekalkan "sekeping sijil" berharga belasan ribu ringgit dengan tujuan mampu mengubah nasib ditempat sendiri tetapi apakah daya jikalau diberi gaji serendah RM650 basic sebulan di salah sebuah syarikat pembuatan makanan .

Hampir 1 tahun Mr J bertahan dan akhirnya menyedari pengolakan kepimpinan dan masalah peluang pekerjaan semakin menjadi di Sarawak sehingga membuatkan Mr J membuat keputusan untuk membuah penghirjahan buat kali kedua.

Kisah saya ini turut mendapat perhatian daripada Radio Free Sarawak dimana temubual telah dibuat dan saya terkejut kerana bukan Mr J seorang sahaja yang menghadapi masalah serupa malah ramai lagi yang senasib dengan Mr J .

Dibawah ini adalah sedikit mengenai rancangan temubual Mr J dengan Radio Free Sarawak ."Muatturun sebagai Mp3".
A young Dayak tells RFS the poor employment conditions and low wages are driving many to seek employment away from Sarawak. Employment opportunities promised by so-called BN-led development are not delivered. more.

Syarikat pengilangan di Sarawak (tidak perlulah Mr J menyenaraikan nama) kebanyakkan dipengaruhi oleh parti - parti politik tertentu , seperti mana yang pernah terjadi dimana sesebuah kilang bila berlakunya pilihanraya maka "mereka" akan mengerahkan tenaga kerja kilang mereka untuk menyebarkan risalah dan sebagainya dan ini sudah tentu menglangar hak - hak sebenar pekerja . "Perdebatan mengenai hak pekerja" pernah berlaku sehinggalah Mr J mengundur diri daripada meneruskan sesuatu kerja yang menyalahi apa yang termaktub di akta pekerja.


Pertengahan Julai 2011 maka Mr J "berjaya" membebaskan diri daripada sebuah "kejaman" dan disitu Mr J seperti mendapat menghirup sebuah udara yang tersangatlah bersih seperti hidup semula . Tapi ini hanya sementara , Mr J akui bahawa kepayahan mencari pekerjaan di Sarawak sehingga Mr J membuat sesuatu yang drastik iaitu berhirjah semua ke semenangjung Malaysia dan kali ini bukanlah untuk belajar kali ini adalah untuk mencari pekerjaan.
The "My Life's so Rojak" , why rojak? .
"Did Mr J success on his ( berjalai ) Journey at peninsular Malaysia for complete his biggest dream to get Married? Don't Miss it!" www.rojakstore.com
Akhirnya pada September 2011 keputusan untuk berhirjah tercapai dan hanya bebekalkan duit sebanyak Rm300 sahaja untuk membina sebuah kehidupan baru ditempat orang dan kisah saya ini turut disiarkan di Journal Blog iaitu di rojakstore.com .

Kehidupan yang menumpang 2 - 3 malam dirumah rakan lama ,memang sesuatu yang kita sendiri tidak mahu tapi apakah daya dan disitulah kita akan belajar dimana dan siapakah rakan yang dianggap "kawan" selama ini diuji dan disitu juga kita akan mengetahui siapa kawan dan lawan.

Berkawan dengan semua orang , Mr J tidak memilih kawan .

Sehingga pada satu masa selepas 2 minggu hidup menumpang dan simpanan pun semakin kurang akhirnya Mr J ditawarkan bekerja kembali ditempat lama , berita tersebut membuatkan Mr J gembira yang amat sangat. ( sebahagian terlalu peribadi tidak dinyatakan disini ).

Kalau dimana - mana blog mungkin ramai memilih untuk mengutarakan isu yang penting mengenai apa yang telah terjadi dalam Tahun 2011 seperti kejadian yang mengemparkan , politik dan sebagainya .

Tahun 2012 adalah tahun yang paling mencabar bagi Mr J kerana disitulah pertarungan masa depan Mr J .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©