Semoga Ahmad Adam Syukri, dari Sarikei Sarawak sembuh dan menjalani kehidupan biasa.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Siapakah Ahmad Adam Sukri ? bayi yang berasal daripada Sarikei, Sarawak.



AHMAD ADAM SYUKRI: 
Dilahirkan pada 4/3/12 mengalami BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy) atau lebih dikenali sebagai "Kerosakkan pada bahagian Saraf Otak".

Lahir secara vacuum pada 04-03-2012 dan sewaktu kelahirannya Adam keluar dalam keadaan flat dan kekurangan oksigen. Scan MRI menunjukkan otak Adam mengalami kerosakan yang amat teruk.

Gambar terkini 23/10/12 Adam semasa dalam pesawat untuk diterbang dari Sibu Sarawak ke HKL .

Adam tidak pandai menelan airliur dan bergantung pada mesin oksigen untuk terus hidup. Juga perlu bergantung kepada mesin suction kerana tidak pandai menelan air liur untuk sedut air liur dalam rongga hidung dan mulutnya. 

Mata kanan mengalami injured, telinga kanan tidak dapat mendengar kerana kerosakan. Doktor pakar otak mengesahkan Adam akan terlantar seumur hidup dan peluang untuk berjalan dan hidup seperti kanak-kanak normal amat tipis. Doktor pakar otak mengklasifikasikan kerosakan otak Adam sebagai kematian saraf otak.
Keadaan Adam dikatakan Stabil kini berada di HKL .

Misi memindahkan Adik Adam berjaya, Adik Adam akan menjalani rawatan lebih baik di HKL, terima kasih kepada semua yang terlibat didalam menjayakan misi ini, doa dan harapan seluruh rakyat Malaysia ingin melihat Adik Adam sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain, sama-sama kita doakan..

Untuk mengetahui keadaan terkini bolehlah rujuk di page dibawah :


Laporan Terkini 23/10/12 daripada SH.

KUALA LUMPUR - Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan menubuhkan satu pasukan khas untuk merawat Ahmad Adam Syukri Suherma, bayi berusia tujuh bulan yang menghidap penyakit kerosakan saraf otak. 

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beberapa pakar akan dikumpul dalam pasukan itu bagi mengenalpasti secara lebih mendalam penyakit yang dihidapi oleh bayi dari Sarikei, Sarawak itu.
   
"HKL merupakan hospital yang mempunyai ramai pakar yang dapat digunakan dalam memberikan rawatan sepenuhnya terhadap Adam.
   
"Saya berharap agar segala kepakaran yang ada di HKL dapat merawat penyakit yang dialami oleh Adam," katanya kepada pemberita selepas melawat bayi berkenaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Pediatrik HKL, di sini hari ini.
   
Beliau berkata segala kos perubatan Ahmad Adam Syukri juga akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
Ketua Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi HKL Datin Dr cberkata pihaknya akan memeriksa dengan lebih lanjut untuk mengetahui punca dan langkah langkah bagi merawat penyakit bayi itu.
   
Beliau berkata buat permulaan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pakar-pakar terlibat sebelum menentukan keputusan seterusnya untuk merawat Ahmad Adam Syukri.
   
Sementara itu, ibu bayi berkenaan, Noraisah Mohamad Malena, 27, berkata ketika Ahmad Adam Syukri dimasukkan ke Hospital Sarikei pada 9 Okt lepas, keadaan bayinya amat lemah menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Sibu.
   
"Pada 16 Oktober, Adam menunjukkan pergerakan positif, tetapi masih memerlukan mesin bantuan hayat untuk membantu pernafasannya.
   
"Tekanan darahnya tidak naik menyebabkan Adam terpaksa menerima darah tambahan lagi. Sebab itulah penerbangan kami ke Kuala Lumpur dibatalkan pada 15 Oktober lalu," katanya.
   
Noraisah berasa bersyukur kerana mendapat bantuan 'Misi Sayang:Bantuan Ehsan Adik Ahmad Adam Syukri' yang dianjurkan Wanita Umno kerana membolehkan mereka sekeluarga terbang ke HKL hari ini bagi mendapatkan rawatan lanjut untuk bayinya.
   
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlibat dalam misi membawa bayi berkenaan mendapatkan rawatan selanjutnya di HKL berharap Ahmad Adam Syukri menerima rawatan terbaik di HKL.
   
"Ini merupakan tanggungjawab pihak kami dalam mengurus dan menyempurnakan perjalanan mereka (Adam dan keluarga) supaya Adam mendapat rawatan yang segera dan terbaik disini," katanya. - Bernama



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©