Gempa Bumi: Sabah "Berkabung" - Batal semua acara Pesta Kaamatan 2015

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Ranau: Kerajaan negeri membatalkan sambutan Pesta Kaamatan 2015 yang dijadualkan berlangsung hari ini selain mengumumkan esok sebagai hari berkabung untuk memperingati 13 mangsa yang setakat ini disahkan terkorban dalam kejadian gempa bumi, kelmarin.

Kerajaan negeri turut melahirkan rasa simpati terhadap semua ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian di Gunung Kinabalu itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, pihaknya berharap seluruh ahli keluarga mangsa supaya tabah menghadapi bencana alam itu.

“Apa yang lebih penting ketika ini adalah usaha mencari dan menyelamat terhadap semua mangsa selain memulihkan semangat ahli keluarga yang terkorban dalam tragedi ini,” katanya ketika sidang media di Taman Kinabalu, Kundasang, di sini, semalam.

Musa berkata, semua jabatan dan agensi yang terbabit dalam usaha mencari dan menyelamat diarahkan supaya mengambil tindakan perlu dan segera.

“Saya juga mengumumkan Isnin ini (esok) sebagai hari berkabung untuk penduduk negeri ini.
“Seluruh jabatan dan agensi kerajaan negeri serta pusat diminta mengibarkan bendera separuh tiang sebagai tanda simpati kepada mangsa tragedi ini,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56271


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©