IBAN TAIKO 13 episod untuk TVi, Channel 180 astro. Pukul 12 tengahari bermula 8 hb April hingga 24 April (Isnin hingga Jumaat)

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert

SARAWAK - Sebuah Drama dari Sarawak dalam Bahasa Iban (Sarikata Disediakan) akan menemui para penonton khususnya di Sarawak dimana etnik majoriti berbangsa Dayak Iban pada 8 April - 24 April 2015 (Isnin - Jumaat) dan akan bersiaran di RTM TVi 180 (Astro) pada pukul 12 Tengahari .

Dibintangi Oleh : 
Donny Lang, Shaleyna, Stevenson, Sijah Ejut, Brucewalker, Julio Patrick Davey, Chabu Remat, Zenna Felicia, Jacky Juing, 
Richie Mikai

Idea & Konsep : Fahizal Abdullah
Skrip : Rizalwan Ramli / Aisu Radzy

Penerbit Eksekutif : Prisicilla Bangi Allen 
Penerbit : Hereward Gramong & Joseph Allen

Pengarah : Fahizal Abdullah (fdam)

Drama Iban Taiko adalah satu - satunya Drama yang dinanti - nantikan oleh orang ramai khususnya di Sarawak kerana Drama ini merupakan Drama Pertama dalam Dunia Hiburan Dayak di Sarawak khusunya.

Sipnosis Drama, Ianya Mengisahkan Seorang Pemuda Iban bernama Freddie yang bertarung nyawa melawan samseng samseng yang dihantar oleh seorang peniaga kaya. 

Perniaga yang mengaut keuntungan dari kegiatan haram yang mana peniaga tersebut berminat dengan kampung beliau yang mempunyai kayu balak bermutu tinggi dan tanah yang strategik untuk kawasan penanaman sawit serta pembangunan hartanah. 



Freddie trepaksa menempuh banyak rintangan serta berhadapan dengan maut sekiranya beliau terus berani mempertahankan tanah pusaka peninggalan nenek moyang nya. 

Bagi yang tidak dapat menonton atau ketinggalan episod - episod Drama Iban Taiko anda bolehlah menonton di Laman Web Rasmi TVi di Bahagian "CATCH UP" dimana senarai Drama Iban Taiko yang telah disiarkan akan dimasukkan di sana.

Anda boleh menonton Episod Drama yang lepas di http://myklik.rtm.gov.my/catch_up
Kesimpulannya, Drama Iban Taiko 13 Episod adalah satu - satunya Drama yang banyak melibatkan atau berkerjasama dengan Pihak PDRM seperti Balai Polis Sarikei dan Kuching untuk menjayakan Drama tersebut.


Dan bagi anda khususnya pengikut weblog Mr.J jangan lupa tonton ok! btw, Mr.J membawa watak Cha Bu.

- Mr.J  Klik : Tonton Kesemua Episod Drama IBAN TAIKO di RTM TVi.
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Mr.J sebagai "MAN TOL" di Telemovie Komedi "Bibik Ku Madu Ku" Arahan Fahizal Abdullah untuk RTM.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Maafkan Mr.J kerana beberapa hari ini tidak dapat nak "update entry" terbaru di blog, ini kerana Mr.J berada di Kampar, Perak untuk pengambaran Telemovie Bibik Ku Madu Ku. Ayuh, mari ikuti sedikit sebanyak mengenai telemovie tersebut serta sedikit mengenai watak Mr.J kali ini.


Bibik Ku Madu Ku itulah Judul Telemovie bergenre komedi yang diarahkan oleh En. Fahizal Abdullah Terbitan daripada "Ray Lee" 7ujuh Warisan.

Kali ini Mr.J diberi peluang untuk sekali lagi berlakon oleh En.Fahizal Abdullah dalam Telemovie bergenre Komedi, kali ini boleh dikatakan agak "nervous" sedikit kerana Telemovie "Bibik Ku Madu Ku" turut dibintangi oleh Pelakon berpengalaman serta sememangnya "tip top" seperti Jasmin Hamid yang serba boleh  dan Redzuan Hashim, siapa yang tidak mengenali mereka sememangnya mempunyai "level" sendiri dalam bidang lakonan.


Gerun juga Mr.J yelah Mr.J diibaratkan baru di level Pra-Sekolah manakala Jasmin Hamid dan Redzuan Hashim telah lama graduate serta memegang Ijazah. Ha, lihat bertapa jauhnya Mr.J .
Untuk makluman semua pembaca iaitu En.Fahizal Abdullah juga adalah Pengarah kepada Drama bergenre Aksi 13 Episod iaitu berjudul "IBAN TAIKO".   Drama Iban Taiko 13 Episod tersebut dijangka akan keudara di RTM TVi 180 Astro pada bulan November ini, ketika itu Mr.J memegang watak sebagai Chabu.
Mr.J pula diberi untuk mengalas watak sebagai "Man Tol" iaitu seorang pekerja resort di "Sahom Farm Retreat Resort" yang berlokasi di Kampar, Perak. 

Man Tol adalah seorang pekerja yang lambat "pick up" atau dengan bahasa senang difahami iaitu "selenge / lurus bendul" Man Tol merupakan rakan kepada Munir iaitu seorang yang kuat cemburu manakala Fatimah yang juga pekerja resort yang sama adalah kekasih Munir.

