Penjawat Awam di Sarawak tidak berpuashati dengan Artikel di Borneo Post "Penjawat awam berhibur hingga larut malam".

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hari ini ( 2/10/12 ) satu artikel berita daripada Borneo Post Online membuatkan ramai Penjawat Awam kesal serta marah dengan sikap 'wartawan' yang memaparkan kisah "Penjawat awam berhibur hingga larut malam" yang tidak pasti kesahihannya .

Berita tersebut mencurigakan berdasarkan Gambar yang dimuatkan di Borneo Post Online iaitu adalah sebuah gambar semasa merayakan hari Kemerdekaan dan bukannya 'permandangan' harian yang terdapat di pub mahupun di tempat disko lain ( alangkah peliknya megibarkan bendera malaysia setiap hari ). Rujuk gambar dibawah.

Komen sebilangan Penjawat Awam tidak puashati mengenai artikel tersebut :

Nicoleson ****** : Penjawat Awam pun mok enjoy lepas lelah2 stres kerja....nang sial juak wartawan 2 org tok.....dahlah madah sia guru ngajar nembiak enjoy......cney nya dapat statistik ya???? cney paper work kajian nya???

Awangku ******* : "Namun di sebalik sikap buruk penjawat awam itu, tidak semua daripada golongan itu mengamalkan sikap sedemikian tetapi hanya segelintir sahaja" katanya..segelintir tapi mcm hentam semua penjawat awam bunyinya..siap ada bawa bendera lagi..memang gambar 31 ogos/16 sept yaa..nampak sangat menipu~... ish3...

Genesis ****** : Wartawan ini harus tau membezakan apa berita yg harus diletakkan dalam suratkhabar atau majalah hiburan. Harus tau beza FAKTA atau AUTA/GOSIP/CERITA SENSASI.

Halil ********** : baghal lh cdak 2 tk... sebar berita mcm x ada idea lain.. mcm sekadar nk lepaskn dateline jk.. cdak nk pegi pub ya semua penjawat awam kh? muat kh pub ya masuk lebih sejuta penjawat awam? ada lh cdak penjawat awam nk dipdh nya ya makei nametag, id badge jabatan, pakaian seragam, etc?

Petikan Borneo Post:
Berdasarkan ‘terjah’ Utusan Borneo ke premis-premis hiburan di sini, mendapati golongan yang didapati suka berfoya-foya di pub adalah golongan askar, polis, jururawat, guru dan penjawat awam yang lain dilihat sebagai pelanggan tetap beberapa premis hiburan di sini.
Bukan sahaja pada hujung minggu, golongan terbabit turut didapati mengunjungi pusat hiburan pada hari-hari bekerja.
Gambar yang menjadi isu sebilangan penjawat awam yang disiarkan oleh Borneo Post

Petikan daripada Borneo Post Online:
"golongan penjawat awam yang terdiri daripada para guru, askar, polis, jururawat dan kakitangan awam yang lain. Namun ada juga pelanggan lain datang ke sini misalnya daripada pekerja swasta yang datang daripada golongan berpendapatan sederhana. 
“Golongan terbabit (penjawat awam) sering datang ke sini tidak memilih hari sama ada waktu hari biasa atau hujung minggu. “Ada antara mereka berbelanja besar sehingga mencecah RM1,000 ke atas untuk berhibur semalaman,” ujarnya.  
Ditanya kenapa golongan ini sering datang ke premis hiburannya, Sam memberitahu mereka itu hanya mahu ‘happy’ sambil mabuk. Borneo Post 


Dimanakah letakkan kredibiliti sebagai seorang wartawan dengan mencampurkan isi sebuah 'berita' dengan gambar 'lapuk' iaitu gambar yang tiada kaitan dengan kisah yang ingin disampaikan.

Adakah hanya individu tanpa seragam penjawat awam mengatakan 'ya' maka mereka terus dikatakan penjawat awam tanpa usul periksa identiti?

Adakah Wartawan tersebut mengesahkan identiti mereka melalui semakan penjawat awam ataupun hanyalah    borak lisan daripada individu yang 'mengakui' penjawat awam?. ( orang gila pun boleh berkata "saya adalah penjawat awam dan hari - hari minum di pub ) .



 Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©