Rumah Panjang 'Rh.Nyelayang Jamban' di Nanga Sekuau terbakar dijilat api. 5 September 2013

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seramai 270 penghuni rumah panjang 'Rh.Nyelayang Jamban' tinggal sehelai sepinggang setelah rumah panjang 30-pintu milik mereka musnah dalam kebakaran di Nanga Sekuau, kira-kira 45km dari sini, hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, hampir kesemua penghuninya tidak berada di rumah panjang itu kerana sudah keluar bekerja. 

Menurut kenyataan Bilik Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, dua pasukan dengan tiga jentera dari Balai Sentral Sibu dan Sungai Merah berjaya mengawal kebakaran dalam masa 15 minit selepas tiba di lokasi pada pukul 10.28 pagi. 

Segalanya telah menjadi arang dan debu..

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Kebakaran itu merupakan kali ketiga melibatkan rumah panjang di sini tahun ini selepas 10 buah keluarga hilang tempat tinggal dalam kejadian di Rh.Franky Bawok di Rantau Panjang, kira-kira 22km dari sini, pada 1 Ogos. 

Kejadian kedua pada 18 Ogos lepas, seramai 200 penghuni Rh.Das anak Jerman di Stapang, kira-kira 40km dari sini, mengalami nasib yang sama selepas rumah panjang 40-pintu musnah dalam kebakaran tengah hari.

- Mr.J via HMetro 5 September 2013

 mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©