Mangsa Fitnah 'Agama' . Tiada Bukti Pemuda Cina tersebut menghina agama . Motif Utama: Culik dan Wang Tebusan.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pemuda yang diculik sekumpulan lelaki di Shah Alam kemudiannya diserang dan ditulis perkataan `saya hina Islam' di badannya, berkata kesnya itu tidak ada kena mengena dengan isu semasa membabitkan kontroversi gambar blogger seks menghina Ramadan. 

Kemaskini : 22 July 2013: Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, keempat-empat mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret bawah Akta Culik 1961.Menurut kenyataannya hari ini, dua lagi suspek masih bebas.Suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam atas kesalahan tersebut. 
Kes itu kemudiannya akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam kemudian hari, menurut Gani lagi. - Malaysia Kini
Ng Mun Tatt, 21, berkata beliau diculik kerana wang dan perkataan `Saya hina Islam' itu adalah helah penyerangnya supaya beliau akan dipukul oleh orang awam jika cuba melarikan diri daripada mereka. Ng berkata, beliau terkejut bagaimana gambarnya yang dirakamkan di balai polis boleh lepas ke tangan orang lain dan disiarkan di laman sosial Facebook, sebelum keterangannya diambil oleh polis. 


"Saya lebih terkejut apabila polis memberitahu saya bahawa kes yang berlaku kepada saya ini tercetus daripada kes blogger seks itu," katanya di sidang akhbar di Klang, hari ini. "Saya tidak tahu apa-apa mengenai mereka, atau menyinggung sesiapa baru-baru ini," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, semalam, memberitahu pemberita di Bukit Aman bahawa kes Ng mungkin tercetus akibat kontroversi pasangan lucah itu.
Pemuda PAS hari ini menyuarakan kekesalannya terhadap insiden seorang pekerja kafeteria siber Ng Mun Tatt yang diculik, dikasari, dibogel dan diconteng badannya dengan perkataan "saya hina Islam". Malaysiakini 19 July 2013
Bercakap di sidang akhbar itu, Ng berkata, pengalaman pahitnya bermula apabila beliau sedang minum bersama teman wanitanya, Rachel Leong, 16, dan seorang lagi rakan di Seksyen 25, Shah Alam, kira-kira jam 4.30 petang pada Isnin. "Dua lelaki menghampiri saya. Seorang berbisik di telinga saya bertanya adakah saya `Ah Kiong', sementara seorang lagi memberitahu rakan dan teman wanita saya supaya senyap di kerusi masing-masing. "Tanpa menunggu jawapan saya, lelaki itu menarik kemeja T saya dan mengheret saya ke sebuah kereta yang sedang menunggu," katanya. Katanya, ada empat lelaki dalam kereta Proton Saga berwarna kelabu itu. 

Ng mendakwa dia dipukul, ditutup mata dan dibawa ke sebuah pangsapuri. "Saya tidak tahu saya dibawa ke mana. Mereka mengambil kad ATM saya dan meminta number PIN," katanya dan menambah bahawa mereka terus memukulnya hingga tidak dapat mengingati number PIN itu. "Mereka juga menghubungi abang ipar saya meminta RM5,000 untuk pembebasan saya," katanya. 

Ng berkata, beliau kemudian dibawa ke sebuah estet sebelum dibogelkan dan mereka menulis perkataan di tubuhnya serta memaksanya menghidu gam. "Lelaki itu beritahu saya mereka tulis perkataan itu di badan saya saya supaya orang awam akan pukul saya jika cuba hendak melarikan diri," katanya. "Saya khayal disebabkan hidu gam, tetapi tidak beberapa lama kemudian saya tersedar apabila mendengar bunyi bising. 

Saya menanggalkan kain penutup mata dan nampak tujuh lelaki yang sedang khayal. Hari juga sudah terang jadi saya melarikan diri. "Saya mendapati saya berada di lebuh raya DUKE dan ada penunggang motosikal membantu saya menghubungi polis. "Saya hanya mahu menjelaskan keadaan bahawa kes saya tidak ada kena mengena dengan blogger seks itu seperti yang dilaporkan media hari ini," katanya. 

Katanya, beliau tidak pernah mendengar nama pasangan itu sehingga semalam dan menambah dalam tempoh dua bulan terakhir ini, beliau bekerja di kedai telefon bimbit di Johor sebelum kembali ke Shah Alam untuk menetap bersama kakaknya. Ng, yang kini tidak bekerja kelihatan masih berada dalam keadaan terkejut dan lemah ketika bercakap dengan pemberita awal hari ini. 

Mengenai gambarnya yang kini tersebar, beliau berkata:"Saya tidak tahu siapa mengambilnya, tetapi saya berada di balai polis ketika itu," katanya dan menambah tidak tahu di balai mana. "Polis belum mengambil kenyataan saya lagi tetapi saya diberitahu untuk hadir ke balai polis Seksyen 9 untuk kawad cam," katanya. Sementara itu, abang ipar Ng, Mak Wui Weng, 28, berkata penculik terbabit menghubunginya kira-kira jam 5 pagi dan meminta beliau memasukkan wang RM5,000. 

Mak berkata, beliau hanya memasukkan wang sebanyak RM3,000 dan memberitahu mereka perlu membawa Ng bertemunya, jika mahu baki wang berkenaan. - 17 Julai, 2013. 



Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©