Ibu kami meningal dunia kerana kecuaian - Sebuah Kisah Benar "Kam Agong" serta lawatan 18/20 Sarawak dan Sabah. SSKM

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Siapakah Kam Agong?

Kepada saudara/i yang kami kenal mahupun yang belum kami kenal, kami ingin berkongsi dengan kita semua mengenai salah satu perihal yang berlaku bahkan sudah pun berlaku
terhadap ibu kami KAM AGONG dan mungkin juga pernah dihadapi oleh saudara/i.

Kemungkinan saudara/i sudah pun mengetahui hal ini, yang telah pun berlaku 7 tahun lalu. Dimana ibu kami telah meninggal dunia akibat kecuaian doktor, Hospital, Klinik danKerajaan.


Pada 18-02-2002 kira-kira pukul 9.00mlm, ibu telah di bawa ke Hospital Daerah Lawas untuk melahirkan anak iaitu adik kami yang ke-8 dan ibu kami sebelum ini sudah pun mengalami perkara sedemikian sebanyak 7 kali, namun dia tidak pernah mengalami sebarang masalah. Bahkan dia juga 6 kali melahirkan anak di kampung iaitu 3 kali di rumah sendiri dan 3 kali di Klinik Desa Long Semadoh dan hanya sekali di Hospital Lawas.


Apakah faedahnya Hospital dan doktor-doktor yang sedia ada? Selain itu , surat kebenaran untuk menjalankan pembedahan juga mencurigakan dan kami tahu tadatangan diatas surat kebenaran itu bukan tandatangan ibu kami.

Menurut laporan doktor di dalam kad klinik, ibu kami mengalami pendarahan yang banyak semasa pembedahan di jalankan.

Dan juga terdapat dua jenis pembedahan di rekodkan. Apakah Hospital dan doktor-doktor ini boleh kita percaya untuk mengubati setiap penyakit yang kita alami? Seperti yang sudah berlaku terhadap ibu kami KAM AGONG.

Atau adakah kita akan berdiam diri dan membiarkan perkara ini berlanjutan? Kemungkinan akan berlaku terhadap ibu, isteri, dan anak-anak perempuan saudara/i, adakah kita membiarkan saja?

Kira-kira dalam pukul 4.00pagi, barulah anak/adik kami yang di beri nama JEREMIAH JORDAN di lahirkan dan pembedahan tamat pada pukul 6 pagi. Dalam keadaan yang terlalu lemah dan baru di tambahkan darah ibu kami di hantar ke wad biasa, dengan denyutan nadi yang begitu lemah dan tekanan darah yang terlalu rendah.

Selepas lima (5) hari di Hospital, ibu kami dibenarkan pulang dengan keadaan badan yang masih lemah dan darah yang masih rendah. Ibu kami pulang ke Kampung Long Semadoh dengan keadaan jahitan yang masih basah dan perut yang membengkak. Kamagong.

Semua diatas tadi adalah sebuah Realiti Kehidupan serta kepayahan Masyarakat di Sarawak Khasnya di sekitar Lawas - Limbang dan juga di kawasan pedalaman .

Dua Hari (27-28 August 2012) yang lepas secara kebetulan bersama rakan sosial Pembela Nasib 18/20 Sabah & Sarawak ( SSKM ) Mr.J berpeluang untuk bersemuka dengan Mr.Lawrence Jayaraj iaitu admin kepada laman perjuangan kamagong.org dan juga isteri kepada Agnes .

Bapa Agnes , Alex Has , Mr.J , Doris Jones , Agnes , Ika Tiah ,
Lawrence (Suami Agnes / pengenali www.kamagong.org) dan
dibelakang anak mereka yang comel

Dalam 2 hari bersama keluarga Lawrence / Kam Agong Mr.J dapat melihat mereka adalah sebuah keluarga yang bahagia dan untuk pengetahuan anda Mr.Lawrence adalah ( Lu Bawang Goreng ) :P , kerana beliau mempunyai jiwa dan hati tak ubah seperti orang Borneo sekali dan tidak janggal untuk berborak dengan beliau .


Berbalik kepada apa yang diperjuangkan untuk Masyarakat pendalaman khususnya di sekitar Long ( Pendalaman Lawas , Limbang dan Miri ) , mereka lebih memerlukan Hospital daripada pembinaan Hotel atau Resort disekitar mereka .


Gambar arkid kamagong disebelah ( Padan suami kepada
Kam Agong dan Ayah kepada Agnes membuat laporan polis )


Banyak yang dibualkan mengenai tragedi "Kam Agong" daripada keluarga Lawrence & Agnes iaitu mengenai "Tandatangan" kebenaran daripada doktor untuk pembedahan Ibu mereka.


