AMBIL TAHU: Apa Makna & Maksud "K" di Setiap Kad Pengenalan Rakyat SARAWAK.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Jika anda warga Sarawak anda wajib baca dan share posting ini, kerana posting ini adalah "perkara" penting untuk rujukan semua warga Sarawak tidak kira suku, kaum dan etnik.

Seperti yang kita maklum generasi baru Sarawak sering berbangga dengan kod 13 atau kod 52 yang tertera di dalam IC. Yang memberi makna mereka adalah anak jati Sarawak.

Namun anda harus ingat, tidak semestinya kod 13 atau kod 52 itu bermakna anda anak jati Sarawak. Realitinya kod 13 atau kod 52 tidak berapa penting. Yang penting sekali adalah kod "K".

Kod K terletak paling bawah di sebelah kanan ic. Mungkin ada diantara anda tidak menyedarinya, kerana kod K kelihatan kecil.

Tanda KeRakyatan Warganegara/Wilayah Sarawak 
Persoalannya adalah mudah, jika anda ada kod 13 atau kod 52 tertera di dalam ic tetapi tidak mempunyai kod K, maka anda bukanlah anak jati Sarawak dan mungkin anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Kod K adalah salah satu keistimewaan orang Sarawak, sama juga dengan rakyat Sabah yang mempunyai Kod H. 

Dengan Kod K bermakna Sarawak adalah sebuah Wilayah atau Negara seperti yang terkandung dalam MA63 point 18/20.

Untuk makluman lagi bukan semua orang yang dilahirkan di Sarawak diberi kod K. Kod K hanya akan akan diberi jika seseorang lahir di Sarawak, dengan syarat salah seorang ibu bapa adalah warga Sarawak dan jika seseorang itu lahir d sarawak tetapi kedua dua ibu bapa bukan orang sarawak maka dia tidak layak untuk dapat kod K.

Untuk yang bukan di lahir di Sarawak atau lebih tepat lagi lahir di Semenanjung, dia boleh memohon kod K dengan syarat salah seorang ibu bapa mestilah warga Sarawak.

Mungkin bagi sesetengah orang tidak mengambil endah kod K tersebut, tetapi harus diingat kod K adalah harta paling bernilai di Sarawak. Tanpa kod K anda ibarat pelancong yang terpaksa membawa pasport atau pas lawatan sosial bila berada di Sarawak. 

Kalau tidak percaya sila tanya yang lebih arif lagi iaitu mereka-mereka yang bekerja dengan JPN dan Imigresen. 

Sekian terima kasih.

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©