SIBU - 3 saudara meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan ngeri melibatkan lori tangki.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) antara tiga terbunuh dalam kemalangan ngeri di sini, awal pagi semalam.

Mangsa dikenali Benson Limi, 34, beralamat di Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Dua lagi mangsa ialah Wilson Demang, 36, dan Kumbong Usit, 25, berasal dari Rumah Demang, Sungai Musah, Song, Kapit.

Gambar The Borneo Post 31/12/14.
Kemalangan itu dipercayai berlaku sekitar jam 5 pagi selepas kereta dinaiki mereka merempuh bahagian tengah sebuah lori tangki di Batu 8, Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

Semasa kejadian, kereta jenis Proton Saga dinaiki mangsa yang dipandu Wilson sedang menghala ke pusat bandar dari arah Sibu Jaya.

Bagaimanapun, ketika tiba di tempat kejadian, kenderaan mereka gagal diberhentikan dan merempuh lori tangki terbabit yang sedang melakukan pusingan ‘U’ untuk mengisi minyak di sebuah stesen minyak di seberang jalan.

Pemandu lori tangki terbabit yang hanya dikenali Ling, 29, mendakwa dia tidak melihat sebarang kenderaan menggunakan laluan berkenaan semasa hendak melakukan pusingan itu.

Katanya, dia hanya menyedari kehadiran kereta mangsa selepas melakukan separuh pusingan ‘U,’ namun sudah terlambat untuk berpatah balik.

Pelanggaran tersebut menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di tempat kejadian.

Selain itu, kereta mangsa dilaporkan terbakar namun berjaya dipadamkan oleh Ling yang bertindak pantas mendapatkan botol kosong di dalam lorinya untuk menimba air di lopak jalan bagi memadamkan api.

Anggota bomba dan penyelamat juga dikerahkan ke tempat kejadian untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di dalam kereta terbabit.

Semua mayat mangsa kemudiannya dibawa ke rumah mayat Hospital Sibu.

Polis yang bergegas ke tempat kejadian turut menahan pemandu lori terbabit untuk membantu siasatan. The Borneo Post

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©