Ulasan Mr.J dan Keputusan Sarawak vs Perak Piala Malaysia Versi 'Santau' .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Nampaknya debaran peminat pasukan Sarawak sedikit lega apabila Buaya Berpuaka Sarawak berjaya menumpaskan Pasukan Perak di kunjungan mereka ke Stadium Sarawak hari ini iaitu 21 September 2013.

Kali ini Mr.J seperti biasa akan mengulas mengenai Bolasepak yang melibatkan Pasukan Sarawak cuma cara ulasan Mr.J tidak seperti mana - mana pengulas sukan di dunia ini. ( tiada pengunaan santau dalam ulasan ini sekian. )

Pada minit pembukaan Buaya Berpuaka Sarawak tidak mengambil lama untuk 'menyantau' pemain pasukan Perak apabila berjaya menjaringkan Gol Pertama dan Kedua dalam masa tidak kurang daripada 7 minit perlawanan bermula.

Gol pertama dijaringkan oleh Junior Estrald melalui tandukkan hasil daripada sepakan penjuru pada minit ke 5 separuh masa pertama manakala gol kedua berhasil oleh Bobby Gonzales pada minit ke 7.

Buaya Puaka Bujang Senang makan banyak Seladang dari seberang laut cina selatan , kenyang kamek..

Melihat keadaan tersebut maka Pasukan Perak akhirnya melakukan beberapa cubaan serta tangkisan dan mencuba pelbagai jurus khimat sakti yang dibawa daripada seberang laut cina selatan dan kali ini berjaya menghasilkan ledakkan gol pertama pada minit ke alamak Mr.J lupa nama pula tak apa nanti update nama beliau.

Beberapa pemain Perak seperti terkena Ilmu guna - guna daripada penyokong Sarawak dan dilihat beberapa pemain Perak jatuh 'tersungkur' seperti terkena ilmu santau Buaya Puaka Sarawak dan juga Puaka Kucing Hitam Sarawak.

Pada minit ke 44 sekali lagi semangat gabungan Puaka Bujang Senang dan Kucing Hitam bergabung mengakibatkan Penjagal Gol Perak seperti dipukau dengan keluar daripada kotak pelnati ingin menyambut terjahan bola api tetapi gagal sehingga berjaya dicuri oleh Pemain Bujang Senang sehingga berjaya mendapatkan gol ke 3 sebelum tamat separuh masa pertama. 

Seladang semakin lemah ekoran ekornya ditarik tarik oleh Bujang Senang.

Separuh masa kedua bermua tidak payah mengambil masa yang lama , pasukan Sarawak terus berpesta gol apabila semakin banyak ledakkan gol serta libasan ekor sakti si Bujang Senang maka kali ini 2 gol telah berjaya disumbat hasil limbasan ekor Buaya Puaka . 

Pada minit dianggarkan yang ke 70 Penjaga Gol Seladang seperti bagaikan terus disantau dan dipukau oleh Buaya Puaka Sarawak dan dengan mudah gol ke 6 berjaya diperolehi .

Keputusan Terkini Sarawak 6  - 1 Perak.


- Mr.J


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©