CHUKAI : 2 pekerja Syarikat Carigali dari Sarawak maut.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
gambar ihsan pembaca
Chukai: Dua lelaki maut akibat terjatuh dari ketinggian 35 meter ketika bekerja di sebuah kapal pelantar gerudi minyak kira-kira 152 batu nautika dari Pantai Kertih, dekat sini, 11.04 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, Gabriel Lembang, 29, dari Miri, Sarawak dan Valentin Jirak, 31, dari Sibu, Sarawak maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, masing-masing yang bekerja sebagai juru elektrik dan mekanik membuat pemeriksaan keselamatan terjatuh ke dalam air kerana dikatakan ikatan tali pada badan mereka longgar.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, mayat kedua-dua mangsa diterbangkan dengan helikopter ke Balai Polis Kertih dan seterusnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dibedah siasat jam 1.35 petang semalam.




Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah terhadap kedua-dua mangsa dan ia diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat kedua-dua mangsa dituntut ahli keluarga mereka kira-kira jam 11 pagi tadi untuk dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing.

Berita ini juga boleh dirujuk di harian metro 21/10/14  dan astro awani.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©