Mitos atau Nyata : Taring Babi Tunggal.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Orang Bandar jauh sekali pernah mendengar ataupun melihat dengan jelas apakah itu Taring Babi Tunggal.

Taring Babi Tunggal ini dipercayai boleh dijadikan azimat ataupun kekebalan dan ternyata dahulu di Sarawak dan juga sekitar kawasan Kepulauan Borneo para Pahlawan - Pahlawan Dayak banyak menggunakan Taring Babi Tunggal untuk tujuan senjata diri dan juga menjaga daripada lawan.

Gambar Jenis Taring Babi Tunggal dan pemakaian oleh Paglima / Paglima Dayak di Kalimantan.

Dayak Bangsa Dayak adalah Bangsa yang terbesar menghuni Kepulauan Borneo yang disempadankan oleh Sabah , Sarawak , Brunei dan Kalimantan.

Dayak di Sarawak terdiri daripada Dayak Ibanic yang dikategorikan kepada 2 Sub besar Dayak iaitu Dayak Darat ( Penan, Kadayan, Punan dan sekitar penghuni di kawasan Bukit dan Gunung ) & Dayak Laut ( Iban ataupun kawanan Dayak yang menghuni sekitar Sungai dan sebagainya )

Terlalu Banyak Sub Suku Dayak untuk disenaraikan dan anda boleh melihat senarai penuh Rantaian Sub Suku Dayak di "Kaum Dayak di Borneo" .

Panglima/Pahlawan Dayak di Kalimantan merupakan Pangkat Tertinggi di sana dan sering mengiring orang kenamaan VIP untuk sesuatu urusan. Gambar daripada - Mestre Iwan fb

Baiklah berbalik kepada tajuk utama iaitu mengenai Taring Babi Tunggal ( Mr.J dah lari tajuk pula tadi.. ) , Babi Tunggal dikatakan Babi yang sungguh besar dan tua serta dapat dinilai berdasarkan gelungan dan saiz Taring yang ada di celah giginya.

Menurut beberapa info Babi Tunggal adalah sebesar seekor Lembu Jantan yang dewasa dan berbulu lebat mempunyai 2 taring di atas dan 2 dibawah hanya orang - orang tertentu dapat menewaskan Babi Tunggal ini dan kerana itulah nilai dan kekebalan Taring Babi Tunggal ini tinggi.

Taring Babi Tunggal tidak akan bermakna sekiranya hanya memilikki secara "Kosong" maksud Mr.J adalah anda perlu mempunyai keilmuan batin untuk memilikkinya bukan sekadar menyimpan Taring Babi tetapi dari segi penjagaannya serta 'bacaan mantera' .

Setakat itu sahaja yang dapat Mr.J ceritakan mungkin anda mempunyai kisah sendiri mengenai Taring Babi Tunggal ini dan anda boleh kongsikan diruangan Komen dibawah.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©