Dendam Keturunan "Bujang Senang" menganas lagi! Buaya "Bujang Saribas" Betong kini membalas dendam selepas "Bujang Sebelak" Maut!

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Tidak pun sampai seminggu siri pembalasan terhadap Buaya "Bujang Seblak" di Roban maut di tangan manusia kini Keturunan Buaya "Bujang Senang" dari Saribas iaitu "Bujang Saribas" kini membalas dendam terhadap rakan mereka Bujang Seblak.


Ini adalah gambar sebenar 'Bujang Seblak' roban , Sarawak yang berjaya ditangkap mengunakan khimat Pawang Buaya Sarawak.

Disinilah tempat tempat Drahman Chali dilibas dan dibaham dibawa ke tengah sungai oleh Buaya Saribas.
BETONG - Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam.

Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang, 51, sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang.

Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan.

"Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.

"Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sebelum ini Mr.J ada mengaitkan seri keganasan Buaya - Buaya di Sarawak atas kerana kemungkinan salah seorang "manusia" atau keturunan "manusia jelmaan" iaitu keturunan "Bujang Senang" telah melanggar perjanjian "lampau".

Maka Keturunan Bujang Senang telah membuat "perjanjian" dengan masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban bahawa barang siapa yang "membunuh" keturunan mereka maka mereka juga akan membalas dengan "kematian" . Sila baca di "Perjanjian Bujang Senang dengan Masyarakat Sarawak Khasnya dan Sarawak amnya."


Update 8/7/2012 : Mayat Mangsa dijumpai .

PUSA: Mayat mangsa sera-ngan buaya yang diberi jolo-kan Bujang Saribas pada 4 Julai lepas, Drahman Chali, 55, dijumpai terdampar di kawasan Sungai Engkaras, seberang Kampung Medang di sini, pagi semalam.

Mayat Drahman ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Kampung Medang pada kira-kira jam 7.30 pagi di lokasi yang meng-ambil masa kira-kira 30 minit perjalanan menggunakan bot laju dari lokasi serangan.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke jeti Kampung Seberang Pusa sebelum dihantar ke Hospital Betong.



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

7 comments:

zack mus berkata...

nampaknya keturunan bujang senang ni tak boleh duduk diam ni mereka nak balas dendam nyawa dibalas nyawa ....berhati2 rakyat Sarawak ....

Kiko Chris berkata...

takut arr mk mndik or g kat sungai area betong and yg sama waktu dengannya ya...buaya ya pun xpt dramal

Mr.J berkata...

@Arau Blogger . Buaya ni spesis pendendam..

Mr.J berkata...

@Kiko Chris. mandi kat swimming pool jak lah. :P

Kiko Chris berkata...

@Mr. J haha...ne pat mk crik swimming pool jak2 mn dh kat sia.kdg2 mcm mk rasa juak mndik kat sungei kwasan lain

Mr.J berkata...

@Kiko Chris.

Molah dirikpun.. cangkul jak tanah sia. hahah :P

Tanpa Nama berkata...

kisah penjanjian buaya & manusia itu sekadar mitos. Sama ada dalam sains & agama tiada kenyataan manusia boleh berkomunikasi dengan buaya dan buat perjanjian. Buaya sama saja dengan haiwan liar lain. Pendendam. Kalau dah telanjur mencederakannya, sebolehnya dibunuh terus agar ia tidak menganggu lagi. Sama juga contohnya dengan anjing. Kalau seseorang itu pernah memukulnya, maka ia akan menggigit atau mengejar orang itu @ orang lain.

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©