Berita Sarawak ( Kemaskini ) : Menyambut Hari Gawai bertukar Tragedi , Jumlah Mangsa Terselamat & Terkorban - Bot Ekspress Belaga - Kapit Karam 28/5/2013.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Suasana keriangan untuk balik ke kampung menyambut Hari Gawai Dayak yang akan tiba beberapa hari lagi menjadi titik hitam, Tragedi yang melibatkan nahas terburuk di Sarawak apabila Bot Ekspres yang dikatakan lebih muatan penumpang yang sarat membawa lingkungan lebih 100 penumpang walaupun Kapasiti penumpang adalah 70 orang berikut karam dipercayai dikatakan terlanggar *batu , lebih muatan serta arus deras.


- Berita Khas daripada melalui sumber individu di sekitar-sekitar kejadian serta dari beberapa sumber tempatan -
Menurut Daniel Levoh, anggota Majlis Perbandaran Majlis Daerah Kapit, bot ekspres itu dipercayai telah membawa lebih daripada 100 penumpang walaupun kapasiti beban rasmi adalah 67 penumpang duduk.
Beberapa penumpang yang menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi sungai dengan melawan arus deras.

Nama Syarikat Bot Ekspress: 'Bot Ekspres Bakun Mas / Kawan Mas'
Lokasi Karam : Di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan.

Kebanyakkan penumpang bot dari Bakun membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.

Angka kematian dijangkakan meningkat. Kejadian ini dianggarkan berlaku lingkungan sekitar jam 8 pagi - 9 pagi.

Seorang wanita mengandung juga maut dalam kejadian itu dan operasi menyelamat dan mencari masih diteruskan .

Penumpang yang nahas dipercayai gagal untuk keluar daripada bot ekspres tersebut kerana ruang yang sempit serta sesak.

Gambar sebelum kejadian sempat dirakamkan . 

Belaga ke Kapit adalah bahagian di Sarawak yang hanya dapat dihubungkan melalui pengangkutan air dari Bandar Sibu.

Diulangi , kejadian ini adalah kejadian yang terbutruk berlaku.

Angka kematian setakat ini tidak rasmi adalah berjumlah 26 orang . ( tidak rasmi )

Pelbagai Reaksi muncul di laman sosial berkenaan dengan kejadian ini iaitu , dimanakan LSS ( Lembaga Sungai Sarawak ) dan juga pemantau ? , kenapa tiada tindakkan diberi atau tiada penguatkuasa memantau Bot Ekspress yang membawa muatan yang berlebihan .


Adakah punca 'keuntungan' berlipat ganda terhadap pengusaha Bot Ekspress di Sarawak dengan membawa penumpang yang ramai?

Terkini 5:00PM


Seramai 181 penumpang bot ekspres perjalanan dari Belaga ke Kapit yang tenggelam berhampiran Giam Tukok, Bungan Tanjung pagi ini telah diselamatkan.

Ketua Polis Belaga DSP Bakar Sebau mengesahkan bilangan mangsa kepada sebuah Akhbar Borneo Post tempatan dalam satu temu bual telefon di 04:15.

Penduduk Sekitar Rumahpanjai membantu mencari dan menyelamat.

Beliau berkata pihak berkuasa percaya kira-kira 20 penumpang masih hilang, selepas temu bual dengan ahli keluarga dan mangsa.

Menurut beliau, bot ekspres, yang mempunyai kapasiti 74 penumpang, mungkin telah memukul batu sebelum ia tenggelam. Satu lagi pasukan polis dan paramedik dari Kapit dijangka tiba di Belaga sekitar pukul 7 malam.


Kelihatan Bangkai Bot Ekspress yang tengelam.


Terkini 7:15PM : 2 Mayat dijumpa termasuk seorang wanita mengandung sebentar tadi .

Gerakkan carian besar-besaran dan operasi menyelamat yang melibatkan Jabatan dan sukarelawan dari Belaga, Kapit dan Bintulu dan Sibu polis, Bomba dan Penyelamat telah dilancarkan. The Star

"Yang terselamat berkata, kejadian itu berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari kawasan hulu Sungai Balui, tidak jauh dari Empangan Bakun, di Kapit. Mereka adalah kira-kira sejam dari bandar Belaga apabila bot mereka karam."Ia tidak jelas berapa ramai orang yang berada di atas kapal. 

Menurut mangsa, terdapat sekurang-kurangnya seratus penumpang di atas kapal dengan ramai daripada mereka duduk di atas bumbung bot.

Anggota Parlimen Hulu Rajang Wilson Ugak Kumbong dan anggota Dewan Undangan Negeri Belaga Liwan Lagang dalam perjalanan ke tempat kejadian.

Terkini 8:00 AM 29/5/2013: 14 Masih Hilang .

