Pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita SUPP kecoh! Parti SUPP diambang pepecahan, Parti Baru bakal diwujudkan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Nampaknya di penghujung tahun 2011 adalah sebuah permulaan keretakkan yang bakal berlaku kepada sebuah parti di Sarawak iaitu SUPP. Mr J meramalkan keretakkan dan kemusnahan party itu bakal terjadi pada 12/12/2012 .

Kenapa? Jawatan adalah kepentingan bagi mereka. Sila baca rentetan kisah pergolakkan SUPP dibawah.


Kumpulan Wong boikot TDC.

“Kami menyeru semua penyokong dan ahli-ahli SUPP yang berfikiran adil agar tidak menyertai TDC melainkan dan sehingga salah laku dalam proses pemilihan cawangan diperbetulkan oleh CWC,” kata satu kenyataan yang dihantar menerusi faksimili ke pejabat-pejabat media di sini.

Kenyataan itu merupakan keputusan yang diambil secara muafakat dan merangkumi Wong serta para pemimpin SUPP yang menyokong beliau sebagai Presiden baharu.


Mereka ialah Datuk Richard Riot Jaem, Datuk Tiong Thai King, Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Lee Kim Shin, Dr Jerip Susil, Ranum Mina dan Dr Johnichal Rayong Ngipa. Mereka merupakan wakil rakyat.

Kumpulan tersebut turut meminta agar TDC ditangguhkan; CWC menjalankan siasatan menyeluruh terhadap aduan berkenaan kejanggalan pemilihan peringkat cawangan; mengadakan pemilihan baharu di cawangan-cawangan terbabit; dan TDC hanya diadakan selepas kejanggalan pemilihan diperbetulkan.

Kumpulan Wong berkata, keputusan itu turut disokong oleh beberapa cawangan SUPP.
“Kami tidak akan memberi legitimasi terhadap TDC berdasarkan aduan yang dilakukan oleh kebanyakan ahli kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan,” kata kenyataan itu.

Wong sebelum ini mengumumkan hasrat bertanding jawatan Presiden dan pada masa yang sama, Setiausaha Kerja SUPP Datuk Seri Peter Chin turut ingin bertanding.

Wong merupakan Menteri Kewangan Kedua dalam kabinet negeri dan juga ADUN Bawang Assan, manakala Peter Chin Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam kabinet persekutuan merangkap Ahli Parlimen Miri.

Jawatan presiden SUPP dijadual akan dipertandingkan pada Ahad ini berikutan pengunduran Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan. Baca Selanjutnya.


Parti Baru?

Dr Chan yang ditemui semalam berkata: “Jika kamu cintakan parti, tidak akan ditubuhkan satu lagi parti baharu.“Adakah kamu masih mencintai parti jika kamu menubuhkan parti baharu?” soal Dr Chan kembali apabila ditanya mengenai spekulasi tersebut.Beliau yang ditemui selepas merasmikan Persidangan Delegasi Pergerakan Wanita SUPP Ke-12 di Ibu Pejabat SUPP turut menasihatkan ahli agar mengetepikan soal jawatan dalam parti.

“Seperti yang telah saya nyatakan, untuk berkhidmat kepada rakyat ia tidak mengira jawatan.“Jawatan tidak penting, apa yang lebih penting ialah keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.Tambahnya: “Berkhidmat untuk rakyat, adakah ia memerlukan jawatan dalam parti?“Jika anda lebih mementingkan jawatan bermakna anda menyertai parti untuk kepentingan sendiri dan bukan ke arah mengukuhkan parti.

“Ini mesej saya, dan mesej ini untuk semua ahli parti,” katanya.Dr Chan turut terkilan dengan sikap segelintir ahli dalam parti yang gemar akan jawatan dan memikirkan soal kepentingan diri.“Jangan memburukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri dan menyatakan diri anda lebih hebat daripada orang lain,” tegasnya kepada ahli-ahli parti.

Menyentuh mengenai perkembangan ahli-ahli Wanita SUPP, Dr Chan berkata mereka telah berjaya membawa perubahan bukan sahaja kepada Pergerakan Wanita malah turut berperanan dalam mengukuhkan parti serta pelaksanaan polisi kerajaan. Selanjutnya

Bergaduh sesama Ahli demi
mencapai kepentingan sendiri.


KUCHING: Setiausaha Agung Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Sim Kheng Hui terpaksa campur tangan bagi meredakan ketegangan yang berlaku sebelum sesi pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita SUPP Ke-13, semalam.

Kelancaran majlis bertukar menjadi tegang apabila jawatankuasa pemilihan yang dipengerusikan oleh Suzanne Lee Tza Ha bertindak keluar dewan selepas perselisihan faham antara perwakilan.
Bercakap kepada media semalam, Suzanne dan ahli jawatankuasa pemilihan yang berang dengan sikap perwakilan memutuskan untuk membatalkan pemilihan selepas berlaku kekecohan antara mereka.

Menurutnya, jawatankuasa telah memberikan tempoh untuk perwakilan menyemak semula butiran pencalonan dan mengemukakan sebarang permasalahan.

Namun, katanya, tindakan mereka mempersoalkan keputusan dan kredibiliti jawatankuasa pemilihan pada saat akhir adalah satu tindakan yang tidak wajar dan tidak menghormati jawatankuasa.

“Sembilan belas cawangan membuat aduan pada saat akhir dengan mengatakan bahawa kami (jawatankuasa pemilihan) tidak berlaku adil apabila ramai dalam kalangan mereka tidak layak untuk pemilihan.

“Kami telah memberikan tempoh kepada mereka untuk mengemukakan sebarang masalah sebelum hari pemilihan dan tindakan mereka hari ini (semalam) adalah satu tindakan yang tidak menghormati jawatankuasa,” katanya.

Dalam pada itu, sebanyak 151 pencalonan diterima bagi pemilihan Jawatankuasa Pusat Wanita SUPP Ke-13 dan daripada jumlah tersebut, hanya 116 pencalonan layak bagi mengisi 49 jawatan dalam jawatankuasa tersebut.

Bagaimanapun, ketegangan yang berlaku sebelum sesi pemilihan wanita semalam berjaya diredakan dan diteruskan dengan melantik pengerusi sementara menggantikan Suzanne yang keluar dewan. Selanjutnya


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©