"Inilah kesan Empangan Bakun!" Kisah Tuyau Belekuta di Long Busang, suara dari Sarawak. Borneo.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Minggu lepas, saya sempat balik ke kampung halaman di Long Busang, perkampungan suku kaum Kenyah yang terletak paling jauh di hulu Sungai Rajang. Pada masa ini rata-rata penduduk kampung yang terdiri daripada suku kaum Kenyah Badeng sedang sibuk menenuai padi (padi bukit) mereka.

Saya mengambil kesempatan untuk meninjau kawasan huma mereka sambil pergi memancing ikan di dalam anak-anak sungai yang semakin tidak dikenali lagi kerana sudah jauh tenggelam ke dasar tasik buat manusia yang paling besar di rantau Asia Tenggara itu. Sesampai di kawasan huma (tempat tanaman padi) salah seorang penduduk kampung, saya sangat terkejut dan tiba-tiba hati saya dipaut sedih dan pilu kerana sebahagian besar padinya yang hampir masak dan sedia untuk dituai itu di tenggelami air-takungan Bakun!


"Inilah kesan Empangan Bakun!" ujar lelaki itu bercampur sedih dan kesal. Saya dapat selami hati kecilnya ketika meluakan kata-katanya itu. Memang benar, dahulu pihak berkenaan tidak pernah memaklumkan kepada penduduk Kampung Long Busang, takungan Empangan Bakun itu akan sampai ke kawasan mereka. Pihak berkenaan tidak pernah berkunjung untuk membuat bancian dan kajian ke atas tanaman dan tanah mereka yang kini semakin hampir pada kehancuran; ditenggelami Empangan Bakun! Dahulu pihak berkenaan memberi jaminan takungan air Empangan Bakun tidak

akan melepasi sempadan di antara Long Jawie dan Long Busang iaitu Giam Muring, itu sebabnya tanah dan tanaman penduduk Kampung Long Busang tidak dibanci dan mereka terlepas daripada dibayarsebarang pampasan.

Tetapi sekarang ini, sebaliknya telah berlaku dan siapa yang harus dipertanggungjawabkan?

Persoalan kedua, bagaimana keadaan Kampung Long Busang jika musim banjir melanda? Keadaan ini sudah akan menjadi satu bencana besar kepada penduduk kampung kerana aliran air Sungai Balui akan tersekat alirannya dan keadaan ini boleh menyebabkan semua rumah penduduk kampung akan ditenggelami paras air yang lebih dalam. Kita tidak mahu mimpi ngeri pada tahun 2009 berulangi di mana hampir semua rumah penduduk kampung musnah dalam banjir besar tersebut! Takungan air di Empangan Bakun ini pasti akan menyebabkan kesan banjir terhadap penduduk kampung Long Busang akan beretambah dasyat kerana masa untuk air surut akan mengambil masa yang agak lama (mungkin sampai 4-5 hari) berbanding sebelum ini hanya memakan masa sekitar 1-2 hari untuk surut dan itupun cukup menyukarkan kehidupan masyarakat kampung.

Apa yang Tuyau Belekutau (TB) ingin sampaikan menerusi Blog ini, agar pihak berkenaan mulai memikirkan sesuatu yang [positif] buat masyarakat kampung ini. Berilah sedikit perhatian dan hulurkan sekulumit simpati kepada mereka sebelum bencana besar ini bakal menimpa perkampungan mereka yang kini umpama bom jangka yang hanya menunggu masa utuk meletup.

Kepada sahabat pembaca yang budiman, masyarakat kampung ini adalah masayarakat yang sangat pasrah pada pemerintah.

Tidak ada istilah membantah dalam diri mereka. Merek msyarakat belantara yang terdidik dengan adat dan budaya hormat pada orang luar walapun khazanah yang ada pada mereka habis dirampas dan kehidupan mereka ditindas sekian lama. Mereka tidak pernah menerima siaran televisyen negara apatah lagi istilah "jalur lebar,wifi dan internet", siaran radio itu pun antara hidup segan, mati tak mau saja.

Di saat masyarat kota berkunjung ke Klinik 1Malaysia, mereka menyelusur kaki bukit mencari daun atau akar kayu untuk melega sakit dan pening kepala.Setipa tahun ada sahaja bencana rumah terbakar kerana ketiadaan bekalan api elektrik walaupun sudah hampir 55 tahun dalam Negara Merdeka.

Mereka sudah lali dan biasa dengan cerita tidak kira dari parti mana sekalipun setiap pilihanraya menjelma kerana cerita gula-gula mereka sama saja; "yang penting undi kita memihak kepada mereka" kata-kata sorang wanita yang masih saya ingati pada pilihanraya 12 yang lepas .Janji Klinik Desalah, Mini Sescolah, Mini hidrolah dan entah mini apa-apa lagi sehingga kini wanita itu sudah meninggal dunia awal januari lepas membawa impiannya yang entah bila akan menjadi realiti. Apa yang Tuyau Belekutau pastikan "KAMPUNG LONG BUSANG BAKAL DILANDA BENCANA BESAR!.

Banyak lagi cerita yang Tuyau Belekutau ingin kongsikan bersama pembaca budiman, tapi oleh kerana hambatan masa, terpaksa berhenti di sini. Sampai jumpai lagi dan salam untuk rakan pembaca.

p/s Mr. J : Ini adalah sebahagian luahan seorang Bloggers Sarawak iaitu Tuyau yang dimana pembukaan empangang bakun bakal menyebabkan banyak masalah 'negetif' kepada penduduk sekitarnya.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

2 comments:

Wilder berkata...

ba tmpt ku ngajar myh nembiak ari long busang..aku suba kala diau ba long jawe..dah ampuh ndur din ko orng =.="

Mr.J berkata...

@Wilder.

dah nasib meh dipegai perintah ..

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©