Pengalaman Mr.J Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27 - 2013 .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam Sejahtera , Salam 1Malaysia. 

Lama juga Mr.J tak update blog ini , bukan apa sibuk mempersiapkan diri untuk menjalani Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27. 

Setelah seminggu Mr.J mendapat surat temuduga daripada SPA hati masa itu berdebar-debar mengenai apakah soalan dan bagaimana calon ditemuduga.

Mr.J rujuk pada google dan membaca pengalaman orang macam-macam cerita tapi sebenarnya tidaklah teruk sangat tetapi ada juga yang muka sedih , merah padam dan sakit hati . 

Ini Kisah Mr.J tempoh hari iaitu pada 16 Mei 2013 , Mr.J menjalani temuduga di Wisma Negeri Sembilan , sehari sebelum itu Mr.J banyak mentelaah isu semasa , skop bidang tugas , gagasan 1 Malaysia dan juga nama - nama penuh menteri yang popular dan jangan lupa maksud dan makna jalur gemilang serta RMK10.

Pada hari tersebut Mr.J bangun awal pada pukul 6 pagi untuk merehatkan minda dahulu , bersarapan mee magie dan terus mandi , sambil itu juga Mr.J cuba berinteraksi dengan 'cermin' serta mengambarkan diri dibilik dengan membayangkan situasi sebenar bila ditemuduga.

Mr.J merupakan diantara 5 calon Lelaki dan 30 lebih calon Wanita yang hadir , ada 3 bilik Panel Penemubual disediakan .

Selesai sahaja mendaftar dan menyerahkan surat panggilan temuduga Mr.J diberikan no giliran iaitu Bilik A Calon ke 10 . Menunggu dengan penuh debaran dan sedikit gelisah disebabkan ramai calon wanita sebaik sahaja keluar dari bilik ada yang bermuka merah padam , ada yang menangis dan ada yang tidak berpuashati tapi Mr.J abaikan sahaja .

Mr.J mendapat info bahawa penemubual bilik adalah 2 orang wanita , jadi hati Mr.J sedikit lega kerana selalunya penemubual wanita lebih senang dan reaksi mereka lebih 'girang' jika menemubual calon lelaki , bukan apa dah lumrah dunia bak kata mat salleh 'Magnet' diantara lelaki dan wanita . Patutlah calon wanita kena soal kaw kaw .. isk isk.. 


Akhirya giliran Mr.J masuk ke bilik penemebual dan apa yang Mr.J lakukan adalah ketuk pintu 3 kali dan masuk sambil berkata:

"Selamat Pagi , Salam 1 Malaysia , Salam Sejahtera" sambil melemparkan senyuman yang teramat manis sekali sehingga menyebabkan penemubual mr.j kelihatan senyum dan agak 'happy' disitu.

Suasana semasa Mr.J ditemuduga amat 'best' sekali , tiada tekanan dan sebagainya . Mungkin disebabkan Mr.J telah bersedia dengan awal dan boleh dikatakan Mr.J confident menjawap 90% Jawapan dengan betul.

Akhir sekali Penemubual cuba untuk 'saiko' mr.j dengan soalan yang agak bercepu emas seperti:

"Awak segak , hensem , smart dan lama duduk negeri sembilan kenapa tak nak balik Sarawak mesti awak ada gf orang Negeri Sembilan" Soal penemubual wanita tersebut.

Apalagi Mr.J gunakan kaedah "Pandang & Takle , Negetif  Thinking to Positif Answer" dengan menjawap sambil bermain mata dengan penemubual tersebut. 

"Cik , panjang ceritanya cik, dulu memang ada tetapi sekarang tiada lagi kerana saya sekarang amat mementingkan kerjaya berbanding dengan cinta , lagipun dengan motto hidup saya iaitu berdikari tanpa mengira tempat maka dengan ini tiada lagi istilah Cinta bagi saya". ujarku sambil senyum.

Anak Muda Sarawak mencuba nasib ditempat orang.

Persedia untuk calon yang lain , Mr.J sarankan bahawa bersedialah dengan awal , baca mengenai isu semasa , dasar kerajaan dan skop bidang tugas anda dan anda harus bersedia untuk di'saiko'kan.

Apa-apapun keputusan adalah pada bulan Julai ini , itupun kalau terpilih .

- Mr.J


Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©