VIDEO EKSKLUSIF : Video Tutorial Bagaimana Untuk Membeli Tanah untuk Projek Sawit di Sarawak? Anda Harus ada 'rangkaian' dengan Ketua Menteri Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
EKSKLUSIF Satu siasatan oleh sebuah NGO antarabangsa telah mendedahkan bukti video yang mendakwa bagaimana ahli keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan rakan perniagaan penyalahgunaan lesen pembalakan untuk memperkayakan diri mereka.

Dua sepupu Taib, ahli keluarga kepada rakan kongsi utama Taib, dan seorang peguam yang mewakili kerajaan negeri Sarawak telah dirakam dalam video, didakwa menjelaskan mekanisme untuk mengelakkan undang-undang yang sedia ada bagi memperolehi keuntungan daripada skim itu.

Video itu telah direkodkan secara tersembunyi oleh seorang penyiasat dengan Global Witness, sebuah NGO yang berpangkalan di London yang menyiasat dan berkempen menentang pencabulan hak asasi alam sekitar dan manusia.


Penyiasat itu, telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.

Penyiasat itu menemui Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda), badan kerajaan negeri yang mengendalikan pelaburan asing, dan terus dibawa kepada ahli-ahli tertentu keluarga Taib yang menjual sebuah syarikat yang dilesenkan untuk membalak dan membersihkan tanah untuk perladangan di Sarawak.

Lesen ini dikeluarkan oleh Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, yang diketuai oleh Taib.

Pertemuan dengan ahli keluarga dan ejen lain syarikat itu telah dirakam secara tersembunyi oleh Global Witness dan dihasilkan menjadi filem selama 15 minit yang disiarkan di lamanwebnya. Malaysiakini.com

Perbualan dirakamkan tanpa diketahui.

Fatimah: Ample Agro ialah milik keluarga saya, tapi milik kakak saya. Jabatan Tanah dan Ukur, mereka yang keluarkan lesen, sudah pasti mereka menerima arahan dari Ketua Menteri, tetapi saya boleh cakap dengan Ketua Menteri dengan senang. 

GW: Anda boleh? Fatimah: Ya. 

GW: Kenapa anda rasa dia bersetuju? 

Fatimah: Kerana dia yang beri tanah kepada kami. Dia sepupu saya [ketawa]. Maknya dan ayah saya adalah adik beradik. Dia sepupu saya jadi semuanya senang. Adik beradik tersebut berkata mereka memiliki 5,000 hektar tanah yang diberikan kepada mereka oleh Abdul Taib, dimana mereka mahu menjual syarikat mereka. Ample Agro, yang dikatakan syarikat ali baba. 

GW: Kamu bercadang, Ample Agro, yang merupakan syarikat kamu, untuk dijual, dan bukannya tanah tersebut. Adakah syarikat kamu memiliki tanah tersebut? 

Norlia: Ya, saya beli syarikat tersebut sebagai syarikat ali baba untuk membeli tanah ini. Peguamnya, Alvin Choong juga dirakam dalam video tersebut bagaimana untuk mengelak cukai hartanah. Seorang lagi peguamnya dirakam cuba menjual tanah ayah saudaranya, seorang ahli perniagaan di Sibu yang mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Taib, yang berkata 10 peratus dari pendapatan perniagaan mestilah ke ketua menteri sebagai komisen. Dalam kenyataannya, 


GW mendakwa pegawai senior kerajaan dan seorang eksekutif syarikat pembalakan berkata ia adalah amalan yang standard di Sarawak kepada syarikat untuk membayar komisen kepada Abdul Taib sebagai habuan bersetuju untuk memberi lesen pembalakan atau perladangan. 

Peguam di London mewakili ketua menteri menafikan dakwaan tersebut, kata NGO itu dilaporkan. “Kerajaan Sarawak mengeluarkan lesen untuk tanah dengan cukup terkawal. Ini adalah sebahagian dari pentadbiran, bukannya bertujuan politik.

“Klien kami tidak pernah meminta atau menerima rasuah sebagai pemberian lesen atau pajakan tanah. “Beliau tidak mengeluarkan sebarang ‘arahan’, yang salah untuk kepentingan sepupunya,” kata Mishcon de Reya, peguam Taib. Abdul Taib, 76, menjadi ketua menteri Sarawak selama 32 tahun, memegang jawatan tersebut sejak Mac 1981. 

Kekayaan beliau mencetuskan banyak kontroversi, dengan banyak dakwaan beliau memperoleh kekayaan tersebut dengan cara yang melanggar undang-undang.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©