Eksklusif : Pembongkaran Pusat Perjudian Siber dibongkar di Limbang,Sarawak. Diharap Pihak Berkuasa Limbang 'Buka Mata' ! atau Mata 'ditutup' ?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pusat Judi Siber semakin berleluasa di sekitar Bandar Limbang , Sarawak .

Hasil risikan beberapa individu yang tidak mahu dikenali dan perbualan kepada kami di email mengatakan bahawa Pusat Perjudian Siber ini dikatakan dikawal oleh 4 Ketua berasingan dan untuk mengecam setiap Pusat Judi Siber berlainan Ketua berdasarkan "Lampu" iaitu :

"lampu merah,lampu biru,lampu pink,dan lambang rokok paip"

Hal yang semakin menghairankan penduduk setempat adalah , tiada langsung tindakan diambil seolah-olah 'pihak berkuasa' melindungi aktiviti haram ini.

Lokasi Sekitar Jalan yang harus dipantau adalah :

"jalan pemukat,jalan bangsiol,sebelah BANK SIMPANAN NASIONAL,depan terminal express,sekitar centre point hotel ada dalam 5,6 premis..Berhadapan pasar babi juga mempunyai sekitar 7,8 premis"

Gambar yang dikirimkan kepada kami

Kita sedia maklum bahawa perjudian siber ini membawa kepada banyak masalah seperti pemiutang , kekerasan , terjebak dengan pergaduhan , rumahtangga diabaikan. 

Adakah Pihak Berkuasa Limbang tidak tahu mengenai Perjudian Siber ini? atau adakah Pihak Berkuasa ini seperti 'disorong bantal' seperti mana yang diceritakan oleh penduduk sekitar . 

Polis? Bukan pihak kami ingin merendahkan 'martabat' Polis tetapi dikatakan banyak aduan dilaporkan oleh penduduk di Limbang tetapi situasi tetap sama. 

Ada penduduk setempat memberi cadangan agar Unit Perisik Polis Bukit Aman turun ke Limbang dan berpakaian Preman untuk melihat dengan mata sendiri .

Itu hanyalah luahan daripada penduduk setempat .

Bagaimana dengan Bukti ? Lokasi . Baiklah Lokasi adalah dinyatakan diatas dan dibawah ini adalah beberapa keping gambar yang dikirimkan kepada kami melalui email.








Gambar diatas adalah beberapa gambar lokasi sekitar Jalan Pemukat, Jalan Bangsiol,depan Terminal Express, sekitar Centre Point Hotel ada dalam 5,6 premis dan juga berhadapan pasar babi juga mempunyai sekitar 7,8 premis.

- Admin

Artikel ini dibuat pada Mei 2013 dan Pada July 2013 Pihat berkuasa telah melakukan penangkapan:
17 pelanggan termasuk empat wanita dicekup ketika asyik bermain judi atas talian

LIMBANG: Keasyikan 17 pelanggan termasuk empat wanita bermain judi atas talian tidak berpanjangan, apabila dicekup sepasukan polis dalam serbuan Ops Dadu Mesin Judi di empat lokasi berasingan di sini pagi kelmarin (Ahad).

Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 9.10 pagi itu, polis turut merampas 30 set komputer yang dipercayai mengandungi perisian judi atas talian serta wang tunai berjumlah RM1,878.Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai menjelaskan bahawa operasi dijalankan bersama sepasukan polis melibatkan dua pegawai dan 13 anggota daripada Cawangan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang.

Borneo Post -


Sebarang kisah atau berita yang ingin anda sampaikan bolehlah diemail kepada kami di admin@pengerindu.com


Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©