Jawatan Kosong di JPJ Sarawak, Anak Dayak di Kemudiankan! Ini Tidak Adil!.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Dayak hanya layak menjadi Simpanan sehingga Bila?!. Sekali lagi anak Dayak di anaktirikan oleh kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam dan kali ini sebuah dokumen tersebar luar hampir segenap anak - anak dayak di Sarawak. 

Jika selama ini mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan istilah bahawa Masyarakat Dayak di malaysia di anaktirikan tetapi bagaimana pula dengan ini?

Telah tersebarnya satu "dokumen" mungkin milik SPA berkenaan dengan jawatan kosong bagi JPJ Sarawak telah terbocor dan mula disebar oleh umum khususnya Masyarakat Dayak di Sarawak sehingga cukup mnegundang reaksi pelbagai pihak.

Dayak hanya layak dibangku Simpanan sehingga MATI!.
Isi Kandungan di dalam "dukomen" tersebut memperlihatkan 8 Individu telah berjaya dalam pemohonan Jawatan tetapi 3 Individu hanya sebagai Simpanan dan apa yang membuatkan masyarakat marah adalah sentimen sejak dari dulu iaitu Masyarakat Dayak seringkali "Akan Dikemudiankan" dalam segala aspek dalam Kerajaan.

Keratan "Dokumen" tersebut turut diulang kongsi oleh beberapa laman sosial komuniti masyarakat Dayak dan turut mengundang bergitu banyak perdebatan hebat berlaku khususnya diantara etnik - etnik di Sarawak.

Ada yang mengatakan bahawa hanya mereka yang mempunyai "bin & binti" sahaja akan didahulukan manakala yang "anak/ak" atau telah disingkatkan kepada "A = Anda , D = Dikemudiankan".

Teringat apabila PRU Sarawak lepas dimana 'seseorang' menteri Dayak mengatakan bahawa 100 ribu jawatan di SPA dikhususkan untuk Anak Dayak.

Sekiranya tiada tindakkan diambil oleh kerajaan Sarawak mungkin akan mengakibatkan Tsunami Gelombang Anak Dayak bakal mengugat mandat yang sediakala.

Hal seperti ini pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh para parti pembangkang di Sarawak akan datang.

Artikel ini turut dimuatkan di Portal The Malaysian Insider 30 November 2014
Melalui dokumen tersebut, maka akan menguatkan lagilah tangapan masyarakat Dayak sejak dulu bahawa jawatan spa dinilai berdasarkan "agama" dan "bangsa" atau ungkapan yang sering didengari sejak dari dulu adalah "menukar nama" daripada (AK) ke (BIN/BINTI) barulah peratusan dapat jawatan di SPA agak cerah. Maafkan Mr.J bukan bermakna untuk menyinggung sesiapa, Mr.J hanya menyampaikan apa selama ini presepsi yang menghantui masyarakat Dayak ini adalah presepsi sejak dahulu lagi dan ianya harus ditangani secara berhemah.

Yang pastinya, jika perkara ini benar maka pihak berwajib harus membuat semakkan semua. Kerana dalam isu seperti ini secara tidak langsung ianya mengakibatkan Agama bukan sahaja Bangsa di Sarawak sepertimana kita tahu keamaanan serta toleransi.

Jikalau 10 tahun yang lepas anda tidak mungkin mendengar keluh kesah daripada Masyarakat Dayak bukan?, tapi kini Masyarakat Dayak bukan seperti dulu, mereka bangkit, bersatu, berfikir serta lantang bersuara.

Mungkin sudah lama diri dayak ini dihina, dikutuk, dikeji dengan pelbagai sindiran khususnya masyarakat luar dari Sarawak. Tapi Sekarang Awas!  Mungkin sekarang sedang berada di atas pokok ataupun celah gua - gua sambil bercawat kulit buaya sambil memperhatikan isu semasa di pelbagai media alternatif dan kini sudah bijak membandingkan mana satu yang sahih ataupun "lakonan".



____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©