Bersama Mr.J : Ulasan Mengenai Perlawanan Piala Malaysia , Sarawak 4 vs 0 Kedah . 31 August 2013

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Nampaknya Kelibat Kucing Puaka dan Semangat Si Bujang Senang terus menyelebungi Pihak Lawan di Lubuk Sang Bujang Senang.

Separuh Pertama perlawanan dikuasai oleh Pasukan Sarawak apabila beberapa kali cubaan membahaya Sarawak dibuat tetapi berjaya ditepis oleh pasukan Sarawak. 


Pada Minit 46 cubaan joseph kallang sedikit lewat palang dan keputusan kosong sama berakhir hingga tamat separuh masa pertama.
Dikatakan Hampir 30 ribu penyokong Sarawak membanjiri Stadium Negeri.
Separuh masa kedua , Bujang Senang kembali bengis dan semakin gagal dikawal seperti kerasukkan puaka di lubuknya sendiri.

Nampaknya Skuad Kenari tidak mampu memulun pulun sang bujang senang!

Sang Bujang Senang akhirnya mengena kencang di tengkuk si Kenari apabila gol pertama Sarawak dijaringkan oleh Zamri minit ke 55

Asakkan demi asakkan oleh Buaya Berpuaka Bujang Senang akhirnya kali ini mengena Leher si Burung Kenari selepas Gol ke-2 minit ke 63 hasil sepakkan lop oleh Muamer Salibasic. 
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Pasukan Sarawak:Sani A, Ramesh L, Hairol M, Mafry B, Ronny H, Zamri M, JKT, JuniorEldstal , Muamer S., Bobby G, Mazwandy Z  
Senarai Pemain Kesebelasan Utama Pasukan Kedah:Sheril Anuar, Arman, Fazliata, Keon, Faris , Tg. Hasbullah, Baddrol, Syafiq, Shazuan, Alen, Khyril
Nampaknya Sang Bujang senang sunggu ganas malam ini! jika anda membayangkan bagaimana Buaya menelan seekor burung ataupun pemangsanya bergitulah caranya , sungguh kejam sekali dan kali ini melalui Bobby pada minit ke 75 & 78 untuk gol ke 3 dan ke 4.

Burung Kenari seolah - olah kelihatan lunyai sehingga tidak mampu terbang lagi , bak kelihatan mengelupur di kocakkan lubuk berpuaka Sang Bujang Senang.

Pada Minit Terakhir semasa Sang Bujang Senang Melibas Kepala Sang Kenari Tepat mengenai ubun - ubun kepalanya dan memberikan Gol ke 5* . (masih menunggu keputusan penuh)

Masa Penuh : Sarawak 5* - 0 Kedah
Kemaskini : *4 - 0  gol terakhir dibatalkan...

Terkini Peluang Sarawak agak Cerah mendudukki Tangga Teratas dengan 7 Mata  berkongsi dengan  Pasukan Perak 7 Mata ,  Lions XII 4 Mata yang berjaya menumpaskan Perak dan tangga tercorot Kumpulan D adalah Kedah dengan 3 Mata.

Selepas ini Pasukan Sarawak akan berkunjung ke Kota Singa untuk menentang Lions XII pada 18 September 2013


- Mr.J

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©