"kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama - sama .." Suami mangsa hilang pertimbangan selepas isterinya menuntut cerai.
ALOR SETAR - Keengganan seorang isteri untuk berbaik-baik semula dengan suaminya setelah tidak tinggal bersama sejak dua bulan lalu membawa maut kepada wanita itu.
Dalam kejadian pada pukul 1 petang di Kampung Kuala Sungai, Mukim Kubang Rotan di sini semalam, Zabedah Ali, 73, mati terkena tikaman oleh lelaki dipercayai suaminya sendiri di pekarangan rumah mangsa.
Mangsa ditikam dengan pisau selepas suaminya yang berusia 75 tahun gagal memujuk isterinya untuk tidak bercerai.
Bapa saudara Zabedah, Mustafa Ahmad, 80, yang menyaksikan kejadian itu berkata, dalam proses memujuk mangsa, tercetus perang mulut di antara pasangan suami isteri itu.
"Suspek ada kata, dia mahu ajak Zabedah mati bersama. Selepas gagal pujuk Zabedah, ketika suspek mahu bersalam dengan Zabedah dia terus menikam di sebelah kiri perut Zabedah guna pisau," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Menurut Mustafa, pisau tersebut dipercayai dibawa oleh suspek dari rumahnya di Kuala Kedah.
Mustafa memberitahu, selepas menikam mangsa, suspek cuba melarikan diri namun anak tiri Zabedah yang berada di tempat kejadian mengejarnya dan menahan lelaki itu.
Disunting daripada Kosmo
Salam ceria ,
Mr. J
www.pengeRindu.com
Subscribe untuk mendapatkan 10 ebook Percuma.
Get Top Commenter Awards?
11 comments:
wow..
takutnya..
huhuhu...
terlampau sayangkah?
atau tak boleh hidup lonely?
huhu..
nthlah.. atau makin tua semakin cemburu ?
Ingatkan dah tua taubat. ini pula iskk.. jarang sekali org berumur ini membunuh..
Ishk3..
Kejam gila..
Bahaya btol skrg ni ek..
X kira tua, muda suma nk jadi org jahat.. Huhu..
.:Fathiha Zainal:. , kadang - kadang akal dan fikiran memainkan peranan yang penting terjadinya tindak tanduk seseorang individu..
A'aa..ada baca juga kes nih..dahsyat kan orang sekarang..igt yang muda je panas baran..
btw, thanx sebab dropped comment..comment awak telah direply di : http://triplesmiley.blogspot.com/2009/11/twitter-and-its-gadget.html
thank you :D
saya menyediakan hadiah buat readers..sila semak http://triplesmiley.blogspot.com/2009/11/for-my-readers.html untuk maklumat lanjut..
regards,
http://triplesmiley.blogspot.com
smiley , manusia tidak sempurna.. huuh.. Hakkkkkkkkkkkkk apa hadiah.. jeng jeng.. nanti Mr J colik satu.. huhuuh.
org tua tu memang bermasalah.. gila kot.
org tua nyanyuk!
kalo org tua membunuh mesti akn ramai ckp die da nyanyuk..hurm..
y@n@ M!B, Umur dah 73 thn. mesti ramai perpepsi orang melihat. kejadian warga emas membunuh amat jarang berlaku di Malaysia .. btw thnk 4 drop .
Catat Ulasan