PENDAPAT : Belia Malaysia bila lagi? Mudanya Menteri Negara Sweden.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Lihatlah kenapa luar negara lebih berfikiran kehadapan daripada negara malaysia lebih banyak fikir perkara dibawah tempurung dan secara tidak langsung peningkatan ngo ngo bergenetik sel amfibia seperti 'katak'.


Ini adalah Menteri - Menteri Sweden, lihat mudanya mereka pastinya idea lebih pesat bukan macam di malaysia sini, apabila ada satu kelompok hendak bincang, menyampaikan atau nasihat tentang sesuatu perkara kena peribahasa menteri expired malaysia iaitu .."kalau tak suka malaysia keluar malaysia!!!" .. tapi bila ada sentimen satu-satu kumpulan hendak keluar malaysia maka dijawap mereka pula "..tiada siapa berani hasut keluar malaysia kerana akan didakwa di Akta Hasutan!".

- Mr.J

____________________________________________________________________________
+ Apa Kata Mereka Tentang Blog & Mr.J, Klik + "Testimonial" +
Aluwi Sharkawi - "you are the best bro!! thums up.."
Man Pengayau Sibu - "blog jacky memang best kreatif wei."
Amylea - "hai mr.j. suka sangat visit blog ni.. even bila ...."
Eyna Nina - "Mr j org iban?slm ni i ingatkn org..lancar tulisan"

GEMPAR: ULTRAMAN di'HARAM'kan di Malaysia kerana boleh menganggu Keteteraman Awam.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
MALAYSIA : Hari ini negara tersebut telah mencetuskan sejarah tersendiri apabila watak kartun tersebut dikatakan bakal mengugat ketenteraman awan penduduk di malaysia.

Bahkan beberapa temuramah terhadap 7 Saudara Utraman menyatakan kekesalan apabila mereka telah diharamkan di Bumi "Malaysia" yang ternyata dikenali sebagai Negara BolehLand oleh beberapa Umat alien di sekitar galaksi yang berhampiran.

Suku - Saudara Ultraman cukup kesal dengan tindakkan Menteri Malaysia yang cukup Bodoh itu.
" KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri mewartakan Perintah Larangan Penerbitan terhadap buku ‘Ultraman The Ultra Power’, yang didapati mengandungi unsur-unsur mungkin memudaratkan ketenteraman awam." 

Bagaimanapun anggota - anggota Ultraman telah membuat persidangan tergempar pada hari ini bertempat di Galaksi Bima Sakti ke-23 dimana persidangan itu telah mengumpulkan ribuan Ultraman yang ada di galaksi ini. 

Persidangan Tergempar Ultraman diadakan serentak di seluruh Bima Sakti
Beberapa isu panas turut diutarakan mengenai ketiadaan Warga Ultraman di Malaysia mungkin akan menyebabkan "Raksaksa" merebak masuk ke Malaysia melalui jalan tikus sepertimana yang diketahui umun.

Bagaimanapun , Ultraman terpaksa akur dengan akta larangan ke atas mereka yang dikenakan Menteri Mohd Badigol bin Bongok.

"...malaysia , jika raksaksa menyerang bumi anda maka kami tiada lagi disini maafkan kami ..." ujar Ultraman Taro.

- Mr.J

mengenai penulis | music menarik | makanan terbaikku | facebook | twitter | sarawak | sabah | liputan media

Pokok Tertinggi di Dunia vs Menara Tertinggi di Dunia yang telah terkeluar daripada Tajuk.

Portal Blog yang mengupas, mengulas dan mengkritik serta berkongsi isu semasa yang Tidak anda ketahui dari Sabah dan Sarawak. Kongsikan pendapat atau apa jua Isu dengan Pembaca disini. ❂ admin@pengerindu.com ❂
Bukan Sekadar Weblog Biasa - Sejak 2009 "Terbaek. Pengetahuan yg luas dan sungguh menghiburkan para pembaca lagipun dgn brita terkini yg tepat dan padat. " - Jesrim Akok ✌ "macam macam ada..utk di kongsi bersama...nang best juak..teruskan usaha murni anda mr J. " - Habsah Mo C D ✌ "1borneo ba..sporting.. " - Dekmon Alan ✌ "macam2 ada..best!! terbaikkk!!! " - Anastasia Julie Lobert
Boleh Bah Kalo Ko. Kali ini kita akan ke North Borneo atau dikenali dengan nama Sabah, untuk pengetahuan am Sabah adalah sebuah negeri yang berstatus "Negara" dalam Persekutuan Malaysia. 

