Apa Yang Berlaku di Sarawak Semalam ? 19 February 2013

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
MIRI: Seorang penjaga se­buah premis yang ditangkap kerana disyaki menjalankan kegiatan mesin judi atas talian secara haram diperintahkan Mahkamah Majistret, di sini pagi semalam supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.Suspek, 25, dari Permy­jaya di sini telah diperin­tahkan menjalani reman itu di lokap Balai Polis Pusat Miri mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur jenayah.

SIBU: Seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa pukau selepas kehilangan seutas jam tangan dan dompetnya ketika sedang tidur di dalam kere­tanya di Jalan Pahlawan, di sini malam Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada jam 9 malam, mangsa berusia dalam lingkungan 50-an sedang menunggu ketibaan abangnya dari Kuching di Terminal Bas, di sini apabila dia menyedari jam tangan dan dompetnya hilang.Menurut laporan, mangsa dikatakan tertidur di dalam kereta difahamkan tidak men­gunci pintu keretanya.

KUCHING: Seorang wan­ita membuat laporan polis mendakwa telah dirompak seorang lelaki bersenjatakan pisau ketika dalam perjalanan pulang ke hostelnya, awal pagi semalam.Mangsa, 32, memberitahu, semasa kejadian dia berjalan seorang diri menuju ke hos­telnya yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan kedai di Batu Kawah di sini sekitar jam 3.30 pagi.Menurutnya, ketika berada di tangga bangunan kedai tersebut, dia telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali dan terus mengacukan pisau di lehernya dari arah belakang.

KUCHING: Seorang remaja lelaki membuat laporan polis semalam mendakwa telah dibelasah sekumpulan lelaki di pekarangan sebuah sekolah menengah di Green Road, kelmarin.Mangsa, 15, memberitahu semasa kejadian dia baharu sahaja selesai sesi perse­kolahan sebelum didatangi lima lelaki yang juga pelajar sekolah berkenaan sekitar jam 1 petang.Kelima-lima lelaki tersebut kemudian telah meminta wang daripada mangsa dan mengugut akan membelasah mangsa jika mangsa eng­gan memenuhi permintaan mereka.

MIRI: Mahkamah Majis­tret, di sini telah menge­luarkan waran tangkap ke atas dua lelaki yang dituduh cuba melakukan ugutan jenayah terhadap seorang lelaki lain setelah didapati gagal hadir untuk sebutan kes semalam.

Pada masa sama, Ma­jistret Lovely Natasha Charles turut mengeluar­kan notis tunjuk sebab ke atas saksi kedua-dua ter­tuduh yang juga gagal hadir di mahkamah semalam.Mahkamah memerin­tahkan waran tangkap dan notis itu dikembalikan pada 18 Mac ini.Kenny Oii Cheong Sin, 34, dari Taman Kok Lian, Kuala Lumpur dan Johnny Balan Njau, 22, dari Jalan Kampung Bintang, Taman Bintang, Perak telah di­dakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan huku­man penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©