Penyokong Sarawak mendesak FAS keluar daripada FAM! Sejarah 1989 mungkin berulang!

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pada 1989, Sarawak layak ke suku akhir Piala Malaysia tetapi kempen mereka dihentikan oleh insiden hitam bertemu Kuala Lumpur di Stadium Merdeka.

Sarawak membantah keputusan pengadil, Steven Ovinis yang melayangkan kad merah kepada pemain mereka yang didakwa membuang masa sedangkan dia benar-benar cedera.

Ovinis mendakwa ditolak oleh pemain dan memaksa Unit Simpanan Persekutuan (FRU) campur tangan dengan memukul pemain Sarawak.

Sarawak digerunni Pasukan Besar pada zaman 80an, Singapura turut risau bila berhadapan dengan Pasukan Sarawak.

Beliau sendiri dikasari Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Tan Sri Mohd. Zaman Khan."

Saya tak kenal siapa dia masa itu, akibat terlalu marah saya meludah muka Zaman Khan," katanya sambil menjelaskan perlawanan berkenaan dihentikan dan Kuala Lumpur diberi kemenangan percuma.


Awang Mahyan di serbu penonton dan pegawai pasukan Kuala Lumpur 1989

Apa yang anda baca diatas tadi adalah sejarah mengenai semangat "Ngap Sayot" Negara Sarawak.

Seingat Mr.J Pasukan Bolasepak Sarawak dan juga pengurusannya FAS pernah keluar daripada FAM atas ketidakadilan pengadil semasa zaman Jurulatih Awang Mahyan . iaitu Semi Final 1989 sewaktu menentang Kuala Lumpur.


Penyokong Sarawak kini telah mewujudkan sebuah Petition Online Rakyat Sarawak di http://www.petisyen.com/petition/89/minta_fas_keluar_dari_fam.html untuk mendesak Persatuan Bolasepak Sarawak iaitu FAS keluar daripada FAM.

Review kejadian 1989.

Persoalannya adalah.. Adakah pasukan Kuala Lumpur dihukum selepas insiden ini?

Apa tindakan FAM - case closed?

Sehingga ke hari ini, semua orang termasuk Ali Shafiee (yang dilayangkan kad merah, apa sebab & alasan Steven Ovinis melayangkan kad merah kepada beliau).

Semua orang masih ingat bagaimana beliau mengalami kecederaan, dirawat dalam padang, tak mahu di usung keluar guna stretccher, suddenly pop RED CARD.

Akibatnya semua pemain Sarawak di pukul oleh polis FRU malah oleh penonton 'fanatik' Kuala Lumpur.

Segenap penjuru pemain Sarawak mencari tempat perlindungan, ingatkan dapat menyorok dibelakang polis. rupanya dibelasah dengan belantan..

Inilah sejarah hitam yang masih di ingat oleh setiap pelusuk warga Sarawak pemegang IC -13- rah tengah-tengah.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

2 comments:

Rice Eater berkata...

Terok da jak knk baok eh..tegal pengadil jak alu seluruh stadium babaok sama dirik..
Err..ic kmk org -52- kat tengah2..hehee..majoriti anak sarawak lahir tahun 1987 pakai no -52-..peace~ =D

Mr.J berkata...

@Rice Eater .

52- baru umur 2thn 1989 agik belum tauk apa2 time ia.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©