Bila sebut tentang Sabah secara automatiknya Mr.J akan merasai ataupun membayangkan keramahan serta kepelbagaian budaya masyarakat asal disana, sejujurnya Mr.J lebih menyukai keadaan yang hijau serta tenang.

Pilak sinonim dengan penjual rokok murah di Sabah
Sekiranya anda ingin bercuti di Sabah dan ingin merasai 'kesejukkan alam' dan ketenangan adalah Mr.J sarankan bahawa anda harus berkunjung ke kawasan seperti Tamparuli. Tapi jika anda memilih keadaan yang boleh dikatakan 'agak sibuk' dan anda bukan pencinta alam mungkin Bandar Kota Kinabalu adalah destinasi anda.

Tetapi apa yang membuat Mr.J terkilan adalah ramai "Pilak-Pilak" disekitar jalan-raya sambil menjunjung bekas kotak yang berisi kotak rokok murah, tapi tidak mengapa kerana dipercayai golongan "pilak" ini membantu Sabah dalam ekonomi negara dan juga pemerintahan di Sabah paling tidaknya membantu dari segi "undi" bila tiba Pilihanraya. "Projek IC" 

Eh, Mr.J terlebih detail pula, baiklah kita lupakan mengenai Pilak dan Projek IC , kita terus sahaja kepada satu info yang cukup menarik dimana ramai yang tidak tahu mengenainya. Iaitu Pokok Tertinggi di Dunia hanya terdapat di Sabah, Borneo.

Mereka ada Bangunan tinggi kita ada Pokok Tertinggi di Dunia yang terletak di Sabah, Borneo
Jika di tempat lain tentu banyak yang berbangga dengan pencapaian bangunan - bangunan pencakar langit seperti di semenanjung malaysia ataupun orang key hell sangat berbanga dengan Menara Petronas dan juga Menara Berkembar KLCC. Tetapi setiap kali Mr.J lalui bangunan tersebut terus terlintas difikiran bahawa bertapa banyaknya hasil minyak Sabah dan Sarawak telah disedut. 

Bagi kebanyakkan Rakyat Warganegara Sabah dan Sarawak bila melihat Menara Kembar KLCC dan juga Menara Petronas secara tidak langsung mereka akan terbayangkan kampung halaman bukan kegembiraan tetapi kesedihan serta ketidakpuashati terhadap 'sistem pemerintahan' sekarang.

Mungkin tidak keterlaluan Mr.J katakan bahawa sebilangan Menteri Sabah dan Sarawak agak 'paloi' ataupun dengan bahasa yang lebih enak adalah 'bodoh'. Ternyata mereka tahu apa yang terjadi tetapi dalam realitinya buat tidak tahu mungkin atas sebab "kepentingan" sendiri. Maaf wahai menteri sekalian, andai jika anda terasa oh ya lupa pula Mr.J bahawa ramai menteri Sabah dan Sarawak Buta IT maklumlah semua sudah dimamah usia tetapi salute kepada Datuk Bung Mokhtar jiwa tua hati muda candy crush selamanya.

Tetapi itu tidak penting kerana kerana kita ( Sabah & Sarawak ) tetap menerima dengan seadanya walaupun dikhususkan gaji minimun sebanyak RM800 sahaja sedangkan di S.Malaysia adalah RM900 walaupun perihalnya Sabah dan Sarawak merupakan penyumbang kepada ekonomi negara dalam sumber minyak dan juga pelancongan tertinggi. 

Ternyata orang Sabah & Sarawak ini sungguh baik hati serta menerima seadanya tetapi tidak bagi Mr.J , ada sesuatu perkara kita boleh setuju dan ada juga yang kita harus nilai bergitu juga perkara yang harus kita tolak berdasarkan "logik akal". 

Apa-apapun, sebenarnya Mr.J hendak kongsi mengenai Pokok Tertinggi tetapi agak 'malangnya' emosi telah mengawal sepenuhnya jari jemari Mr.J kali ini dan terkeluar pula mengenai perkara lain walaupun tiada persamaan diantara Pokok Tertinggi dengan Pilak , Projek IC dan juga Datuk Bung.

- Mr.J

 SABAHSARAWAK
Bila Mr J Menaip
 ARTIKEL KIRIMAN EMEL PEMBACA ► Sila Hantar ke admin@pengerindu.com
+PENDAPAT  +KOMEN ◼http://pengerindu86.blogspot.my► server ↑ 97%  
Stastitik

PENGERINDU.COM. Dikuasakan oleh Blogger.
 
Copyright © 2009 - 2015 www.pengeRindu.com - Bukan Sekadar Weblog Biasa | Voice of The People Sabah / Sarawak | Rise of DAYAK- All Rights Reserved ©