Hello Sibu, Hello Sarawak, Hello Borneo! Kisah buah dabai, Hari Natal & Manusia Amfibia?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hello Sibu, Hello Sarawak, Hello Borneo!. Rasanya ini posting Pertama yang Mr.J keudarakan dari Kepulauan yang penuh misteri dan berbagai cerita mitos, dongeng mahupun yang nyara iaitu dari Pulau Borneo.
Timbunan Salji di daun - daun Pohon Krimas, Selamat Hari Krismas Mr.J ucapkan!..
Setelah lebih kurang hampir seminggu di sini Mr.J dapat feel perbezaan yang ketara dengan tempat sebelumnya iaitu Semenangjung Malaysia, Kalau kebiasaannya pagi bangun dan menatap akhbar media di semenangjung selalunya tak pernah habis mengenai isu politik hebat, isu agama dan sebagainya, nasib baik akhbar di Sarawak masih lagi bersifat Neutral lagi.

Sekarang di Sibu amnya atau di Sarawak khususnya musim hujan, setiap kali petang mesti hujan maklumlah hutan hujan terdekat dengan garisan Khatulistiwa bumi. Kalau nak cerita pasal musim buah, apa yang Mr.J nampak di Sibu, Sarawak sekarang agaknyak baru hendak bermula.

Kelihatan dimana - mana pasar terdapat longgokkan sejenis buah tropikal borneo yang popular iaitu ianya kelihatan seperti buah kurma tetapi rasanya seakan tembikai, seakan tidak bermakna sama dan nama buah tersebut adalah Buah Dabai,



Penghujung tahun aktiviti hiburan boleh dikatakan banyak di Sibu, Sarawak daripada Fun Fair sehingga ke Konsert dengan artis - artis popular Tanahair Sarawak.

frust sebab kalah banyak
Akhir tahun 2014 Fun Fair dan beberapa acara yang Mr.J sempat lawati iaitu di kawasan Sibu Jaya. Sebuah "bandar" baru di Sibu berdekatan dengan lapangan terbang Sibu.

Pelbagai program lebih kepada nyanyian serta memperkenalkan artis baru yang bermula 18/12 sehingga 31/12.

Kalau di Sarawak, fun fair merupakan satu program riadah bersama keluarga sambil mendengar lagu - lagu serta meramah berbual dengan artis lama dan baru.

Bukan itu sahaja, anda boleh juga main pelbagai permainan yang disediakan seperti rollercoster mini, rumah hantu dan satu permainan yang mr.j minat iaitu "tikam air tin, kalau kena dapat 1 tin dapat 7 tin" . 

Bila Drama 13 Episod Iban Taiko akan keluar Mr.J? , bergitulah soalan yang mr.j terima daripada rakan - rakan di Sarawak dan nampaknya ramai yang tak sabar untuk menonton Drama 1st Iban ini. Kepada anda semua, jangkaan akan keluar di TVi Astro 180 pada Januari 2015.

Poster Drama Iban Taiko di Sarawak. *nampak Mr.J tak?
Sebenarnya banyak sangat perkara yang mr.j hendak kongsikan dengan anda semua tapi... tapi jangan risau, setelah pulangnya mr.j ke tanahair Sarawak pastinya membawa lebih banyak serta lebih info bergitu juga isu - isu terkini dari Sarawak, Sabah serta jiran di Kalimantan.

Btw, Taniah kepada masyarakat Dayak Bidayuh di Kuching kerana setelah lebih 7 tahun memperjuangkan Tanah Adat mereka akhirnya dibalas 2 hari lepas dengan kemenangan memihak kepada mereka.

Mahkamah Tinggi di Kuching pagi ini mengarahkan pembayaran pampasan keseluruhan RM2.14 juta kepada 54 individu dalam kes itu.

“Ini bukan sahaja kejayaan manis pada kami, tetapi juga hadiah manis Hari Natal.

“Kami sembelih babi untuk raikan kejayaan kami selepas perjuangan sengit,” kata ketua kampung di kawasan itu Simo Sekam.

