Lastik Burung dahulu dan sekarang dan kini "Angry Bird".

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kalau dahulu kita perlu masuk ke kawasan sawah ataupun hutan untuk melastik burung seperti burung pipit , terkukur ataupun burung hantu .

Melastik burung seumpama senaman "jungle trecking " apabila menjejak burung untuk dijadikan mangsa dan yang pasti burung yang berjaya dilastik tidak pernah dimakan dan selalunya disedekahkan kepada kucing belaanku sahaja. Mungkin nampak kejam tetapi ia sebahagian daripada hobi waktu zaman kanak-kanakku.


Sekarang kalau bawa lastik ke Bandar orang ingat senjata untuk "mencederakan" pula.

Untuk membuat lastik tidaklah susah sangat dan semuanya handmade pada waktu Mr J dulu , sekarang di kedai - kedai Teo Seng pun ada jual lastik , senangnya zaman sekarang dan asalkan ada duit semua boleh dapat . Kalau dulu nak cari peluru untuk melastik perlulah mencari batu disekitar jalan dan batu tersebut haruslah menjalani proses pemilihan terlebih dahulu dan yang berbentuk seakan-akan bulat dipilih .

Sekarang lastik burung di laptop je

Oleh kerana perubahan dunia masakini terlalu pantas dan sedar tak sedar banyak aktiviti diluar rumah pada zaman Mr J dahulu tidak lagi dipraktikkan lagi sekarang mungkin atas sebab risau dengan cuaca panas mahupun takut tersesat didalam hutan.

Berani Mr J mengatakan bahawa kanak-kanak era Mr J dahulu lebih cenderung IQ mereka untuk lebih berdikari dan juga membuat sesuatu keputusan sendiri tanpa melibatkan orang lain. Tidak seperti sekarang, andai kata seorang kanak-kanak zaman sekarang apabila masuk ke hutan mesti "tergedik-gedik" dan "mengada-ngada" yang lebih banyak. Itu belum lagi kena gigit kerengga, dulu Mr J umur 10tahun kena gigit kerengga buat dek je tak macam budak - budak sekarang kena gigit terus meraung bagai nyawa dah kena cabut dan sampai ada yang yang minta bawa jumpa doktor.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

1 comments:

mizan berkata...

budak sekarang bro. fb je keje.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©