Pembongkaran satu persatu dibuat dan didapati Doktor tersebut sendiri membuat tandatangan untuk pembedahan tersebut dan bukannya tandatangan kebenaran daripada Ibu "Kam Agong" sendiri. Anda boleh lanjutkan kepada beberapa Dokumen tersebut di sini ( http://kamagong.org/ )


Jika ini dilakukan oleh sebilangan Doktor yang tidak bertauliah maka kemungkinan kes ini bukan sahaja dialami oleh masyarakat Lu Bawang seperti Agnes dan Keluarga tetapi malahan mungkin pernah terjadi kepada masyarakat lain disekitar tersebut dan kita semua tidak ingin kejadian seperti ini bakal berulang kembali seperti mana dialami oleh En. Lawrence sekeluarga.

Mr.J bersama En. Lawrence Jayaraj ( Kamagong.org ) dan pengendali rumah lindungan kaunseling di Cheras, Kuala Lumpur , *Doris Jones ( baju kuning ) , Ika Tiah * Aktivist 18/20 Sarawak dan Sabah.

Bagi yang ingin mengetahui fakta sebenar keadaan hospital di pendalaman Sarawak ia sebenarnya tidak setaraf apa yang kita tahu "Hospital" kerana kebanyakkan Hospital pendalaman di Sarawak adalah bertaraf "Klinik".

Andai kata masyarakat "Long" (sekitar pendalaman Lawas & Limbang) sakit maka mereka memerlukan 1-3 jam untuk berjalan kaki selepas itu menaikki bot dan seterusnya baru boleh sampai ke Hospital tetapi "bertaraf klinik" dan kos perjalanan mereka memerlukan lebih daripada RM200 - Rm400 untuk sampai ke destinasi tetapi kemungkinan dengan "nyawa - nyawa ikan " dan apakah kerajaan Sarawak telah buat selama ini? serba tidak ada.

Ini bukanlah omongan kosong tetapi melalui apa yang telah dihadapi oleh sebilangan masyarakat disana.


Kasam Babi ( Lum Bawang Style ) cukup istimewa sekali apabila dihidangkan oleh Isteris Lawrence iaitu Agnes untuk makan malam sehingga membuatkan Mr.J dan rakan - rakan terasa di Borneo kembali.

Ya, memang Sarawak dan Sabah kaya dari segi sumber - sumber mentah tetapi di realitinya kebanyakkan penduduk di kawasan bandar malah sebilangan di bandar tidak terjaga daripada aspek kemudahan - kemudahan perubatan yang cukup dan juga doktor - doktor yang profesional. Siapakah yang bertanggungjawap dalam semua isu ini?.

Andai kata Mr.J diberi peluang untuk mengutarakan apa yang diperlukan untuk Rakyat Sabah dan Sarawak maka

Perkerjaan dan Had Gaji adalah sama rata dan bukan seperti mana yang dikatakan oleh "individu" tersebut dengan meletakkan had minimun adalah RM900 untuk semenangjung dan Rm800? untuk Sabahan dan Sarawakian .

Kemudahan pengangkutan harus dikemaskini dan dibaikki .

Mungkin "Individu Tersebut" tidak pernah merasakan berjalan kaki selama setengah hari untuk sampai ke destinasi penting seperti hospital.

Sebilangan "Individu Tersebut" tidak pernah merasakan perjalanan ke Sekolah selama 2 hari 2 malam merentas desa kerana "Individu Tersebut" hanyalah tahu duduk di dalam Helikopter sekiranya melawat tempat - tempat luar bandar dan tak pernah merasa kepayahan hidup penduduk disekitar Lawas , Limbang dan khasnya pendalaman Sabah dan Sarawak.

Yang mereka tahu adalah menabur janji yang tak pernah ditepati selama berpuluh tahun setelah "pembentukkan malaysia".

Tempatkan lebih banyak Peluang Pekerjaan untuk anak muda Sabah dan Sarawak ke dalam sektor pekerjaan kerajaan untuk negeri mereka sendiri dan bukannya menambahkan "orang luar" yang hanya pentingkan "elaun jarak" dan sebagainya.

Lemang yang dibuat oleh ayah Agnes cukup enak sekali , Mr.J makan dengan lahap . :P

Itulah membuatkan sebilangan besar anak - anak muda Sabahan serta Sarawakian seperti menjadi pelarian di tempat sendiri dan ada yang membuat perubahan drastik dengan meninggalkan kampung halaman mereka dan berhirjah ketempat yang lebih selesa seperti ke luar negara . Mr.J rasa setakat untuk dikongsi bersama pembaca kerana Mr.J tahu bahawa pembaca diluar sana mungkin lebih mengetahui perasaan mereka yang sengsara akibat kerakusan kuasa sehingga mengakibatkan hidup serba tak kena.

Dan disini Mr.J berharap semoga lebih ramai rakyat serta anak - anak muda untuk bangkit dan bersuara kerana itu adalah penting sekiranya anda mengetahui Hak anda bukan itu sahaja Mr.J mengambil sedikit kata daripada Ms. Doris Jones serta beberapa perkara untuk disampaikan kepada kaum Ibu Tunggal dan semua Ibu yang berada di pendalaman supaya lebih banyak didedahkan kepada Penjagaan Hak yang seharusnya mereka tahu . Sila libatkan diri di mana - mana aktiviti sekiranya melibatkan kaum ibu .


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

0 comments:

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©