HOAX : Pastinya anda ingat Video Disumpah Menjadi Ikan Pari & Anjing.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
HOAX. Anda tahu apa itu "Hoax", disini Mr.J kongsikan adalah sedikit sebanyak tentang pengertian istilah tersebut dan Mr.J percaya ramai yang masih mempercayai kisah - kisah tersebut mungkin kerana ketiadaan medium yang pelbagai untuk dirujuk.

Seperti contoh, Mr.J menggunakan Perisian Photoshop dan mengubah gambar katak dan mencantumkan gambar ekor anjing sekaligus kelihatan menjadi 1 gambar yang menarik serta membawa keping gambar tersebut ke hutan amazon dimana penduduknya masih 'primitif' ( bayangkan sejenak anda di keadaan perkampungan carnival holocost ).  Sambil menunjukkan gambar tersebut Mr.J pun berkata..

"ini adalah Roh Dewa Syaitan Katak yang saya tawan serta disimpan dalam sekeping daun ajaib (kertas gambar) dari kayangan!, jika anda semua mahu selamat dari serangan tentera saitan katak puru maka sayalah penyelamat anda semua!!". 

Pasti mereka takut dan yang pasti mereka tak akan makan Mr.J malah ukiran muka Mr.J akan diukir dan dilayan sebagai Dewa.

Eh, panjang pula tahap imaginasi Mr.J sehingga lupa ke tajuk utama. Baiklah, kita mulakan dengan yang pertama iaitu Ikan Pari Sumpahan pernah gempar dahulu Kononnya kisah itu berlaku di Johor membabitkan seorang gadis remaja berusia lingkungan belasan tahun yang menderhaka kepada ibunya. Ah! banyak versi sehingga sel otak Mr.J mengalami nganguan saka. 

Ikan Pari Shovelnose Ray yang banyak terdapat di Australia
Kesian, apalah nasib Si Ikan Pari sudahlah tersesat jauh hingga ke Nusantara ditangkap pula malah difitnah lagi. Agaknya yang buat video ini mungkin genetik dia adalah terlebih ketimuran tidak mahu sekali memandang sedikit kebaratan atau erti lain "itu semua mainan media barat!!" sehingga sering menjadi bahan lawak Persatuan Bangsa - Bangsa Bersatu.

Pernah Mr.J bongkar kisah ini pada zaman itu zaman hanset nokia "sabun" tak henti - henti member Mr.J tunjuk kat kawan - kawan dia, kalau tak silap boleh rujuk artikel tahun 2009.

Dan seterusnya adalah yang kedua iaitu "Manusia disumpah menjadi Anjing", video tersebut adalah Video Pameran seni seorang pereka yang bernama Patricia Piccinini , gambar - gambar patung yang direka dan bertajuk We Are Family, Venice Biennale, 2003. dan telah di "fitnah" oleh manusia spesis kuda laut yang berhidung babi.



Caranya adalah dengan menambah audio bacaan kitab atau buku - buku suci sesuatu Agama maka, nah! hasilnya berjaya memperdayakan ramai insan - insan yang teraniaya bahkan video tersebut menjadi "rujukkan" oleh sebilangan keluarga yang "soleh" bagi menunjukkan kepada anak mereka bahawa.. 

"anakku, kalau ingkar atau malas maka mak akan sumpah kau jadi anjing! tak percaya mak ada video tau, ini sebab anak dia malas atau tak nak ikut cakap mak dia, mak dia suruh pergi kedai beli belacan tapi meninggikan suara cakap kat mak dia tak, jadi mak dia sumpah lah.. cakap dengan kakak sekali tau jangan sampai mak sumpah korang jadi emas pastu jual!"

Baiklah semua pembaca, sebenarnya banyak sangat yang Mr.J hendak kongsikan tetapi papan kekunci seakan tidak mengizinkan untuk jari ini terus menari. Ok semua, jumpa lagi dengan kisah lain.

- Mr.J
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©