Berbekalkan Garam serta Lastik Burung, kisah survival series Mr.J waktu zaman kanak-kanak. - Dahulu vs Kanak Sekarang.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Salam sejahtera kepada semua pengujung dan pembaca, dan kali ini Mr.J hendak bawa anda semua ke zaman kanak - kanak Mr.J, zaman yang dikatakan kurangnya teknologi canggih, zaman dimana kanak - kanak belum atau tidak pernah mengenal apa itu telefon bimbit dan sewaktu dengannya. 

Suatu ketika dahulu zaman 'kenakalan' Mr.J, masa itu Mr.J yang sering bermain masuk kedalam hutan berdekatan dengan rakan - rakan untuk melastik burung.

Boleh dikatakan bermula dari pagi sehingga ke petang bermain didalam hutan, lapar? itu semua boleh dicari bila didalam hutan dengan berbekalkan sebuah 'Lastik' buatan sendiri yang Mr.J dengan rakan perlu bawa adalah garam sahaja untuk menambah perisa bagi 'hidangan' yang bakal diperolehi didalam hutan nanti.

Hutan yang ditujui adalah tidak beberapa jauh daripada rumah Mr.J , masing - masing ketika itu zaman Mr.J mana ada facebook dan sebagainya kesemua aktiviti adalah berdasarkan pengunaan fizikal , tenaga dan IQ hidup.

Lastik diperbuat daripada dahan kayu yang berbentuk 'Y' . - Gambar Hiasan

Bermain di dalam hutan cukup membuatkan Mr.J dengan rakan gembira apatah lagi bila dan naik ke atas pokok sambil dibuai angin sejuk hutan , sambil itu kami menanti dengan penuh sabar untuk mendapatkan burung yang akan dijadikan sebagai juadah makan tengahari di dalam hutan .

Selalunya menjadi mangsa lastikkan Mr.J serta rakan adalah burung yang kecil seperti burung pipit dan sebagainya , burung tersebut dicuci di takungan air lopak dan dibakar setelah buang perut dan hanya dicelup dengan garam dan makan. 

Bukan itu sahaja Mr.J dan rakan sering mencari buah cempedak hutan serta beberapa buah liar didalam hutan yang dapat dimakan .

Buah Lemba yang dapat dijumpai didalam hutan ataupun dilereng bukit. - Mr.J

Pernah tak nampak buah diatas tadi? , rasanya ramai yang tidak pernah nampak ataupun merasa . Rasanya sedikit masam dan manis dan ianya spesis buah yang hidup liar didalam hutan.

Apa - apapun ketahanan dari segi fizikal zaman kanak - kanak dahulu tidak dapat ditandingi oleh kanak - kanak sekarang kerana dari segi 'berdikari' mungkin ramai kanak - kanak sekarang gagal . Budak sekarang terlalu 'Manja' dengan gadget dan teknologi canggih sehingga otak mereka tidak berfungsi sepenuhnya.

- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©