Sedikit Rakaman di Sebalik Tabir Post by Jacky Juing Jonathan.
Ha, itulah sedikit sebanyak tentang watak Mr.J sebagai Man Tol dan kalau sebelum ini Mr.J memegang watak Aksi, Pergaduhan serta Samseng dalam Drama yang lepas iaitu Iban Taiko tapi kali ini jadi seorang yang "blur, lurus bendul agak selenge". 

Rasanya setakat ini sahaja yang Mr.J kongsikan dan untuk keseluruhan ceritanya tunggu sahaja akan datang di RTM, Telemovie ini juga sesuai untuk tontonan seisi keluarga .

- Mr.J

"IBAN TAIKO" Drama 13 Episod yang penuh AKSI dari Sarawak. - Sipnosis & Ulasan -

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
IBAN TAIKO, Mr.J tahu pasti ramai yang seakan dapat meramalkan bahkan ada dikalangan pembaca sekarang tengah berimaginasikan sebuah adegan pergaduhan melibatkan gengster ataupun kongsi gelap.

Tentu ramai yang ingin bertanya serta dipenuhi rasa ingin tahu khususnya rakyat Sarawak dan lebih - lebih lagi masyarakat Iban. 

Di sebalik Takbir Mr.J sebagai Chabu
Drama ini diterbitkan oleh seorang anak tempatan Sarawak yang berbangsa Iban iaitu En.Hereward Gramong dari Syarikat Allen Tinggie Trading Sdn Bhd yang berpangkalan di Sarikei, Sarawak. 

Drama ini di arahkan oleh saudara Fahizal Abdullah dimana beliau juga pernah mengarahkan Drama seperti ER 5 (EJEN RAHSIA 5), Kisah Bujang Sepah dan beberapa lagi Drama yang lain di Semenangjung Malaysia. Beliau juga secara tidak langsung merupakan Pengarah Pertama yang mengarahkan Drama berbahasa Iban. 

Drama ini ditulis oleh Aisurazy/ Rizalwan/ Fahizal Abdullah/ Priscilla Allen. Drama Iban Taiko mempunyai keunikkan tersendiri kerana keseluruhan Drama adalah menggunakan Bahasa Iban (sarikata disediakan) dimana Bahasa Iban ada bahasa terbesar di Sarawak.  

Mungkin tidak agak keterlaluan jikalau Mr.J melabelkan Drama Iban Taiko adalah sebuah Drama berepisod yang terulung serta yang pertama dalam Bahasa Iban yang akan ditayangkan di TVi pada November ini.

Penuh Aksi serta Konflik!
Drama ini dibintangi oleh para pelakon yang hebat dan yang penting kesemua pelakon Drama Iban Taiko adalah anak jati Sarawak. 

Diantara Para Pelakonnya adalah Donny Lang, Stevenson, Chabu, Shaleyna, Richie M, James Ruai, Bruce, Julio, Orton, Jackz Sparrow, Junaida, Zenna, Anne serta banyak lagi dan juga ehem... Mr.J juga diberi peluang dalam Drama Iban Taiko ini dan yang pasti anda pasti tidak suka karekter Mr.J dalam Drama Iban Taiko.

Bagi Mr.J ianya adalah satu perkembangan menarik dalam industri filem, drama atau telemovie di Sarawak.

Ini Kerana kita khususnya rakyat Sarawak amat jarang didedahkan bahkan mungkin tidak pernah sama sekali didedahkan drama atau filem yang mantap dari Sarawak apatah lagi yang disiarkan di saluran television.



Drama Iban Taiko turut dijayakan oleh para angota PDRM Cawangan Sarikei (IPD Sarikei) serta Kuching. Jutaan Terima Kasih kepada Pihak PDRM. Baiklah disini Mr.J ringkaskan sedikit Drama Iban Taiko ini. 

Diantara Babak menarik dalam Drama Iban Taiko
Ianya Mengisahkan Seorang Pemuda Iban bernama Freddie yang bertarung nyawa melawan samseng samseng yang dihantar oleh seorang peniaga kaya.

Perniaga yang mengaut keuntungan dari kegiatan haram yang mana peniaga tersebut berminat dengan kampung beliau yang mempunyai kayu balak bermutu tinggi dan tanah yang strategik untuk kawasan penanaman sawit serta pembangunan hartanah. 

Freddie trepaksa menempuh banyak rintangan serta berhadapan dengan maut sekiranya beliau terus berani mempertahankan tanah pusaka peninggalan nenek moyang nya. 

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita ini sila ikuti Facebook IBAN TAIKO untuk perkembangan semasa atau nantikan saja di Channel 180 TVI RTM.
Lokasi Pengambaran adalah disekitar Sibu, Sarikei dan juga Pakan serta dibeberapa tempat di Sarawak. Drama ini sememangnya wajib ditonton oleh seluruh rakyat malaysia amnya serta khususnya rakyat Sarawak kerana yang pasti ianya merupakan fenomena baru dalam dunia hiburan Sarawak.


Jason, Mr.J, Joe dalam adegan dalam Lokap Drama Iban Taiko 13 episod TVi Astro

- Mr.J

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN ◼http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©