Hello Sibu, Hello Sarawak, Hello Borneo! Kisah buah dabai, Hari Natal & Manusia Amfibia?

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Hello Sibu, Hello Sarawak, Hello Borneo!. Rasanya ini posting Pertama yang Mr.J keudarakan dari Kepulauan yang penuh misteri dan berbagai cerita mitos, dongeng mahupun yang nyara iaitu dari Pulau Borneo.
Timbunan Salji di daun - daun Pohon Krimas, Selamat Hari Krismas Mr.J ucapkan!..
Setelah lebih kurang hampir seminggu di sini Mr.J dapat feel perbezaan yang ketara dengan tempat sebelumnya iaitu Semenangjung Malaysia, Kalau kebiasaannya pagi bangun dan menatap akhbar media di semenangjung selalunya tak pernah habis mengenai isu politik hebat, isu agama dan sebagainya, nasib baik akhbar di Sarawak masih lagi bersifat Neutral lagi.

Sekarang di Sibu amnya atau di Sarawak khususnya musim hujan, setiap kali petang mesti hujan maklumlah hutan hujan terdekat dengan garisan Khatulistiwa bumi. Kalau nak cerita pasal musim buah, apa yang Mr.J nampak di Sibu, Sarawak sekarang agaknyak baru hendak bermula.

Kelihatan dimana - mana pasar terdapat longgokkan sejenis buah tropikal borneo yang popular iaitu ianya kelihatan seperti buah kurma tetapi rasanya seakan tembikai, seakan tidak bermakna sama dan nama buah tersebut adalah Buah Dabai,



Penghujung tahun aktiviti hiburan boleh dikatakan banyak di Sibu, Sarawak daripada Fun Fair sehingga ke Konsert dengan artis - artis popular Tanahair Sarawak.

frust sebab kalah banyak
Akhir tahun 2014 Fun Fair dan beberapa acara yang Mr.J sempat lawati iaitu di kawasan Sibu Jaya. Sebuah "bandar" baru di Sibu berdekatan dengan lapangan terbang Sibu.

Pelbagai program lebih kepada nyanyian serta memperkenalkan artis baru yang bermula 18/12 sehingga 31/12.

Kalau di Sarawak, fun fair merupakan satu program riadah bersama keluarga sambil mendengar lagu - lagu serta meramah berbual dengan artis lama dan baru.

Bukan itu sahaja, anda boleh juga main pelbagai permainan yang disediakan seperti rollercoster mini, rumah hantu dan satu permainan yang mr.j minat iaitu "tikam air tin, kalau kena dapat 1 tin dapat 7 tin" . 

Bila Drama 13 Episod Iban Taiko akan keluar Mr.J? , bergitulah soalan yang mr.j terima daripada rakan - rakan di Sarawak dan nampaknya ramai yang tak sabar untuk menonton Drama 1st Iban ini. Kepada anda semua, jangkaan akan keluar di TVi Astro 180 pada Januari 2015.

Poster Drama Iban Taiko di Sarawak. *nampak Mr.J tak?
Sebenarnya banyak sangat perkara yang mr.j hendak kongsikan dengan anda semua tapi... tapi jangan risau, setelah pulangnya mr.j ke tanahair Sarawak pastinya membawa lebih banyak serta lebih info bergitu juga isu - isu terkini dari Sarawak, Sabah serta jiran di Kalimantan.

Btw, Taniah kepada masyarakat Dayak Bidayuh di Kuching kerana setelah lebih 7 tahun memperjuangkan Tanah Adat mereka akhirnya dibalas 2 hari lepas dengan kemenangan memihak kepada mereka.

Mahkamah Tinggi di Kuching pagi ini mengarahkan pembayaran pampasan keseluruhan RM2.14 juta kepada 54 individu dalam kes itu.

“Ini bukan sahaja kejayaan manis pada kami, tetapi juga hadiah manis Hari Natal.

“Kami sembelih babi untuk raikan kejayaan kami selepas perjuangan sengit,” kata ketua kampung di kawasan itu Simo Sekam.

"..Kenyalang kini kembali ke tempat Asalnya...Selamat Hari Natal & Tahu Baru 2015..rasanya tak ada isu mengucap Hari Natal di Sarawak sebab tiada golongan manusia berdarah amfibia disini." 
- Mr.J 
____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©