Kisah di Sebalik Nahas Bot Karam di sungai Giam Bungan Belaga 2013 . - Hantu Sungai & Hantu Tanah.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Masihkah anda ingat Tradegi Hitam yang menimpa Penduduk di Sekitar Belaga iaitu pada 30/5/2013 dimana Bot Ekspress yang sarat dengan ratusan penumpang karam

Pelbagai Usaha telah dibuat bagi operasi mengapungkan serta mencari mayat yang dipercayai terperangkap dalam Bot Ekspress tersebut , dari pengunaan jentera moden sehinggalah menggunakan khidmat penyelam profesional negara ternyata hasil tersebut hanyalah sia - sia .


Sehinggalah mengunakan Khidmat Tradisional dan dikatakan membuahkan hasil dengan penemuan mayat pertama.

Mengikut kepercayaan Etnik Kayan, kawasan sungai Giam Bungan dijaga oleh Lawa Abai (hantu sungai), manakala kawasan bertanah di sisir sungai dijaga oleh Laja Tiong (hantu tanah).

Jadi beliau minta tolong daripada kedua-dua hantu itu, terutamanya daripada Laja Tiong supaya jika boleh lepaskan mayat yang dipercayai masih tersangkut di kawasan sungai.

Antara barang yang perlu disediakan dalam upacara itu ialah tembakau, sirih pinang, nasi pulut, beras, telur, tuak, arak dan kuih jala, serta seekor ayam hitam hidup.


Barang-barang tersebut disediakan untuk dua 'hidangan', masing-masing satu untuk Laja Tiong dan satu untuk Lawa Abai.

Lato menerima bantuan seorang penduduk kampung memulakan upacara dengan menyediakan kayu yang diruncingkan, dicucuk ke tanah sebelum telur diletakkan diatasnya.

Upacara dimulakan dengan bacaan mentera menyeru bantuan kedua-dua hantu itu sebelum tuak dituang ke arah tanah (tebing sungai), ke arah sungai.Selepas itu upacara tersebut diakhiri dengan ayam hitam hidup tadi disembelih dan dibiarkan dalam sungai.

Menurut rakan Mr.J yang tinggal di kawasan berdekatan , mereka mendakwa terdapat bunyi - bunyi aneh apabila operasi menyelamat dijalankan tambahan lagi bila waktu senja serta malam menjelma . Bunyi seakan - akan paluan gong seperti 'orang' merayakan sebuah kejayaan .

- Mr.J


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©