Rasist? Cina, India, Melayu? vs 30+ Bangsa di Sabah & Sarawak . Apa itu rasist, sebuah bingkisan luahan daripada anak Borneo - Mr.J .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

Sejak semenjak habis Pilihanraya ke 13 ini suasana banyak yang berubah tapi bukan dari segi infrastrutur cuma dari segi ideologi serta pemahaman mengenai bangsa , kaum dan agama semakin menonjol sekarang.

Seolah-olah Pilihanraya ke 13 dikuasai siptom 'pilih bangsa' bukan Mr.J yang kata tetapi sebilangan akhbar di Malaysia ini mengatakan . 

Maaf bila Mr.J katakan , 'Siptom' tersebut hanya berlaku di sebuah tempat yang didudukki oleh 3 Bangsa Utama iaitu "Cina , Melayu dan India" kita abaikan Bangladesh sebab Bangladesh mungkin mengambil masa untuk menjadi salah satu kaum di Malaysia ini.

Malaysia secara amnya dilihat sebuah negara yang majmuk yang dikatakan hidup bertoleransi tetapi hakikatnya ianya sebenarnya adalah sebaliknya dan Mr.J lebih suka mengunakan Istilah 1 Malaysia 2 Negara iaitu Malaysia Timur ( Sabah & Sarawak ) .

Kenapa Nilai Rasional dan sikap Tolenransi dikalangan orang Sabah & Sarawak bergitu tinggi sekali berbanding di sebuah tempat itu? adakah Sabah & Sarawak hanya mempunyai 1 Bangsa dan 1 Agama? Tidak sama sekali , disana lebih daripada 30 Bangsa hidup aman bersama ! .

Biarpun kita selalu mendengar ungkapan jenis 'ejekkan' seperti tingal di Hutan , pakai cawat dan sebagainya tetapi kita selalu memaafkan 'mereka' kerana kita tahu sifat sedemikian hanyalah persis cicak dibawah tin cola yang sentiasa tidak pernah tahu tempat orang , biarkanlah mereka dengan 'khayalan' pembangunan mereka padahal 'minda' serta 'sifat' mereka lebih rendah daripada peradapan sesetengah tempat. ( bukan semua tetapi sebilangan ).

Ini pengalaman sebenar Mr.J yang hidup hampir 10 tahun ditempat orang iaitu lebih senang Mr.J katakan adalah Malaysia Barat , cara hidup tidaklah kearah Barat cuma apa yang Mr.J lihat itulah Mr.J Nilaikan.

Kedai Makan disini terdiri kepada kedai 'kaum' sahaja , susah untuk kita lihat orang melayu 'lepak' dikedai cina dengan rakan cina mereka biarpun cuma minum air dalam tin sahaja .

Situasi ini amat berbeza bagi Mr.J suatu ketika dahulu apabila membawa rakan Mr.J yang berbangsa bukan cina lepak di kedai cina tetapi ditolaknya dengan mengatakan bahawa kedai cina haram walaupun sekadar duduk sahaja?.

Sampai sekarang semuanya masih berbeza antara sosio-sosial dan pengaulan , rata-rata yang berbangsa A akan tetap mempercayai dan berkawan rapat dengan sebangsa dengannya . Ini Fakta.

Apalah susah sangat untuk memahami 3 Bangsa yang disebutkan Bangsa Utama itu? sedangkan di buku sekolah kita telah diterapkan dengan nilai-nilai menghormati sesuatu Bangsa itu .

Bagaimana pula dengan Nilai Lebih 30 ethnik Bangsa yang tidak dinyatakan di dalam buku sekolah apakah kepercayaan yang tidak boleh dan boleh dilakukan? Bagaimana mereka boleh bersatu sedangan didalam buku sekolah tidak dinyatakan kebudayaan dan sosio mereka? .

Cuba tanya diri anda , berapa ramai dan bangsa kawan anda? Adakah 3 Bangsa sahaja? Melayu , Cina , India ? . Bagi Mr.J pula mempunyai kawan lebih daripada 3 Bangsa .

- Mr.J

Tutorial : Bagaimana mencantumkan file 001 , 002 , 003 dengan HjSplitter?

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©