"..Kenyalang kini kembali ke tempat Asalnya...Selamat Hari Natal & Tahu Baru 2015..rasanya tak ada isu mengucap Hari Natal di Sarawak sebab tiada golongan manusia berdarah amfibia disini." 
- Mr.J 
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

Sarawak kata buah "Entimun Betu", Sabah bilang "Buah "Batad".. Buah Apakah itu?Jom Lihat.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Buah Timun Betu atau nama saintifiknya adalah "indigenous Borneo cucumber" tetapi ianya lebih kepada tembikai daripada timun atau diadunkan kedua-dua sekali.

Rasanya pula cukup lembut dan enak sekali bila dimakan sejuk boleh juga dimasak untuk dibuah Sup bersama daging ayam ataupun sebagai 'tabas' @ 'pusas' semasa menjamu air tuak @ air bisa ( minuman beralkohol ) .


Orang Sarawak yang berbangsa Dayak Iban kata buah "Entimun Betu" atau "Rampuk Betu" manakala Dayak Bidayu menyebut buah ini sebagai buah "Timun Ntabuk. Orang Sabah bilang "Buah "Batad"..

* Sedap tu bikin pusas sama motokut.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Apa itu Buah Engkala / Engkalak - Buah di Borneo.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Akaidai... sedap hingga menelan liur.. hanya itu sahaja Mr.J dapat gambarkan bagaimana kelunakkan serta lemak pada Buah Engkala , tidak cukup hanya 5 biji mungkin 20 - 30 biji buah engkala pasti akan membuatkan anda kekenyangan dan sendawa.

Daripada yang Mr.J tahu buah ini tidak terdapat di Semenangjung Malaysia kemungkinan kesan faktor cuaca , dan ianya hanya tumbuh subur di Kepulauan Borneo sahaja.


Bagaimana hendak makan Buah ini?
Buah Engkala tidak dapat dimakan bergitu sahaja , ianya perlulah dijolok dari dahan pokoknya dan disimpan dalam tempoh waktu lingkungan 2-3 hari dan warnanya akan berubah sedikit kemerahan menandakan ianya sudah masak tapi anda perlu memukul buah tersebut dengan 'senduk' seperti mana yang dilakukan masyarakat Dayak Iban sejak Ratusan Tahun dahulu untuk membuatkan isinya lembut.

Selepas itu anda boleh menghidangkannya selalunya Masyarakat Sarawak memakannya dengan cicah garam bersama nasi panas.


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Apa Itu Buah Engkabang? Bilun Engkabang?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Buah Engkabang atau nama saintifik iaitu Shorea Macrophylla.cukup popular dikalangan Masyarakat Dayak Iban serta kaum - kaum di Sarawak dan juga sekitar Borneo. Buah Engkabang boleh diproses untuk dijadikan minyak urut dan berkesan untuk membuang angin badan, ada sesetengah kajian mengatakan Buah Engkabang berkhasiat sebagai agen antipenuaan.

Buah Engkabang yang telah diproses juga boleh dimakan dengan nasi yang panas dan hasil daripada Minyak Engkabang membuatkan selera terbuka.

Nama "Buah Engkabang" juga merujuk kepada "Helikopter" di Sarawak.

"Buah Engkabang Labuh" bermaksud "Buah Engkabang sudah jatuh" merujuk kepada "Sudah Gaji".

Itu sahaja Info yang dapat Mr.J kongsikan.

1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Gempar! Penemuan Pisang Berbulu di Sarawak. ( GAMBAR )

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Mungkin Buah Pisang ini agak aneh bagi sebilangan Masyarakat dan juga dikalangan penduduk Sarawak sendiri pun tidak pernah melihat Buah Pisang ini.

Ada yang memanggil Buah ini dengan nama " *Buah Ucuh , *Pisang Kapok, ". Buah - buahan Hutan memang banyak pelik.


Tanda * bermakna tidak dipastikan lagi.

Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

Buah dan Sayur Unik di Sarawak , Sabah dan Kalimantan ( Kepulauan Borneo )

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Sesiapa yang belum menyertai FanPage pengeRindu.com di Facebook anda bolehlah ikuti kami disana , Macam - macam benda yang menarik untuk dikongsi disini.

