Gambar Banduan Nigeria kes 39B Gantung Sampai Mati telah melarikan diri dari lokap Jinjang. 13 August 2013

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Seorang Pengedar Dadah Nigeria telah ditangkap baru - baru ini dengan penglibatan Dadah Antarabangsa bernilai 9 Juta , pagi tadi ( semalam ) Pengedar Dadah ini telah Berjaya dengan Jaya Gemilang, Terbilang, Cemerlang melepaskan diri dari dalam Lokap Balai Polis Jinjang pada jam lebih Kurang 11.45 pagi semalam .

Dan yang paling menyedihkan Pengedar Dadah itu 'dibantu' oleh seorang anggota Polis berpangkat Koperal untuk melarikan diri , polis tersebut berusia 50tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.kata Datuk Noor Rashid Ibrahim Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM.

Seorang warga Nigeria kes 39B Gantung Sampai Mati telah melarikan diri dari lokap Jinjang sebentar tadi.

Sumber : MalaysianReview

KUALA LUMPUR - Seorang anggota polis berpangkat koperal digantung kerja dan disiasat kerana disyaki menerima sogokan wang bagi membebaskan seorang tahanan warga Nigeria dari lokap Balai Polis Jinjang, di sini Isnin lalu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata anggota polis berusia 52 tahun itu ditahan di kediamannya di Jinjang bagi membantu siasatan polis kerana dipercayai dengan sengaja membebaskan suspek berkenaan. "Polis menahan reman suspek selama tiga hari bermula semalam, dan polis sedang mengumpul bukti bagi mendakwa anggota polis itu di mahkamah, kemungkinan esok," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), hari ini. 

Beliau berkata berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan lokap, semasa hari kejadian anggota polis berkenaan bertugas seorang diri dan disyaki telah membawa suspek keluar dari kawasan lokap. 

Ku berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota polis berkenaan menerima wang sogokan daripada suspek. Sehubungan itu polis turut melancarkan gerakan memburu warga asing, Osuji Kelly Prince, berumur 25 tahun yang ditahan pada 2 Ogos lepas bersabit kes dadah. 

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh menghubungi pegawai penyiasat Insp Hamsan Hadi (012-2771619) atau ASP Mohd Akmal Abdullah (012-5829300) atau Pusat Kawalan IPKKL 03-21460585. - Bernama


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©