SIBU - Sebuah LORI 5 TAN digunakan untuk membawa Pesakit "Obesiti" 250KG ke HOSPITAL

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
SIBU: Seorang pesakit lelaki bersaiz luar biasa dengan beratnya dipercayai mencecah 250 kilogram (551 paun) memerlukan hampir 20 orang untuk mengusungnya keluar daripada lori lima tan milik bomba ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) Hospital Sibu, petang semalam.

Pesakit obesiti yang dikenali sebagai Sia Chi Herng berumur 33 tahun itu mengalami bengkak kaki menyebabkannya tidak dapat berjalan sejak tiga atau empat hari lepas.

Menurut ibunya ketika ditemui di Hospital Sibu, anak bongsu daripada dua adik-beradik itu mengadu mengalami kesukaran bernafas, malah sukar membuang air kecil sejak terlantar di ruang tamu kediaman mereka di Jalan Ulu Sungai Merah dekat sini.

“Sekitar jam 10 pagi tadi (semalam), dia mengadu kesakitan yang teramat sangat akibat sakit dada sehingga sukar bernafas, selain susah hendak kencing,” kata Sia Me Siew (ibu mangsa) yang bertindak membuat panggilan kecemasan di talian 999 pada jam 10.19 pagi semalam.



Katanya, anaknya boleh berjalan sebelum ini tetapi sejak kakinya bengkak dia sukar bergerak dan hanya mampu berbaring.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima panggilan daripada ETD pada jam 11 pagi mengerahkan sepasukan empat anggota diketuai oleh PBK II Eddy Kilat yang tiba di lokasi 35 minit kemudian.

Bomba guna lori lima tan untuk hantar pesakit ke Hospital Sibu

Pasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang terlebih awal berada di lokasi telah meminta bantuan pihak ambulans yang turut mengalami kesukaran untuk memikirkan cara bagaimana menguruskan penghantaran pesakit ke hospital.

Keadaan tersebut memaksa pihak bomba dikerahkan ke lokasi kejadian menaiki sebuah EMRS (empat orang) dan RRV (dua orang).

Bagaimanapun, pasukan kerahan pertama agak terkejut apabila mendapati pesakit bukan pesakit biasa seperti yang mereka jangkakan. “Kami terpaksa menggunakan sebuah lori Hicom lima tan sebagai pengangkutan yang paling sesuai untuk membawa pesakit.

Ia mempunyai platform hidraulik untuk memudahkan muatan berat dipunggah ke dalam lori,” jelas Eddy yang turut menaiki lori Hicom tersebut bersama dua anggotanya.

Menurut sumber hospital, sebelum ini pernah seorang pesakit berbadan besar lain dimasukkan ke wad menyebabkan pihak hospital terpaksa menggunakan tenaga lapan kakitangan untuk mengangkatnya ke atas pengusung.

Namun, katanya, mangsa yang tiba di pekarangan ETD pada jam 1 petang semalam dipercayai pesakit paling berat dan besar pernah dihantar menggunakan lori Hicom bomba ke ETD Hospital Sibu.

Pihak yang terlibat termasuk APM, ambulans dan bomba mengambil masa selama 10 minit untuk memindahkan pesakit daripada lori sebelum berjaya diusung masuk ke dalam bilik kecemasan Hospital Sibu.

“Saya tidak pernah melihat pesakit sebesar ini sehingga memerlukan hampir 20 orang untuk mengangkatnya ke atas pengusung,” kata Eddy.

Seorang anggota APM, Jaffry Asai pula berkata, dia turut terkejut apabila melihat sendiri pesakit sebesar itu menyebabkan beliau terpaksa meminta bantuan ambulans dan pihak bomba.

“Dia (mangsa) kelihatan agak lemah ketika kami sampai di lokasi. Kami terpaksa memikirkan cara bagaimana mahu mengangkatnya yang mempunyai saiz luar biasa,” katanya.

Selepas pihak bomba tiba di lokasi, mereka terpaksa mengambil sekeping papan lapis yang terdapat di rumah mangsa untuk memudahkan mangsa diangkat ke atas lori.

“Mujurlah bahagian belakang lori bomba mempunyai platform hidraulik yang meringankan sedikit usaha kami mengangkat mangsa ke atas lori,” tambahnya.


____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©