Isteri LANGGAR Suami kerana berebut anak.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
"Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seorang isteri tergamak melanggar suaminya dengan kereta gara-gara berebut anak di Jalan Olive, di sini malam kelmarin.

Akibat perlanggaran itu, suami yang berusia 32 tahun mengalami kecederaan patah kedua-dua tangan dan ditemui tidak sedarkan diri di atas jalan. Utusan Borneo

Pasangan itu sedang dalam proses perceraian.
Gambar Hiasan

Kejadian berlaku sekitar jam 8 malam apabila suspek berusia 28 tahun pergi ke rumah mangsa mengambil anaknya.

Ketika di rumah mangsa, dikatakan suspek dan mangsa berselisihan faham.

Suspek berjaya membawa lari anaknya sambil cuba dihalang mangsa.

Marah perbuatannya dihalang, suspek nekad melanggar mangsa dengan kereta dan terus memecut keretanya melarikan diri sambil meninggalkan mangsa terbaring di jalan.

Orang awam yang menjumpai mangsa terbaring kemudian menghubungi ambulans untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, suspek dipercayai menyerah diri di balai polis di sini sekitar jam 11.30 malam dan ditangkap bagi siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan.

Sehingga berita ini ditulis semalam punca sebenar kejadian masih belum dipastikan dan kes masih dalam siasatan. - Utusan Borneo

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN WWW.PENGERINDU.COM► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©