Temubual Ekslusif : Bomoh 'Ana Ngka Bula' yakin mantera Puaka Bujang Senang tidak tersasar kali ini.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
BATANG RAJANG : Pada minggu lepas wartawan dari warta pengerindu.com telah pergi ke satu kawasan daerah dimana untuk menyaksikan sendiri ritual seruan 'Ilmu Libasan Jarak Jauh Bujang Senang'.

Wakil perantaraan 'Bujang Senang' muncul setelah diseru olehBomoh 'Ana Ngka Bula' .

Bomoh 'Ana Ngka Bula' atau lebih dikenali sebagai Mr.J oleh penduduk Kampung Sulu Mata Engkudu akan melakukan Mantera tersebut.

Dia mengakui terdapat kesilapan mantera yang diseru pada malam perlawanan bolasepak diantara Pasukan Buaya Puaka Ngap Sayot yang bertandang ke Pahang melawan Tok Gajah pada 19 oktober lalu. 

"Saya memohon maaf kepada semua penyokong ngap sayot atas kesilapan tempoh hari, dan kali ini saya telah bersiap lebih awal bagi mengelak kejadian salah mantera berulang." katanya sambil menghulukan beberapa biji buah dabai kepada penulis.

Ini kerana kali terakhir dia membuka buku manteranya adalah semasa membantu pasukan keselamatan dengan secara halus bagi menyekat cubaan Pemberontak Sultanic Al kiram Matta Satt Toe.

Di dalam keadaan tergesa - gesa dia terus membuka buku mantera dan membuat seruan sakti "Ilmu Libasan Maut Jarak Jauh" tetapi tidak menyedari bahawa dia tersalah mantera iaitu mantera "Libasan Tusukkan Jantung" yang dituju kepada Sultanic Al kiram Matta Satt Toe.

"Sultanic Al Kiram Matta Satt Toe sewaktu hidup mengunakan khidmat alien dalam misinya ke atas Sabah."

Beberapa jam seleapas itu Bomoh 'Ana Ngka Bula' menyedari kesilapan beliau setelah terbaca berita kematian Sultanic tersebut di dalam facebook dan turut gembira atas kematian Sultanic Al Kiram pada awal pagi 20 Oktober 2013 yang menurut media Filliphina atas sebab kegagalan Jantung berfungsi. 

Hari ini iaitu 26 Oktober masih lagi ada beberapa jam sebelum perlawanan timbal balas di Stadium Negeri Sarawak dimana Tok Gajah akan berkunjung di Lubuk Puaka Bujang Senang. 

Ketika menemui Bomoh 'Ana Ngka Bula' dikediamannya kelihatan dia sedang memperasapkan sesuatu di belakang dapur dengan riak muka yang agak mencurigakan , tetapi Bomoh 'Ana Ngka Bula' mengatakan bahawa dia sedang memanaskan daging salai babi untuk dijadikan pusas/tabas sewaktu menonton siaran langsung malam ini hanya di live streamming tv sahaja berikut kehidupan yang daif dan tidak berkemampuan membeli Television.

Dia yakin malam ini manteranya akan berjaya kerana kucing hitam turut dilepaskan di stadium oleh pengasas slogan 'Ngap Sayot' dengan itu kerjanya hanya perlu menghembuskan bacaan ke arah muka Kucing tersebut petang ini sebelum dihantar ke Stadium.

Kucing Hitam akan dilepaskan di Stadium 
bagi membangkitkan semangat Kucing Hitam Puaka 89.

Bukan itu sahaja, sewaktu tembual ini dijalankan kami tergaman seketika apabila terlihat seekor sotong berkelakuan ganjil di dalam akuariumnya.

Dia senyum dan hanya mengatakan bahawa ini ritual biasa sahaja dan sotong tersebut dijumpai ketika sedang memuja Ikan Duyung di Pantai Miri minggu lepas.

Bomoh meminta izin untuk ke dapur bagi menunjukkan jamuan yang perlu disediakan bagi upacara nanti , dikesempatan itu kami bertekad untuk menyelak beberapa buku manteranya dan cuba untuk membaca tetapi entah kenapa salah seorang kru kami merasa telinganya dilastik kiri dan kanan.

"ya..ya.....yaaa... dabai dabai dimakan kenyalang .. engkala buah engkala nyaman dicampur garam makan dicampur air angat dolok pas ia dipalu burrit ia makei senduk baru ia lembut sedap di Ngap...ai ai ai ah ai ai ai ah .. tuang anang mimit biar penuh gelas , irup anang badu biar sampai palau tabas buah dabai dabai dabai....."  Berikut mantera yang sempat kami salin.

Bukan itu sahaja, jurukamera kami turun merasakan tapak kakinya seperti digeletak sehingga menyebabkan dia merasa terseksa selama beberapa minit.

Dalam 20minit , Bomoh Ana Ngka Bula pun muncul dari dapur sambil membawa juadah yang isinya didalam yang dikatakan adalah Buah Dabai , Buah Engkala, Sejenis Minuman yang disebut Cap Apek , Garam dan Air Suam dan beberapa daging salai babi.

Melihatkan juadah tersebut pelik , warga kru kami berpandang sesama sendiri dan memberi isyarat bahawa kami harus beredar dari sini kerana atas keselamatan kami.

Sebelum mengakhiri perjumpaan , saya sempat bertanyakan mengenai gosip liar terhadapnya mengenai Artis yang digelar "Hot Mama". 

"kali terakhir kami berjumpa adalah semasa menari rentak lagu 'semina duduk berimbai' iaitu waktu perayaan hari gawai 2 tahun yang lepas, masa itu kami menikmati air tuak dan langkau dari ibuk swaylin..itu saja, media sengaja mahu burukkan saya kerana tempoh hari saya enggan ditemubual mereka" ujarnya

Berikut adalah kenyataan Rasmi Bomoh 'Ana Ngka Bula' atau Mr.J.

Keratan Akbar Gosip Liar disangkal oleh Bomoh.

Dia menafikan status hubungannya dengan seorang artis 'hot mama' yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang anak menteri dari negara Pasir Berdengung sepertimana yang dipapar di Akbar Hiburan Artis Kini tempoh hari.

"ya..ya.....yaaa... dabai dabai dimakan kenyalang .. engkala buah engkala nyaman dicampur garam makan dicampur air angat dolok pas ia dipalu burrit ia makei senduk baru ia lembut sedap di Ngap...ai ai ai ah ai ai ai ah .. tuang anang mimit biar penuh gelas , irup anang badu biar sampai palau tabas buah dabai dabai dabai,,,,,

Kemaskini 27/10/13 : Bagaimanapun Mantera beliau sekali lagi tersasar , mungkin kerana ganguan emosi yang terlampau .


- Mr.J Parody Bolasepak Sarawak vs Pahang 26.10.2013


mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©