Sifat Kejujuran Pemuda Sarawak yang memulangkan beg duit harus dipuji

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Berapa kerat dari kita dalam situasi kesempitan wang yang kemudiannya menemui wang yang dalam jumlah yang banyak bertindak mengKembalikan wang tersebut kepada tuan punya wang berkenaan?


Namun bagi Azrol Averroes (nama yang diberi dalam status Page FB Peon JB pada 18 September 2015), warga Sarawak yang kini bekerja di Johor Baharu yang menemui bagtangan yang mengandungi lebih dari RM1,000 , beliau tanpa berfikir dua kali berusaha mencari tuanpunya untuk mengembalikannya.

Tulis beliau:

Admin minta post kan ya.
Saya ada jumpa satu handbag milik Nor Ashikin Bt Wahab.. mintak dia call sama saya.. 0137894455 Azrol Averroes..dia punya bag saya jumpa tadi..duit ada banyak jugak Rm1108.00.. kasihan sama dia..walaupun saya tak ada duit sekarang,tersepit sikarang tidak mungkin saya mahu ambil ini duit bah..bukan hak saya... kol sajak sama saya...

》Sarawak Johor Bersaudara《

Tq informer

Apa yang menyentuh perasaan pembaca pada status Azrol yang telah mendapat lebih 16,000 likes adalah pengakuan dirinya yang dalam kesempitan wang ketika itu namun tidak mungkin beliau mengambil wang itu kerana ianya bukan miliknya.

Rata-rata pembaca memuji kejujurannya malah memohon tuanpunya wang tersebut memberi sebahagian wang itu kepada Azrol.

Sikap jujur Azrol membuat saya terharu, kerana secara tidak langsung ianya mencerminkan sikap sebenar warga Sarawak, biarpun berkelana di negeri orang dalam keadaan payah namun beliau masih mempamirkan kejujuran dan rasa tanggungjawab kepada harta benda orang lain. Syabas kepada Azrol.

Sumber : http://theunreportednews.blogspot.my


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©