RIP Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau - Pahlawan Iban yang tetap diingati malaysia.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, meninggal dunia awal hari ini di Hospital Umum Sarawak. Mendiang berusia 68 tahun.Beliau meninggal dunia pada pukul 1.45 pagi, tidak lama selepas digegaskan ke hospital setelah pengsan di rumah akibat sesak nafas, kata balunya Datin Brawang Chunggat.


"Kami sekeluarga masih terkejut kerana beliau tidak pernah mengadu sakit dan memang kelihatan sihat walafiat," katanya kepada Bernama.

Kanang, yang bersara sebagai Pegawai Waran 1 daripada 8 Batalion Ranger, Angkatan Tentera Malaysia, merupakan soldadu tunggal yang menerima pingat Sri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) iaitu pingat keberanian tertinggi negara, ketika masih hidup.


Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mendiang Kanang akan diberikan penghormatannegara apabila disemadikan di Sarawak, Ahad ini.Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telahmengarahkannya untuk melakukan persiapan bagi memberikan penghormatan kepada mendiang dengan kerajaan negeri yang akan turut menyelaras majlis penghormatan itu.

"Kami mengenang jasa-jasa Kanang Anak Langkau bukan sahaja kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi juga kepada negara."Saya kehilangan seorang teman yang merupakan pahlawan yang menerima dua anugerah terbesar negara iaitu Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB)," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Graduasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) di ibunegara hari ini.


Beliau berkata mendiang menerima kedua-dua pingat itu pada 3 Jun 1981.Katanya, mendiang berkesempatan meriwayatkan perjuangannya melalui beberapa wawancara dan pengkisahan perjuangannya, namun filem yang bertajuk 'Kanang Anak Langkau' itu belum sempat disiapkan."Saya terkilan kerana filem tersebut belum sempat disiapkan. Bagaimanapun, saya akan meminta penerbit dan pengarah berkenaan agar menggunakan bahan-bahan penggambaran yang telah ada itu untuk disiapkan bagi dipertontonkan kepada khalayak umum.

Ahmad Zahid berkata jawatan terakhir mendiang semasa berkhidmat dengan ATM adalah Pegawai Waran 1.

"Mendiang semasa khidmatnya, telah menempuh beberapa pertempuran terutamanya di Perak. Oleh sebab itu pengkisahan beliau dilakukan sebagai mengenang jasa beliau untuk dijadikan contoh kepada pegawai-pegawai dan anggota tentera yang ada sekarang," katanya.Kanang adalah anak jati Sarawak, yang menjadi kebanggaan negara, kerana keberaniannya menentang komunis ketika bersama Angkatan Tentera Malaysia dari 1962 hingga 1983.- Bernama

* Malaysiakini

1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©