Peta Kejadian.

Menurut Sarawak Rivers Board (SRB) William Jinep berkata bot ekspres telah terlanggar batu sebelum ia karam.

Dipercayai bahawa bot 'juragan' (kapten) hilang kawalan bot selepas stereng yang rosak dan bot itu ditolak oleh arus deras.

Penumpang yang terselamat menaikki Tokang yang disediakan untuk balik ke kampung.

Perasaan Hiba & Sebak menyelubungi tempat kejadian.

Keadaan Sayu serta Hiba menyelubungi keluarga mangsa yang terselamat.

Terkini : Kapal Tunda dalam perjalanan ke lokasi kejadian mengambil masa untuk mengangkat bot ekspress ke tepian sungai.

Mangsa Terselamat menceritakan bagaimana berusaha menyelamatkan diri dengan memecah cermin/tingkap bot ekspress untuk keluar kerana laluan dalam bot ekspress sesak serta panik.


Terkini 2:20PM 29/5/13 :  11 Mangsa Sudah ditemui

Sebelas lagi penumpang bot ekspres yang karam di Sungai Rajang dekat Belaga di pedalaman Sarawak semalam berjaya diselamatkan, menjadikan jumlah penumpang yang terselamat dalam tragedi itu 192 orang, kata Ketua Polis Daerah Belaga DSP Bakar Sebau.

Beliau berkata kumpulan terbaru mangsa itu diselamatkan lewat malam tadi oleh sebuah tongkang yang lalu di kawasan itu dan kemudiannya dibawa ke pusat perlindungan sementara di sebuah rumah panjang .

* Sumber - Sinar & Malaysiakini


Terkini 5 Petang 29/5/2013 : Senarai Nama Yang Masih Hilang

Nampaknya masih ramai yang hilang , moga-moga mereka hilang bukan disebabkan nahas , mungkin telah diselamatkan dan dibawa balik. Bagaimananpun Pihak Polis telah mengeluarkan senarai nama yang dipercayai masih hilang , sekiranya mereka selamat sila hubungi balai-balai berdekatan.

KUCHING 29 Mei - Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sarawak mengeluarkan senarai nama mangsa di Belaga yang masih belum ditemui sehingga pukul 5 petang ini.  Sumber Utusan

Senarai nama mangsa adalah seperti berikut:

Anuar Margaret
Akong Empam
Hendry Linggi
Mejerin Bantan
Ricky Sunus
Robert Angih
Roslin Jati
Simon Patrick
Tommy Ubing
Welson Lat
Wesly Belaja Nelson

Kisah dari Mangsa yang terselamat.

Selepas lebih 24 jam tragedi bot karam berlaku, John Soon, 39, tetap berharap isterinya Roslin Jati, 34, yang merupakan antara mangsa yang masih hilang, akan ditemui dalam keadaan selamat."Saya tetap berdoa dan berharap isteri saya yang sedang mengandung lima bulan itu selamat," katanya kepada pemberita, di lokasi gerakan mencari dan menyelamat di Jeram Tukok/Jeram Bungan, hari ini.

Mengulas kejadian itu, Soon berkata dia dan isteri bersama anak lelaki mereka, Jacky Soon, 5, dalam perjalanan pulang dari kem pembalakan Sin Yang, Lakin B, Bakun ke kampungnya di Nangat Merit, Kapit bagi menyambut Hari Gawai.

Katanya ketika kejadian dia duduk bersama isteri dan anak mereka."Semasa bot ekspres mulai tenggelam sedikit demi sedikit, saya pegang tangan anak dan isteri untuk bawa mereka keluar, tetapi ketika keluar dari pintu hadapan bot itu, saya terlepas tangan isteri saya.

"Saya kembali dan cuba cari isteri lagi tetapi masa itu bot dah mula tenggelam dan saya gagal," kata bapa kepada tiga anak itu. - Malaysiakini

Terkini : 30/5/2013 ( Pagi ) : Operasi Menyelamat dan Mencari Masih terus dilancarkan , 10 Individu dipercayai penumpang masih belum dijumpa.


Misi Mengangkat Bot Ekspress 'Gagal' berikutan Kapal Tunda yang di'order'/'carter' tidak cukup kuat .


Terkini 12PM - 30/5/2013 : Mayat Mangsa Pertama dijumpai

Menurut Berita daripada The Star , Sekumpulan penduduk Rumah Panjang Tevok menjumpai satu mayat nahas Bot Ekspress Karam pada pagi tadi ( 30/5/2013 ), mangsa bernama Tujok Lah berumur 44 tahun merupakan seorang penduduk Dayak Orang Ulu dari Rh Sking , Ng Merit .

Ketua Polis Belaga iaitu Bakar Sebau berkata mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Belaga.




Berita selanjutnya akan menyusul kemudian.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©