Uniknya Sarawak, Borneo . - Makanan, Wajah serta masyarakat Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Uniknya Sarawak , ya itulah yang selalu Mr.J dengar daripada rakan - rakan yang pernah mengunjungi Sarawak . Waktu pack atau fullhouse pernerbangan ke Sarawak adalah pada bulan December , May , June serta July dan jika anda membeli ticket Airasia ataupun MasAirlines pada waktu dekat dengan percutian anda maka anda kemungkinan akan kehilangan sejumlah *RM500-*RM600 untuk bayaran pergi sahaja .  

*Info : Sarawak mempunyai lebih daripada 8 Lapangan Terbang .

Kenapa mahal? * yang last minute pay memanglah mahal . Harga sebenarnya untuk pulang balik dari Sarawak ke KL bergantung kepada dimana lapangan terbang yang anda hendak berhenti dan yang paling kerap adalah 3 Bandar Utama Sarawak iaitu Kuching , Miri dan Sibu.

*Info : Sarawak mempunyai 3 Buah Bandaraya iaitu Kuching , Miri , Sibu *Bintulu ( bakal ). 

Disini Mr.J menyediakan beberapa tips penting sekiranya anda ingin mengujungi tempat Mr.J , dan Mr.J hanya akan berada pada bulan June untuk tahun depan 2013 ( kalau nak ikut sila email Mr.J di admin@pengerindu.com ) dan akan menghabiskan masa selama 2 minggu di Sarawak kerana Bulan June adalah Bulan menyambut Hari Gawai iaitu perayaan Terbesar bagi kaum Dayak Iban Khasnya dan beberapa Sub Etnik Dayak di Sarawak.

Sayur Daun Sabung



Ikan Lempis Banggah & Entebalang




Makanan Special Sayur Hutan di Sarawak.Borneo







Ulat Lamas . 
Lamas ini dijumpai pada pokok durian yang telah habis daunnya dimakan Lamas. Lamas ini akan jatuh dari daun-daun atas pokok durian ke atas tanah. Jadi Lamas ni perlu dicari dengan cara menggali sedikit tanah pada pokok durian itu.


Laksa Sarawak  
laksa ini sungguh berbeza daripada mana - mana laksa di malaya kerana laksa sana mee dia gemuk di Sarawak Laksa mee dia kurus hehehe ..
Laksa Sarawak , Resepi asli hanya di Sarawak

Ulat Sago
Inilah makanan esotik yang agak mahal di Sarawak dan harganya adalah RM1 untuk seekor rasanya pula lemak berkrim dan disukai ramai . Ulat ini tidaklah beracun ataupun kotor kerana ianya hanyalah memakan isi daripada Pohon Sago yang terdapat banyak di sekitar Sungai Rajang hingga ke Mukah dan Daerah Dalat.

RM10 1Mangkuk dianggarkan mempunyai 10 ekor.
Umai Sarawak
Umai adalah dimana Ikan ataupun Udang dimakan dengan mentah sebelum itu diperam dengan air limau nipis , cili , bawang merah dan sebagainya .

Mr.J tahu membuat umai udang.. :)

Linut

Linut - slluurpppp..daripada tepung Pohon Sago banyak terdapat di Mukah serta Dalat - Makanan Tradisional Orang  Melanau.


Linut , daripada Tepung Pokok Sago.

Baiklah , bab makanan Mr.J dah hidangkan. Bagaimana pula dengan sikap penduduk Sarawak? masihkah mereka tinggal atas pokok dan memenggal kepala manusia? * yang ini siapa bagi soalan macam tu kat Mr.J siaplah ko kena ceramah free .

Baiklah sekiranya anda ingin merasai tinggal atas pokok .. kununnyalah kan sebab ramai sangat epic yang mengatakan orang sarawak tinggal atas pokok. Maka anda perlulah sediakan lingkungan RM1000 untuk merasai bagaimana tinggal atas pokok oh ya , dilengkapi dengan kemudahan Internet , Air Panas, dan sebagainya.
A Tree House at Permai Rainforest Resort, Sarawak
Baiklah kita tinggalkan pasal "Orang Sabah & Sarawak tinggal Atas Pokok" cuma yang budu sahaja tanya soalan macam itu.

Bagaimanakah Muka Orang Sarawak?
Orang Sarawak dah lah tinggal atas pokok mestilah wajah macam Orang Utan kan. , korang tengoklah sendiri gambar dibawah dan sila abaikan gambar ketiga kerana dikuartiri sebilangan wanita trauma .


( Pemuda Sarawak ) Mr.J pun tumpang interframe sikit okay.. 

Akan Bersambung .... kalau Mr.J rasa rajin nak sambunglah... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©