Permulaan Rakyat Sabah semakin berani Bangkit! Ratusan keluar berdemo pertahankan Tanah Adat.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ratusan orang dari beberapa kumpulan NGO termasuk mahasiswa institut pengajian tinggi tempatan menyertai himpunan '123 Bangkit' di Kota Kinabalu, pagi ini, bagi mempertahankan tanah adat daripada terus dicerobohi dan pelbagai masalah lain di negeri itu.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh NGO Bela Tanah Rakyat Sabah (TABAH) diadakan di padang dekat Anjung Selera, Likas sebelum mereka berarak ke Wisma Innoprise - yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Peserta yang berhimpun sejak jam 7 pagi, mula bergerak ke bangunan itu - yang terletak kira-kira 200 meter dari padang berkenaan - kira-kira jam 9 pagi bagi menyampaikan memorandum menuntut supaya tanah adat dikembalikan kepada rakyat dan diberikan kepada pemilik asalnya.

Bagaimanapun Bendahari TABAH Mohd Firdaus Mohd Noor kesal kerana wakil mereka tidak dibenarkan masuk ke bangunan berkenaan, sebaliknya mereka hanya dibenar berkumpul di sebatang pokok di hadapan bangunan itu.

"Asalnya kita mahu menyerahkan memorandum kepada ketua menteri. Kita sudah serahkan surat (sebelum ini) supaya beliau menerimanya. Malangnya ketua menteri tidak turun, hanya wakilnya sahaja.

"Wakilnya datang ke pokok berkenaan... Jadi kita buat keputusan kita batal serah memorandum. Kita akan tentukan tarikh untuk buat perhimpunan lebih besar," kata Mohd Firdaus ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Kumpulan itu mendakwa perhimpunan berkenaan terpaksa diadakan kerana isu tanah adat Sabah kini dalam keadaan kritikal dengan kes pencerobohan, rampasan dan penipuan pemilikan.

Sebelum ini, setiausaha TABAH Lahirul Latigu dilaporkan berkata, isu tanah di negeri itu seolah tiada penghujung dan banyak yang dibicarakan di mahkamah, malah Sabah mencacat aduan tertinggi sebanyak 977 kes.

Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi pula membidas Peguam Besar Sabah Datuk Roderic Fernandez kerana mendakwa tiada lagi Tanah Hak Adat Negeri (NCR) di Sabah selepas 1930.

Beliau juga mendakwa tidak ada masyarakat pribumi di dunia ini yang menuntut hak adat bagi mewujudkan tanah adat yang baru. Di samping itu beliau juga mengatakan tidak ada kerajaan dalam dunia ini yang mengiktiraf hak tanah adat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Hamzah Abdullah pula dilapor mempersoalkan mengapa kes masih gagal mendapat perhatian serius kerajaan.

Mengulas lanjut, Mohd Firdaus berkata, selain Hamzah, turut hadir dalam perhimpunan itu Timbalan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) Razman Zakaria dan pengerusi TABAH Hishamuddin Sulaiman.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman yang sepatutnya mengetuai perhimpunan tersebut dihalang masuk ke Sabah malam tadi, dan diarahkan meninggalkan negeri itu serta merta.

Mohd Firdaus berkata peserta membawa beberapa kain rentang antaranya tertulis "Jangan musnahkan periuk nasi kami, Jangan biarkan kami mengemis di bumi peladang sendiri" dan "Inikah konsep 1Malaysia, beruk di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".

Perhimpunan itu berakhir kira-kira 10.30 pagi, kata Mohd Firdaus yang juga pegawai media Dewan Pemuda PAS Sabah.

Sementara itu, seorang wakil mahasiswa yang enggan namanya disebut memberitahu Malaysiakini, beliau mengetuai kira-kira 100 mahasiswa hadir dalam himpunan tersebut bagi menyokong perjuangan TABAH. Sumber Malaysiakini


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©