Laman sesawang Popular Mudah.My paling banyak penipuan. Tips membeli online .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Terkejut? siapa yang tidak pernah atau tidak mengenali laman sesawang yang menguruskan pelbagai jualan dan belian produk , perkhidmatan , pekerjaan dan juga hartanah iaitu " Mudah.My " .

Mr J sendiri pernah mengunakan perkhidmatan laman sesawang Mudah.My untuk menjual motosikal serta mengiklankan "bilik untuk disewa" dan hasilnya cukup memuaskan.

Adakah Mudah.My bersekongkol dengan penipuan ini? Jawapannya "Tidak" ini kerana yang salah adalah pembeli itu sendiri kerana membuat sesuatu transaksi tanpa menyiasat atau mencari sedikit latar belakang daripada penjual tersebut contoh terus bersemuka dengan penjual barangan dan buatlah transaksi pada masa itu juga ( Ini panduan bila membeli sesuatu yang dekat dengan kawasan anda ) .

Mr J mengingatkan sekiranya barangan tersebut jauh dan memerlukan perkhidmatan Pos anda perlulah mengambil seberapa banyak butiran mengenai "syarikat, individu, alamat, dan yang berkenaan" ini bertujuan bagi memastikan segalanya adalah "benar" .

Selain itu juga , sebelum membuat pembelian di atas talian Mr J galakkan pembeli mengunakan sumber carian google search dengan menaipkan nama pembeli , produk , no telefon atau apa yang berkaitan dengan penjual tersebut ini juga untuk melihat samaada rekod penjual tersebut benar-benar bersih , dengan adanya google search anda kemungkinan boleh menjumpa testimoni , komen, aduan atau apa saja info mengenai penjual tersebut.



Jangan malas untuk melakukan sedikit "siasatan" sebelum membeli secara online . Dibawah ini adalah laporan daripada Harian Metro mengenai penipuan online yang paling banyak melibatkan Mudah.My .

POLIS menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dalam membuat transaksi bagi pembelian barangan melalui internet berikutan meningkatnya kes penipuan cara itu sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini, sebanyak 1,424 kes dilaporkan berbanding 1,114 kes sepanjang tahun lepas dan 551 kes pada 2009.

Jumlah kerugian untuk tahun ini pula ialah RM3.519 juta berbanding RM3.124 juta sepanjang tahun lepas dan RM786,000 bagi 2009, katanya dalam kenyataan, di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata pada tahun ini, kes paling banyak membabitkan ”mudah.my” dengan 1,009 transaksi melibatkan kerugian RM1.7 juta, diikuti transaksi lain-lain sebanyak 415 kes dengan kerugian RM1.84 juta.

Selain itu, polis juga menerima 2,472 laporan mengenai kes penipuan kewangan atas talian sejak 2008 sehingga Okt tahun ini, dengan kerugian kira-kira RM19 juta.

Ramli berkata modus operandi yang digunakan ialah dengan menyamar sebagai kakitangan bank atau pegawai polis, yang meyakinkan mangsa agar menyerahkan nombor akaun bank bagi mendapatkan tawaran hadiah, menyelesaikan hutang kad kredit atau tawaran mendapatkan barang lelongan kastam.

Katanya mangsa hanya menyedari telah tertipu apabila mendapati wang dalam akaun mereka berkurangan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan agar menghubungi urus setia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di talian 03-26163972 pada waktu pejabat, atau bilik gerakan di talian 03-26163999 selepas waktu pejabat.

BERNAMA



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©