Jom Kenal: Masyarakat Punan di Sarawak, Borneo . "Jik Kayo , Jik Tuju"

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang kewujudan Masyarakat Punan apatah lagi melihat , baiklah kali ini Mr.J hendak bicara serba sendikit mengenai Masyarakat Punan ini. Tapi sebelum itu Mr.J memohon maaf sekiranya ada silap .

Etnik Punan terbahagi kepada Punan Pedan, Bah dan Biau. Tiada perbezaan antara ketiga-tiga puak tersebut. 

Bagi Mr.J , masyarakat Punan memilikki kulit yang cerah dan jikalau melihat mereka di kawasan Bandar mungkin anda tidak dapat membezakan antara etnik masyarakat Cina .

Boleh dikatakan semua penempatan mereka bertumpu di kawasan berbukit dan berhampiran sungai.'Punan Bah' adalah kumpulan etnik yang terdapat di Sarawak, Malaysia. Mereka adalah berbeza, tidak berkaitan dengan Masyarakat Penan .

Felicia, merupakan anak Punan pertama yang menjawat jawatan bertaraf penguasa di Jabatan Imigresen Malaysia.

Kebanyakkan golongan terutamanya yang lebih muda, lebih berpendidikan, secara beransur-ansur berhijrah ke kawasan bandar seperti Bintulu, Sibu, Kuching dan Kuala Lumpur dalam mencari kehidupan yang lebih baik. 

Walau bagaimanapun, mereka tidak meninggalkan rumah panjang mereka sama sekali. Ramai masih akan pulang ke rumah - terutamanya semasa perayaan utama seperti Pesta Menuai / atau perayaan Bungan kerana ia dikenali di kalangan Punan.

Permandang Rumahpanjang Masyarakat Punan, Sarawak. PNA

Sebelum kedatangan Kristian ke Sarawak , Borneo , masyarakat Punan menganuti agama tradisional adalah satu bentuk animisme dikenali sebagai "Besavik".

Sedikit Bahasa Punan :
1. Nu denge nu? - Apa khabar awak?
2. Nu ngaro no? - Siapakah nama anda
3. Tupu koman si - Sudah makan tengahari / makan / sarapan?
4. Tupu moum seh kou? - sudah mandi kamu?

Ini baru sebahagian daripada Ratusan Etnik yang ada di Borneo dan masih banyak lagi akan dikongsikan kepada semua pembaca.

- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©