1 Keluarga, 2 Agama, Darurat Tiada. Sebuah Kisah Budaya Toleransi Antara Agama di Sabah dan Sarawak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Kisah benar bagaimana hubungan diantara Agama di Sabah dan Sarawak lebih matang daripada 'sesetengah' tempat di Malaysia. Kisah ini diceritakan kepada En.Haji Julaihi Haji Suut. 

Kisah Pertama dari AsQue Minie (bukan nama sebenar) : 
Dua orang kakak saya :telah memeluk Islam. Seorang daripada mereka sudah kembali ke Rahmatullah, meninggalkan anak-anak dan suaminya. 

Oleh kerana kami bukan orang Islam, kami telah meminta bantuan pihak masjid untuk menguruskan pengkebumian dan buatkan Tahlil untuk arwah kakak. Pihak masjid segera hulurkan bantuan. Anak-anak arwah kakak masih kecil dan tekanan kerja bapa mereka pula banyak. Jadi kami lah yang menguruskan persekolahan mereka. Ke kelas agama pun kami hantarkan. Kami dah anggap mereka sebagai sebahagian daripada keluarga kami, walaupun mereka Islam dan kami Kristian. 

Anak-anak arwah kakak semuanya dah dewasa hari ini. Anak yang sulung baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinannya. Kami lah juga yang menjadi wakil datang merisik. Anak yang kedua masih menuntut dalam bidang perubatan, sementara anak yang bongsu pula masih dalam Tingkatan Lima. Diharapkan semua mereka akan jadi orang yang berjaya, seperti pesanan dan doa emak mereka sebelum dia meninggal dunia. 

Seorang lagi kakak saya yang memeluk Islam sudah bermastautin di Melaka. Saya selalu menziarahi kakak di Melaka di musim Hari Raya. Mereka sekeluarga pun ada datang ke Sarawak bila tiba musim Gawai Dayak dan Hari Krismas. Makanan dihidangkan tiada yang haram. 


Abang ipar saya, walaupun jenis yang warak, sudah faham dengan keadaan keluarga kami yang bercampur-campur. Bila dia hendak bersembahyang di masjid, seorang lagi kakak saya yang bukan Islam akan hantarkan. Bila abang ipar bersembahyang di rumah, kanak-kanak dilarang berbuat bising. Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka semua faham bila kita tegur mereka. 

Di hari Ahad, ahli keluarga kami yang beragama Kristian akan pergi ke gereja. Balik dari gereja, kami akan makan bersama-sama dengan ahli keluarga kami yang Islam di rumah. Tidak pernah ada isu cuba memesongkan akidah di dalam keluarga kami. Kami sekeluarga hormat pada hak beragama masing-masing. Semua agama itu baik. Semoga kisah keluarga kami boleh menjadi satu inspirasi kepada keluarga lain.

- Tamat -

Kita rakyat Sarawak serta Sabah Tidak Mahu Individu 'tersebut' memasukki urusan di Borneo kerana ianya umpama parasit yang dapat memusnahkan keamanan awam.

- Mr.J rasa bagi kebanyakkan rakyat Sabah dan Sarawak isu Agama bukanlah satu isu yang besar , 1Malaysia baru sahaja dipupuk tetapi rakyat Sabah dan Sarawak telah lama mengamalkan 1Borneo .

mengenai penulis | music menarikmakanan terbaikku facebook | twitter | mykeek | sarawak | sabahliputan media
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©