Dua hari yang lepas rakan Mr J iaitu Ms. Cecelia yang juga bertanggungjawap menguruskan Laman FanPage Pengerindu.com di Facebook membuat atau memasukkan beberapa gambar mengenai Sayur dan juga Buah-buahan hutan yang ada di Sarawak Khasnya dan Amnya di Kepulauan Borneo.

Pelbagai Jawapan menarik dan juga lucu diberikan oleh pengikut - pengikut Fanpage pengeRindu.com . Semoga Buah - buahan dan sayur hutan ini tidak pupus dan semoga masih dikenali umum.

1. Buah Jerriwit

Ini Bukan Buah Mata Kucing , ini adalah "Buah Jerriwit" banyak di dalam Hutan Sarawak , rasanya kekadang masam dan ada juga yang manis .



2. Buah Terung Pipit .


Jangan tidak percaya ini adalah Buah Terung dan saiznya lingkungan saiz sebiji guli dan buah ini dipanggil "Terung Pipit" oleh kebanyakkan masyarakat di Sarawak dan Menurut Sebilangan pengikut Buah ini juga dipanggil 'Genturung' di Sabah. Apa - apapun rasa dia memang "Gam bah itu" kalau dimasak pedas.

3. Buah Engkeraji
Gambar diatas pula adalah 'Buah Engkeraji' iaitu kalau di Sarawak ia cukup banyak di sekitar Sarikei , Saratok dan Daerah Roban . Buah ini adalah bermusim em.. lama juga Mr J tak rasa buah ini .

4. Buah Kepayang
Gambar diatas pula adalah gambar "Buah Kepayang" kalau makan mabuk kepayang haha, yang mabuk kepayang Mr J tak nak komen tapi buah ini perlu dikupas kulitnya yang keras dahulu dan isinya harus direndam semalaman . Masak pedas goreng sama sambal belancan. "Gam bah itu".

5. Buah Uchung


Ha, dan yang ini ada macam-macam nama Buah ini dipanggil "Buah Uchung" rasa ada masam - masam manis , banyak terdapat disekitar Hutan Hujan Sarawak dan seluruh kepulauan Borneo.

6. Buah Maram / Buah Asam Paya


Buah apa? Buah Salak? opps, ini bukan Buah Salak dan kalau buah Salak rasanya Manis dan ini "Buah Maram" dan cukup - cukup masam sekali sehingga membuatkan rasa gigi nak tertanggal eh.. lebih - lebih pula Mr J . Ada yang memanggilnya dengan nama Buah "Asam Paya" .

7. Manok Pansuh / Ayam masak dalam Buluh



Dan yang terakhir bukanlah buah dan bukanya sayur , ia adalah makanan yang cukup teristimewa untuk dihidangkan bersama kekasih kepada kekasih ataupun untuk keluarga , Ayam Pansuh gelaran diberi , ia dimasak mengunakan Buluh seperti masak Lemang tapi taste Ayam Pansuh cukup enak dan sedap sekali , kalau nak rasa datanglah Sarawak ok.

8. Buah Lemba


"Buah Lemba" - Sejenis tumbuhan yang agak sukar dijumpai dan ia hidup di kawasan hutan-hutan kecil ataupun semak-semak kecil. Pohonnya tidak beberapa besar yang berukuran lebih kurang 2 kaki tinggi dan berdaun kelihatan seperti buluh tetapi dan lebih lebar serta berwarna hijau. Apabila ia berbuah, buahnya boleh didapati dicelah-celah daun dan ianya boleh dimakan.


9. "Buah Kemunting"


Sebelum ke sungai , selalu masuk hutan masa kecil dulu cari "buah kemunting" .. rasanya manis buat lidah dan mulut warna merah/hitam . Budak2 zaman sekarang tidakkan pernah tahu buah hutan liar ini.

Sebilangan gambar komen di Facebook Fanpage pengeRindu.com


Bonus:
1:All in 1 Home Player (3gp,flv,mkv,and more) MKV+HomeCinema+Coreaac.rar - 14.2 MB
2:Youtube Downloader + Player : Youtube Downloade + Player.rar - 19.1 MB
Subscribe untuk mendapatkan pelbagai aplikasi penting dan 167 flash game Percuma.
Siapakah Mr J? untuk mengenali beliau dengan lebih dekat lagi sila rujuk di "Testimoni" .
Bookmark and Share

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©