AMARAN dari SARAWAK. Ridhuan Tee dilarang masuk ke Sarawak - "mesej untuk pelampau extrimis bangsa & agama" .

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Pejabat Ketua Menteri Sarawak  mengeluarkan arahan larangan memasuki Sarawak terhadap ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah sejak dua hari lepas. 


Ridhuan dijadual menyampaikan ceramah agama di Masjid Kecil Daerah Lundu, sebuah kawasan dalam Dewan Undangan Negeri Tanjung Datu, kira-kira satu setengah jam perjalanan dengan kereta dari Kuching, pada 8 malam ini.

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem merupakan Adun Tanjung Datu.

Timbalan Pengarah Imigresen Sarawak Hamfatullah Syawal Hamdan mengesahkan Jabatan Imigresen mendapat arahan daripada Pejabat Ketua Menteri untuk tidak membenarkan Ridhuan memasuki Sarawak.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Imigresen Sarawak menjelaskan Ridhuan tidak muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) hari ini.

Katanya beliau menunggu ketibaan Ridhuan, yang dijadual tiba pagi ini, sehingga 12 tengah hari namun ahli akademik itu tidak muncul.

Beliau berkata mengikut Undang-undang Imigresen, mana-mana orang yang datang ke Sarawak dan jika dia tidak dikehendaki pihak berkuasa negeri, pihak Jabatan Imigresen akan melaksanakan arahan melarangnya daripada memasuki negeri ini.

Seorang sumber yang dihubungi berkata: "Ketua Menteri (Tan Sri Adenan Satem) kurang setuju dengan kehadiran Ridhuan di Lundu malam ini, jadi majlis diarahkan untuk dibatalkan."

Sebelum ini beberapa pemimpin pembangkang dihalang daripada memasuki Sarawak di LTAK dan Lapangan Terbang Sibu.

Adenan, yang dilantik sebagai ketua menteri Sarawak pada hujung Februari lepas, pernah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan pentaksub agama atau golongan pelampau ke dalam negeri ini. – Bernama, 26 Disember, 2014.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©