Gagasan Dayak Iban Bersatu (GAIU) Komuniti Iban Johor buat laporan polis.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
JOHOR BAHARU — Komuniti Iban di Johor membuat laporan polis berhubung artikel yang disiarkan dalam keluaran terbaru ”Asian Beacon”, sebuah majalah Kristian antara mazhab dari Kuala Lumpur, yang memberi gambaran buruk terhadap kaum Iban di Sarawak.

Gagasan Dayak Iban Bersatu (GAIU) Johor mendapati kandungan artikel bertajuk ”Of Skulls and Sago Worms” pada muka surat 15 Vol 44 keluaran Februari-Mac itu sebagai menghina.
GAIU merupakan satu Persatuan Komunity Sarawak yang berperanan untuk menyatupadukan rakyat Sarawak yang berbangsa Iban khasnya dan masyarakat Sarawak amnya di dalam mencapai matlamat ke arah masyarakat berdaya saing dari segi ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan. FB page
Presidennya, Sai Malaka hari ini berkata, gagasan itu berasa kesal kerana masih ada penulis yang tidak sensitif kepada sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

"Kami membuat laporan ini supaya pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap penulis serta penerbit dan tiada mana-mana pihak pun yang akan mengulangi perbuatan serupa yang benar-benar menyinggung komuniti Iban di negara ini,” katanya.

GAIU merupakan satu flatform untuk warga Dayak Sarawak yang berhiijrah ke semenanjung Malaysia menyampaikan segala pemasalahan dan mendapat info-info semasa. FBpage
Artikel itu yang ditulis oleh seorang arkitek dari Petaling Jaya, menyentuh mengenai apa yang dikatakan tabiat makan kaum Iban dan moral mereka.

Sai berkata, apa yang penulis mungkin maksudkan dalam artikel itu ialah kehidupan kaum Iban pada masa lampau, namun segala-galanya telahpun berubah sekarang.

"GAIU amat tersinggung apabila penulis berkenaan menyebut bahawa kaum ibu lazimnya menawarkan anak perempuan mereka untuk seks dengan harapan lelaki berkenaan akan mengahwini anak perempuan mereka.

"Ini benar-benar melukai hati kami. Tiada mana-mana ibu pun yang mahu melakukan perkara ini kepada anak perempuan mereka,” katanya. — BERNAMA


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

2 comments:

~Precious Momma~ berkata...

untak jak untak arkitek,tang baka untak ke dibaruh tapok kaki..begok mai

Mr.J berkata...

@~Precious Momma~.

Sigi gaya mentaliti bawahan. kada kala gagai swk.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©