2 Kes Bunuh Berlaku semalam di Sarawak . Lelaki dibunuh di Kediaman dan dibuang di Parit Berdekatan dengan Sekolah St. Mary Sibu, Sarawak

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Semalam ( 15 July 2013 ) lingkungan 9 malam berlakunya kejadian Bunuh di Sibu, Sarawak dimana Identiti Mangsa masih belum dikenalpasti  . ( Punca Judi 'HOLO' ) 

Mangsa dipercayai diseret dari lokasi ini.

Mangsa ditemui mati hanya menggunakan Seluar Jean di dalam parit tertutup berdekatan Sekolah St. Mary , dan dipercayai mangsa diseret dari kediaman dan dibuang ke dalam parit tersebut. 

Mayat Mangsa dibuang ke dalam Parit ini

Terdapat beberapa titisan darah di hadapan kediaman mangsa. Mangsa dipercayai tinggal di rumah kongsi yang disediakan oleh majikannya dan kini siasatan masih dijalankan.

Gambar - Man Wayne

Punca Pengaduhan dan Pembunuhan tersebut adalah kerana Judi 'Holo' .
SIBU – Judi boleh mengundang pelbagai angkara, termasuk maut. Ini terbukti apabila seorang pendatang Indonesia yang menang dalam permainan ‘Holo’, sejenis judi yang begitu digemari rakyat Indonesia, ditemui mati dibelasah di Jalan Awang Ramli di sini malam Ahad. Mayat Hares Ismail, 61, yang mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita Sabah, ditemui terperosok di dalam longkang berhampiran tapak pembinaan Pusat Islam Sibu pada kira-kira pukul 9 pagi, dengan kesan kecederaan pada bahagian kepala dan lehernya.

Seorang pendatang Indonesia, yang dipercayai kalah teruk kepada mangsa, disyaki mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu. Sebelum itu, lelaki berkenaan dilihat menyerang Hares dengan sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan kekalahannya.

Polis juga mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman tiga pekerja tempatan selama seminggu bagi membantu siasatan kes itu.

Timbalan ketua polis Sibu Supt Zayadi Sebli berkata polis sedang menyiasat bagaimana mayat mangsa boleh berada di dalam longkang kira-kira 10 meter dari tempatnya diserang.

Katanya mangsa, dari Kampung Sim Sim, Sandakan, Sabah dan pemilik kad pengenalan merah, didapati sering menganjurkan judi ‘Holo’ untuk pekerja tempatan dan Indonesia di tapak pembinaan itu.

“Siasatan awal mendapati mangsa bersama empat yang lain, termasuk seorang pekerja dari Indonesia, berjudi sebelum mula meneguk minuman keras pada Sabtu malam. “Kemudian, tiga pekerja tempatan dilaporkan melihat pekerja dari Indonesia itu mengikut Hares setelah permainan selesai.

“Mereka bergaduh dan Hares diserang dengan sebatang besi serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. Beliau berkata pekerja berkenaan memberitahu polis bahawa suspek kalah teruk kepada Hares semasa berjudi. -BERNAMA


Manakala pada hari yang sama juga tetapi di Bahagian Lundu , Sarawak .

LUNDU: Seorang lelaki mati dipukul dengan objek keras di kepala dan badan , mangsa bernama
Chin Sap Yak@Azwandi Abdullah, 41, sedang makan bersama seorang rakan di rumahnya apabila dua lelaki dikenali menyuruh dia keluar dari rumah.

“Mangsa dipukul menggunakan kayu dan objek keras sebelum kedua-dua suspek melarikan diri menggunakan motosikal,” 

- Mr.J 


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©