Penduduk Sarawak dalam Dilema, 1 Undi BN maka Anda Undi Taib Mahmud. ( BN atau Najib Razak atau Taib Mahmud )

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Malaysiaku , suasana semakin hampir dengan Pilihanraya ke 13 maka semakin rancak kempen antara parti kepada rakyat bergitu juga hiasan - hiasan bendera parti serta replika beraneka bentuk.

Tidak kurang juga sesebuah parti politik memainkan pelbagai sentimen ada sentimen berbaur lucah ada juga sentimen yang penuh dengan rasict ataupun berbaur agama .


Walaubagaimanapun sentimen berbaur rasict keagamaan ini hanya berlaku di wilayah semenangjung malaysia tetapi kemungkinan ianya akan memberi impak yang besar dari segi 'undian' bagi penduduk Borneo yang rata-ratanya 2 Negara Persekutaan dalam Malaysia iaitu Sabah & Sarawak yang lebih luas daripada keluasan wilayah semenangjung malaysia adalah Majoriti Penganut Agama Kristian .


Perlukah Kempen berbentuk sedemikian dibuat ? untuk memancing undi kaum tertentu bahkan parti tersebut bakal hilang undian daripada masyarakat tertentu .

Bagaimana pula dengan situasi di Sarawak adakah kemeriahannya turut sama berlaku di semenanjung?
Di Sarawak mahupun Sabah ( 2 Negara Gabungan dalam Persekutuan 'Malaysia' ) , tidak pernah membangkitkan apa jua Isu mengenai Kaum dan Agama kerana di Sabah & Sarawak lebih daripada 50 Kaum hidup Aman dan Damai tidak ada seperti 'Bom Gereja atau Bakar Masjid' sepertimana yang berlaku disebelah sana iaitu Semenangjung.

Jalanraya
Di Sarawak mahupun Sabah Isu utama adalah Isu Air dan Kemudahan jalanraya  , tahukah anda kebanyakkan Orang Sabah & Sarawak lebih suka memilih Kenderaan 4x4 daripada kereta biasa bukan bererti Kaya tetapi terpaksa kerana jalan raya di sesebuah tempat seperti litar perlumbaan 4x4 .

Air Bersih
Kes Air Bersih ini sudah lama dibangkitkan semenjak PRU yang lepas dan lepas dan yang lepas tapi yang disampaikan seperti biasa Tangki Takungan Air Hujan , kenapa tidak laksanakan Saluran Paip? Hairan Anak Ajaib bila Mr.J memikirkannya.

Sokongan terhadap Perdana Menteri Najib Razak Atau Sokong Gabernor Sarawak Taib Mahmud?
Penduduk Sarawak kini dalam dilema , Sarawak adalah Kubu Kuat Barisan Nasional , hanya orang Sarawak tahu bahawa masih ramai yang suka kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak TETAPI rakyat Sarawak hampir 88% akan berasa gembira dan berpesta sekiranya Gabernor Sarawak iaitu Taib Mahmut digugurkan atau meletak jawatan .


Ini kerana Gabernor Sarawak cukup banyak sekali skandal penyelewengan rasuah kayu balak dan pengaliran wang haram ke luar negara . Bergitu juga dengan rampasan serta rompakan  Tanah NCR rakyat Sarawak demi kepentingan keluarganya dan kroninya.

Gabenor Sarawak : Pangkat Baru kerana tiada siapa berani bercakap menyiasat KM Sarawak even SPRM pun KM sarawak cakap 'budak nakal'.

Sarawak mungkin beralih undi kepada Parti lain kerana Gabenor Sarawak yang sudah berjanji beberapa penggal yang lepas bahawa akan meletak Jawatan tapi itu hanya omongan kosong 10 tahun yang lepas .

Penduduk Sarawak dalam Dilema . Sokong Barisan Nasional bermakna Sokong Taib Mahmut.

Jadi Sebagai pengundi , harap anda bijak memilih Wakil Rakyat Anda!.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©